Berita Terkini LZS

SULTAN SELANGOR BERKENAN TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM41.72 JUTA

SHAH ALAM, 7 Oktober 2026 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM41.72 juta daripada lima syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) dalam satu upacara di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Lembaga Tabung Haji (TH) diwakili Pengerusi, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, mendahului senarai syarikat pembayar zakat dengan menyerahkan RM27.01 juta, sekali gus menjadi penyumbang zakat korporat terbesar kepada Zakat Selangor tahun ini.

Ini diikuti Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Ts Shamsul Ahmad menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM5.60 juta, manakala Kumpulan Kewangan Islam Maybank menyerahkan RM4.22 juta menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Mohamad Yasin Abdullah.

Sementara itu, Bank Rakyat yang diwakili oleh Pengerusi, Datuk Mohd Irwjjan Mohd Mubarak menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.38 juta dan Rural Capital Sdn Bhd mewakilkan Pengerusinya, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor, menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.51 juta.

Kesemua bayaran zakat perniagaan berkenaan adalah bagi haul 2025.

Turut hadir dalam upacara itu ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin; Pengerusi Zakat Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail; Timbalan Pengerusi Zakat Selangor, Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang serta Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari.

Kongsi di media sosial

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor