SHAH ALAM, 13 Oktober 2018 – Seramai 38 orang penolong amil terdiri daripada Ketua dan Penolong Amil Fitrah, Padi dan Kariah menerima insentif umrah dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Officer In Charge LZS, Abdul Basith Hamid dalam ucapannya semasa program Kursus Umrah Penolong Amil berkata, insentif ini merupakan galakan ke arah peningkatan kebajikan penolong amil selain memberi motivasi dan dorongan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan LZS. “Alhamdulillah pada tahun ini, LZS telah menghantar seramai 38 orang penolong amil ke tanah suci. Mereka yang terpilih ini merupakan penolong amil yang menunjukkan prestasi baik sepanjang perkhidmatan bersama LZS,” ujarnya.

Untuk makluman, penolong amil ini dijangka akan berangkat ke tanah suci pada 25 Oktober 2018 dan kembali ke tanah air pada 5 November 2018.