SHAH ALAM, 27 Disember 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melanjutkan waktu operasi di 27 cawangan LZS seluruh Selangor hingga pukul 8.00 malam bermula pada 28 Disember hingga 31 Disember ini bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan zakat sebelum berakhir tahun 2018.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah khidmat runding cara zakat, taksiran pelbagai jenis zakat harta dan juga bayaran zakat. Selain itu, kemudahan pembayaran menerusi kad kredit Islamik dan kad debit turut disediakan di cawangan.

Bagi mengelakkan kesesakan menunaikan zakat di cawangan, LZS menyediakan kemudahan ‘Cashless ATM’ di empat cawangan iaitu di ibu pejabat LZS, Kajang, Bangi dan Seksyen 14, Petaling Jaya.

Orang ramai juga boleh menunaikan zakat melalui pelbagai medium lain yang disediakan termasuklah kemudahan ezakatpay di portal LZS dan perbankan internet.

Justeru itu, LZS menyeru kepada orang ramai untuk menunaikan zakat lebih awal agar tidak tidak tergesa-gesa di saat akhir. Rebutlah peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.

Maklumat lanjut, hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.