ZAKAT SELANGOR DAN AIU METERAI KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PENDIDIKAN ASNAF

SHAH ALAM, 13 Julai 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) hari ini memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Albukhary International University (AIU) bagi memperkukuhkan pelaksanaan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT), sekali gus memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada pelajar asnaf melalui tajaan pendidikan yang lebih menyeluruh. Bagi fasa permulaan, kerjasama ini menyasarkan pengambilan 50 pelajar asnaf […]

ZAKAT SELANGOR DEKATKAN PERKHIDMATAN ZAKAT KEPADA KOMUNITI DI KARNIVAL AGENSI ISLAM SELANGOR 2026

SHAH ALAM, 6 Julai 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) memanfaatkan penyertaannya dalam Karnival Agensi Islam Selangor 2026 untuk mendekatkan perkhidmatan zakat kepada komuniti menerusi khidmat nasihat, taksiran dan bayaran zakat, penerangan mengenai pembangunan asnaf serta pelbagai pengisian interaktif sepanjang karnival berlangsung. Antara tarikan di reruai Zakat Selangor ialah lori bergerak Zakat Selangor Sana Sini […]

PUSAT AL-BIRUNI ZAKAT SELANGOR MULA BEROPERASI BANTU ANAK-ANAK ASNAF DI LEMBAH SUBANG 2

PETALING JAYA, 10 Julai 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) memulakan operasi Pusat Al-Biruni Zakat Selangor di Lembah Subang 2 bagi menyediakan ruang pembelajaran yang selesa dan kondusif kepada anak-anak keluarga asnaf di kawasan berkenaan. Pusat yang terletak di Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 itu diwujudkan bagi menyokong keperluan pendidikan anak-anak daripada keluarga […]

ZAKAT SELANGOR LANCAR IKTIRAF, GALAK LEBIH BANYAK SYARIKAT TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN

SHAH ALAM, 7 Julai 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) hari ini melancarkan Inisiatif Pengiktirafan Muzakki Zakat Selangor (IKTIRAF) bagi mengiktiraf syarikat dan organisasi yang bukan sahaja konsisten menunaikan zakat perniagaan, malah menzahirkan keprihatinan dan komitmen terhadap kesejahteraan serta pembangunan asnaf di Selangor. IKTIRAF diperkenalkan bagi menggalakkan lebih banyak syarikat menjadikan zakat sebagai sebahagian […]

ZAKAT SELANGOR BANGUNKAN PROJEK AGROEKONOMI 110 EKAR BANTU ASNAF JANA PENDAPATAN

BUKIT BERUNTUNG, 1 Julai – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) membangunkan Projek Agroekonomi Laman Agro Ehsan di atas kawasan seluas 110 ekar, dengan 76 ekar daripadanya dibangunkan sebagai kawasan agro yang menempatkan 48 plot tanaman cili fertigasi diusahakan oleh asnaf Zakat Selangor. Majlis Perasmian Program Agroekonomi Laman Agro Ehsan itu disempurnakan oleh Duli Yang Teramat […]

KOLOKIUM PASCA IJAZAH SULTAN IDRIS SHAH ZAKAT SELANGOR 2026: PLATFORM ILMU, INOVASI DAN INSPIRASI

SHAH ALAM, 20 April 2026 – Penyelidikan berkaitan prestasi sosial organisasi, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam perkhidmatan Islam serta kesihatan pekerjaan menjadi antara fokus utama dalam Program Kolokium Akademik Pasca Ijazah Sultan Idris Shah Zakat Selangor 2026 yang berlangsung di Hotel Concorde di sini. Program anjuran Zakat Selangor itu bertujuan memantau perkembangan akademik penerima tajaan […]

ZAKAT SELANGOR TERBIT LAPORAN BERSEPADU 2025

SHAH ALAM, 15 Mei 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menerbitkan Laporan Bersepadu 2025, sekali gus menjadi antara institusi zakat terawal di Malaysia yang menggabungkan prestasi kewangan, pembangunan serta aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam satu pelaporan menyeluruh. Laporan yang boleh diakses secara terbuka oleh orang ramai itu bukan sahaja memaparkan prestasi […]

KAUNTER KHAS ZAKAT SELANGOR DIBUKA UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI DI KLIA

SEPANG, 6 Mei 2026 – Zakat Selangor membuka kaunter khas zakat di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA bagi memudahkan bakal jemaah haji menunaikan kewajipan zakat sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kaunter yang beroperasi dari 17 April hingga 20 Mei ini menawarkan perkhidmatan semakan, khidmat nasihat dan bayaran zakat di satu lokasi yang mudah diakses oleh para […]

AGIHAN ZAKAT SELANGOR 2025 CECAH RM1.33 BILION, LEBIH 75,000 KELUARGA FAKIR DAN MISKIN DISANTUNI

SHAH ALAM, 5 Mei 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) merekodkan agihan zakat yang telah disahkan berjumlah RM1.33 bilion bagi tahun 2025, dengan tumpuan utama kepada golongan fakir dan miskin sebagai penerima terbesar bantuan di negeri ini. Prestasi tersebut turut disokong oleh kutipan zakat sebanyak RM1.31 bilion, sekali gus membolehkan pelbagai bentuk bantuan disalurkan […]

ZAKAT SELANGOR TEGASKAN KES SELEWENG DANA TIDAK MELIBATKAN INSTITUSI INI

SHAH ALAM, 22 April 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mengambil maklum laporan media berhubung penahanan beberapa individu berkaitan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang kini disiasat oleh pihak berkuasa. Zakat Selangor menegaskan bahawa kes yang dilaporkan melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Zakat Selangor […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor