Keputusan Syariah Zakat Selangor

Home Keputusan Syariah Zakat Selangor

Platform ini merupakan kompilasi jawapan persoalan syariah yang telah disediakan oleh Sekretariat Dalaman Syariah, Divisyen Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan (SDS DPPK) untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak kepada Divisyen Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan.

Sekretariat ini merupakan teras utama di dalam Prosedur Pengurusan Untuk Penyelesaian Persoalan, Resolusi Syariah dan Fatwa Zakat yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Teringgi pada Februari 2017

Jawapan yang disediakan oleh Sekretariat ini adalah berpandukan kepada Ketetapan Syariah LZS (kompilasi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS) atau wujudnya dalil yang spesifik (صريح) daripada Al Quran dan As Sunnah tentang sesuatu persoalan zakat.

Mana – mana persoalan syariah yang tiada jawapannya dalam 4 sumber di atas akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS untuk mendapatkan ketetapan syarak berkaitan operasi LZS sepertimana berdasarkan kepada Manual Kuasa (Authority Manual) LZS.

Semoga platform ini menjadi rujukan bagi masyarakat dan warga kerja LZS.

Isu Zakat Harta Ke Atas Harta Pusaka

Isu Zakat Harta Ke Atas Harta Pusaka
Soalan: Encik Abu meninggal dunia dan dia ada meninggalkan harta yang banyak (melebihi nisab). Semasa hayatnya, beliau tidak pernah meninggalkan kewajipan zakat. Maknanya, tiada tunggakan zakat ke atas dirinya. Jadi, adakah harta peninggalannya masih perlu: i) Dizakatkan dahulu sebelum difaraidkan kepada waris, atau ii) Wajib zakat...

Hukum Beri Zakat Kepada Anak Tiri

Hukum Beri Zakat Kepada Anak Tiri
Soalan: Adakah anak tiri yang sedang belajar di universiti termasuk di bawah tanggungan wajib kepada ayah tirinya dan bolehkah zakat diberi kepadanya? Jawapan: Berdasarkan pendapat Mazhab Syafi’i, kewajipan nafkah berlaku kerana tiga sebab, iaitu sama ada kerana kekeluargaan (al-Qarabah), perhambaan (Ar-Riqqah) dan perkahwinan (al-Musoharah)....

Hukum Zakat Apabila ‘Surrender’ Insuran Konvensional

Hukum Zakat Apabila 'Surrender' Insuran Konvensional
Soalan: Apabila berlaku proses ‘surrender’ (menamatkan polisi insurans konvensional) dan ada lebihan wang yang diperolehi, maka wang tersebut dianggap sebagai ‘wang pokok’ yang halal digunakan dan wajib dizakatkan? Jawapan: Jika jumlah surrender value (nilai serahan yang diterima setelah pembatalan polisi insuran) yang diterima kurang atau...

Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq

Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq
Soalan: Apakah hukum memberi zakat kepada asnaf yang tidak solat atau fasiq?Jawapan: Fasiq bermakna orang yang melakukan dosa, atau keluar daripada ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Oleh itu, jika seseorang itu meninggalkan solat, maka dia adalah termasuk orang yang fasiq. Fuqaha daripada...

Status Zakat Syarikat Dormant (Tiada Aktiviti dan Pendapatan)

Status Zakat Syarikat Dormant (Tiada Aktiviti dan Pendapatan)
Soalan: Adakah zakat perniagaan masih wajib dikeluarkan bagi sebuah syarikat perniagaan yang dormant (tidak menjalankan operasi perniagaan dan tiada pendapatan). Ini kerana, masih wujud aset (tunai di bank) bagi syarikat berkenaan dan masih terdapat tanggungan kepada operasi (seperti bil-bil, kos penyelenggaraan dan sebagainya)?Jawapan: Status...
- Advertisement -

Berita Terkini

Pin It on Pinterest

Share This