Utama Blog Halaman 25

KELUARGA ADIK QHAIDNADZIR PENERIMA ZAKAT

0

SHAH ALAM, 12 Februari 2019 – Kisah adik Muhammad Qhaidnadzir Razak yang menghidap sakit usus tidak berfungsi seperti tersiar di Sinar Harian baru-baru ini mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Berdasarkan kepada rekod LZS, keluarga Razak Said merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan LZS. Keluarga ini telah dibantu oleh LZS melalui bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500. Dalam masa yang sama, LZS turut menyalurkan bantuan perubatan berkala berbentuk susu kepada Muhammad Qhaidnadzir.

Berkenaan rawatan Muhammad Qhaidnadzir, LZS telah memaklumkan kepada keluarga ini  untuk berurusan dengan pihak hospital, memandangkan mereka adalah asnaf msikin yang berdaftar dan pembiayaan rawatan akan ditanggung oleh LZS.

LZS PINDAHKAN KELUARGA TUJUH BERANAK

0

PUCHONG, 20 Januari 2019 – Kisah keluarga tujuh beranak yang tinggal di sebuah rumah usang mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) apabila keluarga tersebut akan dipindahkan ke sebuah rumah yang lebih selesa dan sempurna buat mereka.

Keluarga Mohd Azman Mohd Noor mendapat perhatian netizen apabila kesusahan mereka dimuat naik dan dikongsi di media sosial baru-baru ini. Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi, LZS segera menziarahi keluarga itu bagi menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mereka.

Untuk makluman, Mohd Azman Mohd Noor tidak mampu bekerja kerana menghidap sakit diabetis kronik. Bagi menampung keperluan harian, isterinya, Wiwik bekerja di sebuah kedai makan, manakala anak sulungnya yang berusia 18 tahun juga membantu dengan bekerja di sebuah pasar raya berhampiran. Selain itu, Mohd Azman turut mempunyai empat orang anak lain yang berusia di antara empat tahun hingga 15 tahun.

Hasil daripada siasatan, keluarga ini telah didaftarkan sebagai asnaf miskin LZS. Buat permulaan, LZS akan menyalurkan bantuan deposit sewa rumah untuk keluarga Mohd Azman. Keluarga ini dijangka akan dipindahkan pada penghujung Januari di mana sewa rumah tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh LZS. Sementara itu, keluarga Mohd Azman akan disantuni dengan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500 dan bantuan makanan bulanan bermula Januari ini.

LZS merakam ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama bagi memastikan nasib keluarga ini terjamin. Pihak LZS akan terus melaksanakan pemantauan terhadap keluarga ini dan bantuan zakat lain akan disalurkan berdasarkan kepada keperluan mereka bergantung kepada syarat dan kelayakan.

MAKLUM BALAS LZS: KELUARGA MUALAF DIHALAU KINI SELAMAT DI RUMAH BARU

0

KAJANG, 16 Januari 2019 – Kisah sebuah keluarga mualaf yang dihalau keluar dari rumah dan kemudian tumpang berteduh di pondok rehat Plaza Tol Kajang baru-baru ini mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Kisah keluarga ini telah tular di media sosial dan usaha menjejaki mereka giat dilakukan dengan kerjasama penolong amil kariah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  Keluarga mualaf tersebut akhirnya ditemui menumpang di sebuah rumah keluarga India di Bandar Rinching, Semenyih.

Prihatin dengan kesulitan yang dihadapi oleh keluarga ini, LZS telah memindahkan mereka ke rumah transit LZS yang lebih selesa. Keluarga ini akan terus dipantau LZS dari semasa ke semasa bagi mendidik dan menjaga aqidah mereka dalam mendalami Islam.

MAKLUM BALAS DUA BERADIK BERBAJU SEKOLAH SELONGKAR TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH

0

PELABUHAN KLANG, 11 Januari 2019 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan kisah dua beradik berbaju sekolah yang menyelongkar tempat pembuangan sampah bagi mencari duit belanja seperti yang ditularkan di page facebook Milo Suam baru-baru ini.

Berdasarkan kepada maklumat diterima, LZS segera menziarahi keluarga tersebut pada 11 Januari 2019. Hasil siasatan, mendapati dua beradik ini adalah dari keluarga etnik Rohingya yang merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) warga Myanmar.

Nur Islam bin Abul Husson, 43, bapa kepada keluarga ini bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Awam Pelabuhan Klang dengan pendapatan RM50 sehari. Beliau menanggung seorang isteri Nujumah Khatu binti Sultan Islam, 32, dan enam orang anak berusia antara dua hingga 14 tahun.

 

Manakala dua beradik yang tular itu, masing-masing Mohammed Jubair bin Nur Islam, 14, dan Sufaidah binti Nur Islam, 11. Mereka yang bersekolah di sebuah sekolah swasta di Klang, menjadikan aktiviti rutin dengan mencari barangan lusuh di tempat pembuangan sampah untuk dijual semula sebelum ke sekolah.

