Utama Blog Halaman 27

MAKLUM BALAS LZS BERKENAAN WARGA EMAS TINGGAL DI RUMAH USANG

0

SHAH ALAM, 26 November 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan kisah seorang warga emas yang hidup di rumah usang seperti yang disiarkan di Sinar Harian dan Harian Metro baru-baru ini.

Berdasarkan kepada rekod LZS mendapati Marsidin Ruslan sebelum ini pernah didaftarkan sebagai asnaf miskin pada tahun 2011, namun telah dikeluarkan daripada senarai asnaf berikutan beliau telah berpindah ke Pahang pada sekitar tahun 2015.

Bagaimanapun, Marsidin telah didaftarkan semula sebagai asnaf miskin di bawah tanggungan adiknya yang bekerja, Siti Rodziah Ruslan memandangkan adiknya itu menjaga Marsidin. Buat masa ini, Marsidin tinggal bersebelahan rumah Rodziah.

Untuk makluman, LZS telah menziarahi kedua-dua beradik ini pada awal tahun bagi membantu membina sebuah rumah yang sempurna buat mereka berdua tinggal bersama. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana masalah tanah. LZS sekali lagi menziarahi kedua-dua beradik baru-baru ini, dan dimaklumkan bahawa isu tanah tersebut dapat diselesaikan pada hujung bulan ini.

Sehubungan itu, LZS akan segera menyalurkan bantuan pembinaan rumah untuk kedua-dua beradik bagi memastikan mereka dapat tinggal dalam keadaan selesa setelah isu tanah selesai.

MAKLUM BALAS LZS KISAH TULAR IBU DAN EMPAT ANAK

0

SHAH ALAM, 13 November 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan kisah ibu dan empat orang anak tiada tempat tinggal seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, LZS segera turun padang menjejaki keluarga ini untuk menyalurkan bantuan kepada mereka. Namun atas kekangan kerjasama daripada keluarga tersebut, bantuan sewajarnya tidak dapat disalurkan.

Untuk makluman, keluarga ini pernah menerima bantuan zakat dari LZS pada tahun 2017. Bagaimanapun, pada tahun ini keluarga tersebut tidak dapat dijejaki kerana sering berpindah-randah dan menyukarkan pihak LZS menyalurkan bantuan zakat.

Daripada rekod LZS, keluarga ini mempunyai empat orang anak dan tiga daripada mereka tiada maklumat pengesahan diri, termasuk suami beliau.

Isu Zakat Harta Ke Atas Harta Pusaka

0
Isu Zakat Harta Ke Atas Harta Pusaka
Isu Zakat Harta Ke Atas Harta Pusaka
Isu Zakat Harta Ke Atas Harta Pusaka
Isu Zakat Harta Ke Atas Harta Pusaka

Soalan: Encik Abu meninggal dunia dan dia ada meninggalkan harta yang banyak (melebihi nisab). Semasa hayatnya, beliau tidak pernah meninggalkan kewajipan zakat. Maknanya, tiada tunggakan zakat ke atas dirinya. Jadi, adakah harta peninggalannya masih perlu:

i) Dizakatkan dahulu sebelum difaraidkan kepada waris, atau

ii) Wajib zakat ke atas waris selepas difaraidkan.

Jawapan: Berdasarkan keterangan di atas, maka:

  1. Tidak perlu dizakatkan terlebih dahulu harta peninggalan si mati, kerana jelas tiada sebarang tunggakan zakat ke atasnya sehingga dia meninggal dunia.
  2. Wajib dizakatkan secara individu oleh semua waris yang menerimanya. Harta berkenaan dikategorikan sebagai harta yang diperolehi daripada hasil pemberian (al-Mal al-‘Atiyyah). Sila gabungkan dengan semua jenis harta pendapatan yang lain (penggajian, hasil bebas dan al-Mustaghallat) dan jika memenuhi syarat wajib, ia perlu dizakatkan sebagai zakat pendapatan.

Hukum Zakat Apabila ‘Surrender’ Insuran Konvensional

0
Hukum Zakat Apabila 'Surrender' Insuran Konvensional
Hukum Zakat Apabila 'Surrender' Insuran Konvensional
Hukum Zakat Apabila 'Surrender' Insuran Konvensional
Hukum Zakat Apabila ‘Surrender’ Insuran Konvensional

Soalan: Apabila berlaku proses surrender’ (menamatkan polisi insurans konvensional) dan ada lebihan wang yang diperolehi, maka wang tersebut dianggap sebagai wang pokok’ yang halal digunakan dan wajib dizakatkan

Jawapan:

Jika jumlah surrender value (nilai serahan yang diterima setelah pembatalan polisi insuran) yang diterima kurang atau sama dengan jumlah caruman, ia dianggap wang pokok yang bersih dan boleh dibelanjakan. Ia dikenakan zakat sebagai zakat simpanan dan hendaklah digabungkan dengan gabungan harta nisab emas yang lain pada tahun berkenaan (emas, pelaburan dan simpanan).

Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq

0
Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq
Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq
Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq
Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq

Soalan: Apakah hukum memberi zakat kepada asnaf yang tidak solat atau fasiq?

Jawapan: Fasiq bermakna orang yang melakukan dosa, atau keluar daripada ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Oleh itu, jika seseorang itu meninggalkan solat, maka dia adalah termasuk orang yang fasiq. Fuqaha daripada empat mazhab utama (Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali) telah merumuskan:

1) Orang yang mengetahui hukum dan kefarduan solat tetapi enggan mengerjakannya kerana ingkar, maka hukumnya dia jatuh kufur serta terkeluar dari agama Islam. Oleh itu mereka tidak berhak menerima zakat.

2) Orang yang meninggalkan solat hanya semata-mata kerana malas atau dengan sebab-sebab yang lain, tidak dihukum kufur selagi mana dia tidak mengingkari secara jelas perintah dan kefardhuan mendirikan solat. Oleh itu, mereka ini masih boleh menerima zakat.

Pada dasarnya kita menilai seseorang berdasarkan pada pengakuan atau penampilan luarnya. Apabila seseorang mengaku sebagai muslim, maka kita menghukuminya sebagai seorang muslim. Syariat tidak membebankan kepada kita untuk mencari-cari informasi apakah dirinya solat lima waktu ataupun tidak. Sebab, mencari-cari sesuatu yang tidak Allah SWT perintahkan merupakan tindakan takalluf (berlebihan).

Oleh itu, adalah lebih baik kita memberikan zakat kepada orang yang benar-benar memerlukan dan memiliki ketaatan kepada agama yang kuat (yang secara zahirnya jelas taat kepada agama). Zakat yang disalurkan kepada mereka, nescaya dapat membantu agar mereka lebih taat kepada Allah SWT. Walau demikian, seorang muslim yang taat mahupun kurang taat (masih tergolong sebagai muslim) berhak menerima zakat apabila terdapat kriteria (mustahiq) asnaf zakat dalam dirinya. Pihak LZS perlu bekerjasama dengan pihak berwajib yang lain bagi mendidik asnaf berkenaan agar menjadi musli yang taat.

Status Zakat Syarikat Dormant (Tiada Aktiviti dan Pendapatan)

0
Status Zakat Syarikat Dormant (Tiada Aktiviti dan Pendapatan)
Status Zakat Syarikat Dormant (Tiada Aktiviti dan Pendapatan)
Status Zakat Syarikat Dormant (Tiada Aktiviti dan Pendapatan)
Status Zakat Syarikat Dormant (Tiada Aktiviti dan Pendapatan)

Soalan: Adakah zakat perniagaan masih wajib dikeluarkan bagi sebuah syarikat perniagaan yang dormant (tidak menjalankan operasi perniagaan dan tiada pendapatan). Ini kerana, masih wujud aset (tunai di bank) bagi syarikat berkenaan dan masih terdapat tanggungan kepada operasi (seperti bil-bil, kos penyelenggaraan dan sebagainya)?

Jawapan: Status dormant tidak menjadi penghalang kepada kewajipan zakat perniagaan bagi syarikat berkenaan, selagi mana syarat-syarat wajib zakat masih ada padanya. Oleh itu, sekiranya harta perniagaannya masih mencapai nisab, maka ia masih lagi tertakluk kepada kewajipan zakat perniagaan.

Dalam kes di atas, syarikat berkenaan masih mempunyai aset tunai di bank dan masih memiliki tanggungan kepada operasi, maka aplikasi taksiran zakat perniagaan hendaklah dilakukan dengan mengambilkira asset semasa yang masih ada dan menolak liabiliti semasa yang masih ada. Jika masih mencapai nisab, maka wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5%.

Hukum Zakat Atas Harta Galian

0
Hukum Zakat Atas Harta Galian
Hukum Zakat Atas Harta Galian
Hukum Zakat Atas Harta Galian
Hukum Zakat Atas Harta Galian

Soalan: Saya ada beberapa persoalan mengenai zakat galian, iaitu:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan galian?
b) Siapakah yang perlu membayar zakat galian?
c) Sekiranya sesebuah syarikat terlibat dalam perusahaan galian, zakat apakah yang perlu dilunaskan oleh pihak syarikat?
d) Berapakah kadar peratusan zakat yang perlu dikeluarkan sekiranya syarikat perlu mengeluarkan zakat galian?

Jawapan: Harta galian dan harta karun ialah harta yang dikeluarkan daripada perut bumi dan wajib dizakatkan. Dalam kes di atas, ia dikategorikan sebagai harta ma’adin (galian dalam bentuk bahan mentah), iaitu segala hasil galian yang diperolehi sama ada dalam bentuk cecair seperti minyak mentah, atau pun berbentuk pepejal seperti garam, atau pun berbentuk gas seperti butana, atau pun bahan tersebut dari jenis yang boleh dibentuk seperti emas, perak atau besi, atau dari jenis yang tidak boleh dibentuk seperti sulfur, atau di dalam laut seperti mutiara.

Secara asasnya, seseorang yang menjalankan perusahaan galian adalah tertakluk kepada zakat ma’adin. Namun sekiranya dijalankan secara komersil oleh syarikat, ia diklasifikasi sebagai sebuah syarikat perniagaan dan dikenakan zakat perniagaan. Keadaannya samalah seperti syarikat yang menjalankan usaha penternakan atau pertanian sawah padi untuk komersial, ia dikira sebagai zakat perniagaan, bukannya zakat ternakan atau pertanian. Pengiraannya juga lebih menyeluruh, dan mengambilkira keseluruhan operasi perniagaan syarikat dan semua aset dan tanggungan dalam syarikat berkenaan (bukan terhad kepada stok ternakan atau sawah padi sahaja).

Oleh itu syarikat galian tersebut adalah ditaksir zakatnya menggunakan kaedah zakat perniagaan. Ini juga merupakan ketetapan kaedah zakat perniagaan bagi syarikat yang menjalankan perniagaan emas atau perniagaan perak atau perniagaan ternakan seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak fatwa (sila rujuk Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat 2017 halaman 26, 30 dan 47).

Adakah Hasil Jualan Rumah Wajib Dizakatkan?

0
Adakah hasil jualan rumah wajib dizakatkan
Adakah hasil jualan rumah wajib dizakatkan
Adakah hasil jualan rumah wajib dizakatkan
Adakah hasil jualan rumah wajib dizakatkan

Soalan: Bapa saya menjual rumah dengan harga RM400,000. Hasil jualan dibahagi dua bahagian. Bapa RM200,000. Ibu RM200,000. Wang RM200,000 tadi bapa gunakan untuk membeli rumah pusaka di kampung yang diwarisi bersama-sama dengan adik beradik lain. Rumah pusaka tersebut kini menjadi milik bapa sepenuhnya. Bapa juga ada menerima wang pusaka berjumlah RM40,000. Adakah hasil jualan rumah RM200,000 yang menjadi milik bapa wajib dizakatkan?

Jawapan: Hasil jualan rumah RM200 ribu tersebut wajib dizakatkan sebanyak 2.5% iaitu selepas ditolak kesemua kos-kos yang terlibat dalam penjualan rumah tersebut. Namun begitu, oleh kerana rumah tersebut adalah atas nama bersama ibu dan bapa, maka hasil jualan rumah RM400 ribu tersebut hendaklah dizakatkan terlebih dahulu berdasarkan prinsip hukum jualan harta perkongsian (khultah) antara pihak bapa dan isterinya, iaitu selepas menolak kos-kos jualan yang terlibat.

Sebagai contoh:

Harga jualan rumah = RM 400K

Kos-kos terlibat dalam jualan rumah = RM 25K

Kiraan zakat = RM400K – RM 25K = RM375K x 2.5% = RM 9,375.0

Hukum Zakat ke Atas Dividen Insuran Konvensional

0
hukum ke atas pendapatan atau dividen yang diperolehi daripada insurans konvensional
hukum ke atas pendapatan atau dividen yang diperolehi daripada insurans konvensional
hukum ke atas pendapatan atau dividen yang diperolehi daripada insurans konvensional
hukum ke atas pendapatan atau dividen yang diperolehi daripada insurans konvensional

Soalan: Apakah status hukum ke atas pendapatan atau dividen yang diperolehi daripada insurans konvensional?

Jawapan: Pendapatan atau dividen yang diperolehi daripada insuran konvensional adalah tidak halal dan tidak boleh digunakan untuk sebarang perbelanjaan dan TIDAK WAJIB dizakatkan. Ini kerana insuran konvensional menggunakan aqad mua’wadhah (kontrak jual beli) yang mempunyai unsur gharar (ketidakpastian / uncertainty), dan ia tidak mematuhi hukum syarak. Dinasihatkan agar bertukar kepada sistem takaful yang mematuhi hukum Islam, apatah lagi pada masa kini sudah terdapat banyak polisi takaful yang menggunakan aqad tabarru yang sah di sisi syarak.

Kiraan Zakat Padi

0
Bagaimanakah mengira zakat padi mengikut fatwa terkini?
Bagaimanakah mengira zakat padi mengikut fatwa terkini?
Bagaimanakah mengira zakat padi mengikut fatwa terkini?
Bagaimanakah mengira zakat padi mengikut fatwa terkini?

Soalan: Bagaimanakah mengira zakat padi mengikut fatwa terkini?

Jawapan: Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (bilangan 6/2017) telah meluluskan bahawa kaedah pengiraan zakat padi:

Zakat Tanaman Padi = 5% X hasil bersih jualan padi (yang mencapai nisab padi)

Nisab Padi adalah 1.306 tan.

Harga Jualan Padi Semasa (1kg) contohnya = RM1.20

Oleh itu, dalam mengira zakat ke atas padi hendaklah menolak terlebih dahulu perbelanjaan yang terlibat, seperti upah membajak, baja dan sebagainya.

Berita Terkini