Utama Blog Halaman 28

Pengiraan Zakat ASB

0

 

Soalan: Bagaimanakah kaedah pengiraan zakat ke atas ASB?

Jawapan:

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASNB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, selaras dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 3 November 2020. Oleh itu, taksiran zakat terhadap pelaburan ASNB adalah diwajibkan ke atas keseluruhan aset pelaburan, dividen dan bonus sebagaimana kaedah berikut:

Perkara ini berkuatkuasa mulai 15 Februari 2021.

 

Soalan : Bagaimanakah kaedah pengiraan zakat qada ke atas pelaburan ASNB?

Bagi pelabur yang ingin menunaikan qadha zakat ke atas pelaburan ASNB, ia hendaklah mengikut kaedah taksiran zakat pelaburan ASNB bagi tahun kewangan sebelum 2016 hingga 2019 iaitu mengikut kadar peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan sebagaimana kaedah berikut:

Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :

LZS Dekati Ketua Masyarakat Orang Asli

0

BANGI, 5 November 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Majlis Ramah Mesra Ketua Masyarakat Orang Asli 2018 yang disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Bakhtiar Hussin di sini baru-baru ini. 

Majlis yang menghimpunkan seramai 100 peserta terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung, Tok Batin Islam dan bukan Islam, Penolong Amil Kariah serta Penggerak Mualaf Orang Asli di Selangor berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 Oktober ini.

Ia diadakan bagi mengeratkan hubungan antara LZS dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kepimpinan Orang Asli Islam serta bukan Islam di seluruh Selangor.

Selain itu, pertemuan ini membuka ruang kepada LZS memberi penerangan dan pemahaman berkaitan skim bantuan dan kebajikan yang disediakan khusus untuk asnaf mualaf. Malah, program ini menjadi platform untuk memperkenalkan keindahan dan nilai murni Islam khusus kepada peserta bukan Islam.

Turut disampaikan dalam majlis tersebut, anugerah khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan Tok Batin terbaik yang memberikan komitmen tinggi dalam menjalinkan kerjasama dengan agensi serta masyarakat.

Hadir sama dalam majlis, Ketua Pegawai Penyeralas (Officer In Charge)LZS, Abdul Basith Hamid.

Maklum Balas LZS Berkenaan Tular Surat

0

SHAH ALAM, 2 November 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan surat yang tertera nama seorang individu berbangsa Cina menggunakan sampul LZS yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Untuk makluman, individu tersebut merupakan seorang asnaf mualaf yang menerima bantuan zakat. Beliau masih menggunakan nama asal selepas pengislamannya. Syarat pengislaman di Selangor tidak menghalang mana-mana individu mualaf  untuk mengekalkan nama asal mereka.

Sehubungan itu, LZS menyeru semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat yang sedang ditularkan. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan,  hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.

250 LZS Asnaf Entrepreneurs Accept Motivation Injection

0

SHAH ALAM, October 24, 2018 – 250 zakat asnaf entrepreneur assemble in conjunction with the Transformasi Usahawan Asnaf (TUAS) 2018 organized by Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) Sdn Bhd in collaboration with the Lembaga Zakat Selangor (LZS) at the Setia City Convention Center (SCCC) and officiated by TERAS Chairman, Dato ‘Ibrahim Md. Yusof.

The program targets zakat entrepreneur asnaf who receive business assistance from LZS and has the potential to get out of the asnaf category. Through this program, asnaf entrepreneurs are given a motivation injection to advance themselves and the next business comes out of the poverty cocoon.

Additionally, it has become a platform for asnaf entrepreneurs to build a wider business network, while providing exposure on financial financing opportunities and business expansion from other agencies.

At the same event, 10 zakat entrepreneurs receive recognition for their success in business. They are the recipients of business capital aid from LZS and are now a former asnaf who have succeeded in building their respective business empire. Each of them receives certificates and plaques of appreciation for their excellence in business.

In 2017, 180 asnaf zakat entrepreneurs were successfully formed through the LZS business aid package, which subsequently received the guidance of appropriate courses and business oversight by TERAS. This year, LZS targets a total of 200 asnaf out of the faqr and miskin asnaf categories.

Also present, LZS Chief Officer (Charge In Charge), Abdul Basith Hamid.