Keluarga ini telah menetap di Malaysia hampir sembilan tahun, kini tinggal di rumah kedai dibiayai sepenuhnya oleh majikan berbangsa India.

LZS amat prihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga Nur Islam. Dalam pertemuan itu, LZS turut menyerahkan sumbangan keperluan harian berupa makanan asasi untuk mereka yang disampaikan Officer In Charge LZS, Abdul Basith Hamid.

Untuk makluman, syarat umum kelayakan agihan zakat ialah individu atau keluarga itu mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap. Bagaimanapun, atas keprihatinan dan dasar kemanusiaan LZS turut menyalurkan sumbangan zakat kepada golongan Rohingya ini melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar seperti Majlis Ulama Rohingya Malaysia.

 

PENGUMUMAN : PORTAL VENDOR DITUTUP SEMENTARA

0
KLANG 26 MAY 2016. Seramai 794 orang penerima dalam kalangan asnaf fakir dan miskin berbaris untuk mendapatkan bantuan zakat di majlis Penyampaian Bantuan Ramadan dan Hari Raya kepada Asnaf Fakir dan Miskin Daerah Klang di Majlis Bandar Diraja Klang. Sebanyak RM563,750 diperuntukkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi bantuan tersebut. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR

Portal e-Vendor akan ditutup sementara waktu bagi tujuan aktiviti akhir tahun. Penutupan bermula pada 31 Disember 2018 (9:00 malam) sehingga 2 Januari 2019 (11.59 malam). Sistem eVendor tersebut boleh di access seperti biasa pada 3 Januari 2019.

Terima kasih.

KENYATAAN RASMI: MAKLUM BALAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) BERKAITAN PEKELILING DALAMAN LZS

0
KLANG 26 MAY 2016. Seramai 794 orang penerima dalam kalangan asnaf fakir dan miskin berbaris untuk mendapatkan bantuan zakat di majlis Penyampaian Bantuan Ramadan dan Hari Raya kepada Asnaf Fakir dan Miskin Daerah Klang di Majlis Bandar Diraja Klang. Sebanyak RM563,750 diperuntukkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi bantuan tersebut. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR

SHAH ALAM, 30 Disember 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan tular pekeliling LZS di media sosial dan whatsapp.

LZS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh umat Islam terutama di Selangor yang prihatin berkenaan perkembangan LZS serta sentiasa memberi pandangan yang membina untuk kemajuan ummah.

Untuk makluman, pekeliling berkaitan motto baru LZS yang sedang tular pada masa ini adalah pekeliling DALAMAN untuk warga kerja LZS sahaja.

LZS menegaskan bahawa pengagihan zakat di Selangor hanya untuk umat Islam sahaja dan menafikan ia akan disalurkan kepada agama lain. Skop pengagihan zakat di Selangor yang diuruskan oleh LZS adalah berdasarkan kepada hukum syarak. Ia meliputi lapan kategori asnaf seperti yang dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 60.

Berhubung tular yang tersebar baru-baru ini, berkenaan “Motto: Manfaat Zakat Untuk Semua”, terdapat kekeliruan mengenai perkara ini. Bagi tahun 2019, LZS telah mengubah motto lama iaitu “Meneraju Perubahan” kepada motto baru iaitu “Manfaat Zakat Untuk Semua”. Motto ini membawa maksud yang sangat luas. Ia menggambarkan bahawa ibadah zakat walaupun hanya dikhususkan kepada umat Islam tetapi MANFAATNYA dinikmati oleh semua ahli masyarakat dalam kitaran ekonomi dan sosial. Ini selaras dengan peranan zakat yang mensucikan dan menyuburkan.

Sekiranya taraf kehidupan asnaf dipertingkatkan, ia secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sesebuah negeri atau negara. Dengan maju dan makmurnya sesebuah negeri atau negara, akan bermanfaatlah setiap rakyat di dalamnya tanpa mengira bangsa atau agama.

Misalnya, seorang mahasiswa asnaf dibiayai dengan wang zakat dalam bidang perubatan sehingga berjaya menjadi seorang doktor pakar, maka manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pesakit tanpa mengira status, bangsa atau agama.

Sekali lagi ditegaskan, LZS tidak ada kaitan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk parti politik dan akan terus menyantuni asnaf di Selangor bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

LZS juga sentiasa mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-Peraturan Zakat Dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012 dalam melaksanakan operasi agihan dan kutipan zakat di Negeri Selangor. Agihan dan kutipan zakat di negeri Selangor sentiasa mengikut hukum syarak dan ia dipantau rapi oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta dikawal selia oleh jawatankuasa yang dilantik termasuk Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

KENYATAAN OLEH
Abdul Basith Hamid
Ketua Pegawai Penyelaras (Officer In Charge)
Lembaga Zakat Selangor

LZS LANJUTKAN WAKTU OPERASI HINGGA 8 MALAM

0

SHAH ALAM, 27 Disember 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melanjutkan waktu operasi di 27 cawangan LZS seluruh Selangor hingga pukul 8.00 malam bermula pada 28 Disember hingga 31 Disember ini bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan zakat sebelum berakhir tahun 2018.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah khidmat runding cara zakat, taksiran pelbagai jenis zakat harta dan juga bayaran zakat. Selain itu, kemudahan pembayaran menerusi kad kredit Islamik dan kad debit turut disediakan di cawangan.

