SHAH ALAM, 12 Februari 2019 – Kisah adik Muhammad Qhaidnadzir Razak yang menghidap sakit usus tidak berfungsi seperti tersiar di Sinar Harian baru-baru ini mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Berdasarkan kepada rekod LZS, keluarga Razak Said merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan LZS. Keluarga ini telah dibantu oleh LZS melalui bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500. Dalam masa yang sama, LZS turut menyalurkan bantuan perubatan berkala berbentuk susu kepada Muhammad Qhaidnadzir.

Berkenaan rawatan Muhammad Qhaidnadzir, LZS telah memaklumkan kepada keluarga ini  untuk berurusan dengan pihak hospital, memandangkan mereka adalah asnaf msikin yang berdaftar dan pembiayaan rawatan akan ditanggung oleh LZS.