وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍۢ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
Kira jumlah zakat anda dengan mudah mengikut nisab terkini.
Mudah dan pantas, bayarkan zakat anda secara online dengan saluran rasmi Zakat Selangor.
Semak Rekod di eZakat Online.
Skim bantuan pendidikan, kesihatan, ekonomi & kebajikan untuk asnaf.
Hantar permohonan untuk menerima bantuan zakat.
Semak Rekod di eZakat Online.
Ikuti program semasa dan kisah inspirasi asnaf.
Rujuk kadar zakat terkini yang dikemaskini setiap tahun.
Cari cawangan Lembaga Zakat Selangor berdekatan anda dengan mudah.
Bila Peluang Diberi, Potensi Terbukti.
Melalui bantuan modal zakat, asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf kini mampu berdikari menjana rezeki melalui perniagaan, pertanian dan penternakan demi masa depan yang lebih sejahtera.
Ilmu Dibina, Masa Depan Terjana.
Melalui sokongan zakat bernilai RM185,428,574 / (hampir RM200 Juta yang diperuntukkan), Lembaga Zakat Selangor telah berjaya memperkasa sekolah, pusat tahfiz dan institusi pendidikan agar terus melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing untuk ummah terutama buat asnaf Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.
Meringankan Beban, Memulihkan Harapan.
Program ini membantu asnaf meneruskan kehidupan melalui bantuan kewangan, makanan, perubatan, perumahan dan sokongan kecemasan bagi memastikan kesejahteraan asas mereka terpelihara, sambil membimbing ke arah kehidupan yang lebih berdikari dan bermaruah.
Membina Jiwa, Memperkasa Diri.
Melalui kursus dan latihan pembangunan diri, rohani dan sosial. Lembaga Zakat Selangor membantu asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf meningkatkan keyakinan, potensi serta keupayaan diri agar mampu melangkah ke arah kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna.
Membina Jiwa, Memperkasa Potensi.
Program ini memberi tumpuan kepada kursus dan latihan rohani, sosial serta pembangunan diri untuk asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf dengan cara membantu mereka membina keyakinan, menambah ilmu dan menjadi insan yang lebih berdikari serta berdaya saing.