SHAH ALAM, 13 November 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan kisah ibu dan empat orang anak tiada tempat tinggal seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, LZS segera turun padang menjejaki keluarga ini untuk menyalurkan bantuan kepada mereka. Namun atas kekangan kerjasama daripada keluarga tersebut, bantuan sewajarnya tidak dapat disalurkan.

Untuk makluman, keluarga ini pernah menerima bantuan zakat dari LZS pada tahun 2017. Bagaimanapun, pada tahun ini keluarga tersebut tidak dapat dijejaki kerana sering berpindah-randah dan menyukarkan pihak LZS menyalurkan bantuan zakat.

Daripada rekod LZS, keluarga ini mempunyai empat orang anak dan tiga daripada mereka tiada maklumat pengesahan diri, termasuk suami beliau.