250 Usahawan Asnaf LZS Terima Suntikan Motivasi

0

SHAH ALAM, 24 Oktober 2018 – Seramai 250 usahawan asnaf zakat berhimpun bersempena dengan program Transformasi Usahawan Asnaf (TUAS) 2018 anjuran Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS)  Sdn Bhd dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) yang disempurnakan oleh Pengerusi TERAS, Dato’ Ibrahim Md. Yusof.

Program ini mensasarkan usahawan asnaf zakat yang menerima bantuan perniagaan dari LZS dan berpotensi untuk keluar dari kategori asnaf. Melalui program ini, para usahawan asnaf diberi suntikan motivasi untuk memajukan diri dan perniagaan seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan.

Selain itu, ia menjadi platform kepada usahawan asnaf membina jaringan perniagaan yang lebih luas, di samping memberi pendedahan berkenaan peluang pembiayaan kewangan dan pengembangan perniagaan dari agensi-agensi lain.

Dalam majlis yang sama, 10 orang usahawan asnaf zakat menerima pengiktirafan atas kejayaan mereka dalam perniagaan. Mereka ini merupakan penerima bantuan modal perniagaan dari LZS dan kini merupakan bekas asnaf yang berjaya membina empayar perniagaan masing-masing. Setiap mereka ini menerima sijil dan plak penghargaan atas kecemerlangan mereka dalam perniagaan.

Pada tahun 2017, seramai 180 orang usahawan asnaf zakat berjaya dibentuk menerusi pakej bantuan perniagaan LZS, yang kemudian mendapat bimbingan kursus bersesuaian dan pemantuan perniagaan oleh TERAS. Tahun ini, LZS menyasarkan seramai 200 asnaf bakal keluar daripada kategori asnaf fakir dan miskin.

Turut hadir, Ketua Pegawai Penyelaras (Officer In Charge) LZS , Abdul Basith Hamid.

38 Penolong Amil Kariah Terima Inisiatif Umrah LZS

0

SHAH ALAM, 13 Oktober 2018 – Seramai 38 orang penolong amil terdiri daripada Ketua dan Penolong Amil Fitrah, Padi dan Kariah menerima insentif umrah dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Officer In Charge LZS, Abdul Basith Hamid dalam ucapannya semasa program Kursus Umrah Penolong Amil berkata, insentif ini merupakan galakan ke arah peningkatan kebajikan penolong amil selain memberi motivasi dan dorongan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan LZS. “Alhamdulillah pada tahun ini, LZS telah menghantar seramai 38 orang penolong amil ke tanah suci. Mereka yang terpilih ini merupakan penolong amil yang menunjukkan prestasi baik sepanjang perkhidmatan bersama LZS,” ujarnya.

Untuk makluman, penolong amil ini dijangka akan berangkat ke tanah suci pada 25 Oktober 2018 dan kembali ke tanah air pada 5 November 2018.

LZS Pindahkan Keluarga Tinggal di Bawah Jejambat

0

SHAH ALAM, 12  Oktober 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan sebuah keluarga yang tinggal di bawah jejambat di sekitar kawasan Desa Park City, Kepong.

Daripada rekod LZS, keluarga ini pernah menerima bantuan deposit sewa rumah di bawah asnaf gharimin. Sehubungan itu, LZS telah mengambil tindakan segera memindahkan keluarga ini ke sebuah inap desa untuk keselesaan buat sementara waktu.

Untuk makluman, keluarga ini telah ditawarkan untuk tinggal di sebuah rumah di Flora Apartment Damansara oleh seorang individu yang prihatin. Bagaimanapun rumah tersebut sedang dibaik pulih dan keluarga ini dijangka berpindah masuk pada 15 Oktober 2018.

LZS merakam ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama bagi memastikan nasib keluarga ini terjamin. Pihak LZS akan terus melaksanakan pemantauan terhadap keluarga ini dan bantuan zakat akan disalurkan berdasarkan kepada keperluan mereka bergantung kepada syarat dan kelayakan.

LZS Anjur Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018

0

SHAH ALAM, 10 Oktober 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menganjurkan program Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018 yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UiTM, Profesor Dr. Zaini Abdullah.

Dengan tema Zakat di Era Digital Ekonomi, muzakarah kali ini menghimpunkan perwakilan daripada pelbagai sektor, khususnya yang bersangkutan dengan pengurusan zakat di Malaysia, sarjana Islam, pelajar institut pengajian tinggi, ahli akademik terutama pakar dalam bidang zakat termasuk orang perseorangan.

