Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq

0
2205
Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq
Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq
Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq
Hukum Memberi Zakat Kepada Asnaf Yang Tidak Solat Atau Fasiq

Soalan: Apakah hukum memberi zakat kepada asnaf yang tidak solat atau fasiq?

Jawapan: Fasiq bermakna orang yang melakukan dosa, atau keluar daripada ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Oleh itu, jika seseorang itu meninggalkan solat, maka dia adalah termasuk orang yang fasiq. Fuqaha daripada empat mazhab utama (Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali) telah merumuskan:

1) Orang yang mengetahui hukum dan kefarduan solat tetapi enggan mengerjakannya kerana ingkar, maka hukumnya dia jatuh kufur serta terkeluar dari agama Islam. Oleh itu mereka tidak berhak menerima zakat.

2) Orang yang meninggalkan solat hanya semata-mata kerana malas atau dengan sebab-sebab yang lain, tidak dihukum kufur selagi mana dia tidak mengingkari secara jelas perintah dan kefardhuan mendirikan solat. Oleh itu, mereka ini masih boleh menerima zakat.

Pada dasarnya kita menilai seseorang berdasarkan pada pengakuan atau penampilan luarnya. Apabila seseorang mengaku sebagai muslim, maka kita menghukuminya sebagai seorang muslim. Syariat tidak membebankan kepada kita untuk mencari-cari informasi apakah dirinya solat lima waktu ataupun tidak. Sebab, mencari-cari sesuatu yang tidak Allah SWT perintahkan merupakan tindakan takalluf (berlebihan).

Oleh itu, adalah lebih baik kita memberikan zakat kepada orang yang benar-benar memerlukan dan memiliki ketaatan kepada agama yang kuat (yang secara zahirnya jelas taat kepada agama). Zakat yang disalurkan kepada mereka, nescaya dapat membantu agar mereka lebih taat kepada Allah SWT. Walau demikian, seorang muslim yang taat mahupun kurang taat (masih tergolong sebagai muslim) berhak menerima zakat apabila terdapat kriteria (mustahiq) asnaf zakat dalam dirinya. Pihak LZS perlu bekerjasama dengan pihak berwajib yang lain bagi mendidik asnaf berkenaan agar menjadi musli yang taat.