SHAH ALAM, 26 Disember 2018 – Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) adalah inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi meringankan beban kewangan golongan berpendapatan pertengahan yang tidak tergolong dalam asnaf fakir atau miskin. 

Terdapat dua jenis permohonan SPZAS yang ditawarkan iaitu SPZAS Sekolah Rendah & Menengah serta SPZAS Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ia berbentuk sumbangan ‘ONE-OFF’ SAHAJA dan tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang telah dinyatakan di portal LZS. 

Bagi mereka yang berminat, boleh membuat permohonan secara atas talian sahaja iaitu melalui https://www.zakatselangor.com.my/. Untuk makluman,permohonan bagi SPZAS IPT telah dibuka bermula 25 November 2018 dan akan ditutup pada 31 Januari 2019 ATAU sehingga mencapai had peruntukan yang ditetapkan. 

Sementara itu, bagi pemohonan SPZAS Sekolah Rendah & Menengah, permohonan telah dibuka bermula 11 Disember 2018 dan ditutup pada 10 Februari 2019.

Sehubungan itu, LZS menyarankan agar semua pemohon yang berminat agar mematuhi setiap arahan yang diberikan semasa proses memuat naik permohonan. Pemohon perlu terlebih dahulu memuat turun dan mengisi borang pengesahan yang diperlukan sebelum meneruskan proses permohonan. Pemohonan akan menggunakan nombor kad pengenalan ketua keluarga.

Proses pendaftaran melibatkan lima langkah mudah iaitu :

1) Maklumat Diri 

2) Maklumat Tanggungan (Anak-Anak)

3) Maklumat Pendapatan  

4) Muat Naik Kad Pengenalan (Depan & Belakang) serta Borang Pengesahan

5) Perakuan Pemohon

Perlu diingatkan bahawa, proses permohonan adalah sekali sahaja untuk setiap nombor kad pengenalan. Oleh itu, semua pemohon perlu lebih berhati-hati semasa proses pengisian permohonan agar setiap permohonan dapat diproses dengan sempurna serta mengelakkan permohonan ditolak.

Sekali lagi diingatkan bahawa, SPZAS adalah untuk golongan berpendapatan pertengahan dibawah asnaf fisabilillah yang tidak tergolong di dalam asnaf fakir atau miskin. 

Bagi mereka yang tergolong dalam asnaf fakir dan fakir dan memerlukan bantuan, boleh mengunjungi 27 cawangan LZS yang dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember ini atau berhubungan dengan Penolong Amil Kariah yang terdapat di masjid-masjid berhampiran anda.