Muzakarah kali ini mengupas topik berkaitan pengurusan zakat terutama pembangunan asnaf serta pembudayaan filantropi Islam, di samping membincangkan isu-isu kontemporari zakat agar pelaksanaannya memenuhi tuntutan syarakat serta memberi motivasi dan impak positif kepada institusi zakat di Malaysia.

Sebanyak 60 kertas kerja dibentangkan sepanjang dua hari muzakarah berlangsung bermula hari ini. Antara pembentang kertas kerja termasuklah Timbalan Pengerusi LZS, Profesor Dato’ Dr. Aizuddin Ahmad yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Zakat: Experiencing The Faith or Accounting The Economics?’, Penyelidik Kanan International Shariah Research Academy (ISRA), Dr. Shamsiah Mohamad dengan kertas kerja bertajuk ‘Penggunaan Teknologi Dalam Pengurusan Zakat Menurut Perspektif Islam’ dan wakil IBM Malaysia Sdn Bhd, Faidz Fahmi yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Teknologi Blockchain: Peluang Dalam Pengurusan Zakat.’

Hadir sama dalam majlis, Ketua Pegawai Penyeralas LZS, Abdul Basith Hamid.

LZS Salur RM11.8 Juta Untuk Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia

0

SHAH ALAM, 8 Oktober 2018 – Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM11,770,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia di 18 buah hospital dan institut perubatan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumbangan tersebut merupakan penyaluran sumbangan LZS bagi fasa dua untuk tabung tersebut pada tahun ini. Pada bulan Ramadan lalu, LZS telah menyalurkan sumbangan zakat fasa pertama kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia sebanyak RM2,500,000. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan LZS bagi Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia untuk tahun 2018 berjumlah RM14,270,000.

Untuk makluman, LZS telah menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia sejak tahun 2008, bertujuan meringankan bebanan pesakit Islam yang kurang berkemampuan dan memerlukan kos pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital.

Hospital dan institusi perubatan berkenaan ialah, Yayasan Institut Jantung Negara yang menerima sumbangan zakat berjumlah RM1,400,000, diikuti dengan Hospital Kuala Lumpur sebanyak RM1,300,000.

Sementara itu, Institut Kanser Negara, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Kanser Negara (MAKNA) masing-masing menerima sumbangan zakat sebanyak RM1,000,000. Manakala Hospital Tengku Ampuan Rahimah menerima sebanyak RM750,000, diikuti Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang dan Hospital Serdang yang masing-masing menerima sebanyak RM600,000.

Hospital Kajang menerima sumbangan zakat sebanyak RM430,000, Hospital Putrajaya dan Hospital Rehabilitasi, Cheras masing-masing turut menerima sumbangan zakat sebanyak RM380,000.

Manakala Pusat Perubatan UiTM Sungai Buloh menerima sebanyak RM280,000, Hospital Shah Alam pula menerima sebanyak RM200,000, Hospital Banting dan Hospital Kuala Kubu Bharu masing-masing menerima sebanyak RM85,000.

Turut hadir, isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Puan Masdiana Muhammad, Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Azman Abu Bakar. Hadir sama, Ketua Pegawai Penyelaras (Officer in Charge) LZS Abdul Basith Hamid.

‘Berbahagia Dengan Memberi’ Sasar Syarikat Tunai Zakat Menerusi Skim Berkat

0

SHAH ALAM, 8 Oktober 2018 –  Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan kempen ‘Berbahagia Dengan Memberi’ bagi menggalakkan lebih ramai warga kerja di syarikat swasta menunaikan zakat melalui potongan gaji atau dikenali sebagai Skim Berkat.

Kempen yang bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Disember 2018 ini, mensasarkan syarikat-syarikat swasta yang belum pernah membuat sebarang bayaran zakat melalui potongan gaji untuk kakitangannya. Selain itu, kempen ini juga terbuka kepada syarikat yang tidak aktif dalam bayaran zakat  untuk tempoh setahun dengan berpeluang menyertainyamelalui pembayaran zakat dalam tempoh kempen sedang berlangsung.

Bagi mereka yang ingin menyertai kempen ini, hanya perlu mendaftar melalui pautan https://www.zakatselangor.com.my/kempenberbahagiadenganmemberi/.

Syarikat yang bertuah, akan dipilih melalui e-cabutan dan akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon. Sebarang pertanyaan berkaitan kempen boleh menghubungi Norhazirah di talian 012 629 6791 atau Hatta di talian 019 388 0573.

Berita Terkini