Bagi mengelakkan kesesakan menunaikan zakat di cawangan, LZS menyediakan kemudahan ‘Cashless ATM’ di empat cawangan iaitu di ibu pejabat LZS, Kajang, Bangi dan Seksyen 14, Petaling Jaya.

Orang ramai juga boleh menunaikan zakat melalui pelbagai medium lain yang disediakan termasuklah kemudahan ezakatpay di portal LZS dan perbankan internet.

Justeru itu, LZS menyeru kepada orang ramai untuk menunaikan zakat lebih awal agar tidak tidak tergesa-gesa di saat akhir. Rebutlah peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.

Maklumat lanjut, hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

LZS BANTU RINGAN BEBAN GOLONGAN PENDAPATAN PERTENGAHAN

0

SHAH ALAM, 26 Disember 2018 – Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) adalah inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi meringankan beban kewangan golongan berpendapatan pertengahan yang tidak tergolong dalam asnaf fakir atau miskin. 

Terdapat dua jenis permohonan SPZAS yang ditawarkan iaitu SPZAS Sekolah Rendah & Menengah serta SPZAS Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ia berbentuk sumbangan ‘ONE-OFF’ SAHAJA dan tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang telah dinyatakan di portal LZS. 

Bagi mereka yang berminat, boleh membuat permohonan secara atas talian sahaja iaitu melalui https://www.zakatselangor.com.my/. Untuk makluman,permohonan bagi SPZAS IPT telah dibuka bermula 25 November 2018 dan akan ditutup pada 31 Januari 2019 ATAU sehingga mencapai had peruntukan yang ditetapkan. 

Sementara itu, bagi pemohonan SPZAS Sekolah Rendah & Menengah, permohonan telah dibuka bermula 11 Disember 2018 dan ditutup pada 10 Februari 2019.

Sehubungan itu, LZS menyarankan agar semua pemohon yang berminat agar mematuhi setiap arahan yang diberikan semasa proses memuat naik permohonan. Pemohon perlu terlebih dahulu memuat turun dan mengisi borang pengesahan yang diperlukan sebelum meneruskan proses permohonan. Pemohonan akan menggunakan nombor kad pengenalan ketua keluarga.

Proses pendaftaran melibatkan lima langkah mudah iaitu :

1) Maklumat Diri 

2) Maklumat Tanggungan (Anak-Anak)

3) Maklumat Pendapatan  

4) Muat Naik Kad Pengenalan (Depan & Belakang) serta Borang Pengesahan

5) Perakuan Pemohon

Perlu diingatkan bahawa, proses permohonan adalah sekali sahaja untuk setiap nombor kad pengenalan. Oleh itu, semua pemohon perlu lebih berhati-hati semasa proses pengisian permohonan agar setiap permohonan dapat diproses dengan sempurna serta mengelakkan permohonan ditolak.

Sekali lagi diingatkan bahawa, SPZAS adalah untuk golongan berpendapatan pertengahan dibawah asnaf fisabilillah yang tidak tergolong di dalam asnaf fakir atau miskin. 

Bagi mereka yang tergolong dalam asnaf fakir dan fakir dan memerlukan bantuan, boleh mengunjungi 27 cawangan LZS yang dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember ini atau berhubungan dengan Penolong Amil Kariah yang terdapat di masjid-masjid berhampiran anda.

SPZAS SEKOLAH RENDAH & MENENGAH KINI DIBUKA

0

SHAH ALAM, 17 Disember 2018 November 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan secara atas talian bagi Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Sekolah Rendah & Menengah bermula pada 11 Disember 2018 sehingga 10 Februari 2019.

Ia merupakan inisiatif LZS untuk meringankan beban golongan berpendapatan pertengahan (B40) dengan memberikan sumbangan untuk megurangkan kos pendidikan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah di Negeri Selangor.

Sumbangan ini hanya dibuka untuk tanggungan di peringkat pra sekolah/tadika, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama serta Sekolah Menengah. Setiap pelajar layak menerima bantuan di bawah asnaf fisabilillah berjumlah RM200.00 bagi setiap sesi persekolahan.

Antara syarat kelayakan ialah pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Negeri Selangor/bermastautin di Negeri Selangor tidak kurang dari tiga tahun dan pendapatan seisi rumah melebihi daripada Haddul Kifayah dengan julat lebihan tidak melebihi jumlah maksimum RM3,000.00.

Berita Terkini