Utama Blog Halaman 33

KASIHKU ZAKAT SELANGOR: 16 KELUARGA ASNAF LZS DAPAT MANFAAT ZAKAT

0

 

KUALA KUBU BHARU, 22 Februari 2018 – Seramai 16 keluarga asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor (LZS) bakal mendapat manfaat daripada agihan wang zakat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah RM290,635.94, yang diterima melalui sumbangan program ‘Kasihku Zakat Selangor’ di sini hari ini.

Sumbangan tersebut adalah agihan semula zakat PKNS yang akan disalurkan bagi membiayai baik pulih rumah keluarga asnaf di daerah Hulu Selangor. Setiap keluarga akan menerima bantuan pembiayaan di antara RM16,000 hingga RM23,000, bergantung kepada kos baik pulih rumah tersebut.

Bantuan baik pulih rumah ini adalah antara bantuan yang disediakan oleh LZS bagi memenuhi keperluan asasi asnaf fakir dan miskin di Selangor, agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Untuk makluman, LZS memperkenalkan program ‘Kasihku Zakat Selangor’ bagi memberi ruang kepada pengeluar zakat terutama dalam kalangan syarikat korporat bersama-sama menyantuni keperluan penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat.

‘Kasihku Zakat Selangor’ diperkenalkan sebagai inisiatif kepada syarikat korporat yang mengeluarkan zakat sebanyak RM50,000 ke atas.

Melalui ‘Kasihku Zakat Selangor’, syarikat berkaitan boleh memohon agihan semula 3/8 atau 37.5 peratus daripada jumlah bayaran zakat yang dikeluarkan pada tahun semasa untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin berdaftar dengan Zakat Selangor termasuk asnaf fisabilillah.

 

Wang zakat ini akan disalurkan berdasarkan empat pakej utama yang ditawarkan iaitu pakej bantuan pendidikan, bantuan modal, bantuan perubatan dan bantuan sosial.

Selain memberi ruang kepada pengeluar zakat membantu asnaf dengan lebih dekat lagi, ‘Kasihku Zakat Selangor’ merupakan platform kepada syarikat korporat meningkatkan sumbangan melalui peruntukan Tanggungjawab Sosial Syarikat (CSR).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Noraida Mohd Yusof dan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid.

ZAKAT SELANGOR SANTUNI ASNAF FAKIR DAN MISKIN DAERAH PETALING RM1.2 JUTA

0
PUCHONG, 23 Februari 2018 – Lembaga Zakat Selangor hari ini menyantuni seramai 130 orang asnaf fakir dan miskin daerah Petaling dengan menyalurkan bantuan zakat berjumlah RM1,209,000.00 dalam satu Majlis Penyerahan Bantuan Keperluan Asasi Kepada Asnaf Fakir dan Miskin 2018 di sini.
Bantuan tersebut merupakan kesinambungan daripada bantuan lain yang telah diterima asnaf berkenaan sebelum ini, bertujuan memenuhi keperluan asasi asnaf zakat di Selangor. Ia meliputi bantuan sara hidup, makanan, perlindungan, perubatan dan pendidikan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
Sehingga tahun 2017 Zakat Selangor telah menyantuni seramai 45,471 keluarga asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor. Daripada jumlah tersebut, seramai 7,134 keluarga merupakan asnaf di daerah Petaling.
Amran bin Wahid, 48 menzahirkan rasa bersyukur atas bantuan yang diterima ini. 
“Alhamdulillah hari ini saya menerima bantuan keperluan asasi bagi asnaf.  Sebelum ini saya turut menerima bantuan sara hidup, bantuan makanan, bantuan pendidikan dan bantuan Hari Raya. Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengeluar zakat di Selangor yang menunaikan zakat dan membantu orang seperti kami.”
Bagi Sabariah binti Ali, 51 pula berasa teruja dan bersyukur sebab terpilh bagi menerima bantuan keperluan asasi ini. 
Katanya, “Tambahan pula suami saya tidak sihat dan tiada pendapatan untuk perbelanjaan. Bersyukur sangat atas bantuan ini selain turut menerima bantuan sara hidup,  bantuan makanan dan persekolahan anak-anak. Jutaan terima kasih kepada pengeluar zakat yang prihatin agar  kami dapat teruskan kehidupan.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Tn Hj. Zulkurnain Bin Che Ali  dan Officer In Charge merangkap Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid.

Zakat Selangor terima zakat perniagaan McDonald’s Malaysia RM275 ribu

0
KUALA LUMPUR, 11 Januari 2018 – Syarikat operasi McDonald’s Malaysia, iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB)  menunaikan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor sebanyak college essay writing service  RM275,000.00 bagi tahun kewangan berakhir 2017.
 

kiteessay.com

Zakat perniagaan ini disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar kepada Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam satu majlis yang diadakan di sini hari ini. 
 
McDonald’s Malaysia menunaikan zakat perniagaan dengan jumlah keseluruhan RM1,000,000.00. Selain Selangor, antara negeri lain yang turut menerima bayaran zakat termasuklah Kuala Lumpur berjumlah RM275,000.00, Pahang berjumlah RM150,000.00, Terengganu berjumlah RM150,000.00  dan Kelantan RM150,000.00.
 
 
Hadir sama dalam majlis tersebut, Ketua Divisyen Kutipan Zakat Selangor, Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini
 

ZAKAT SELANGOR SERTAI #ECOFREEMARKET

0

 SHAH ALAM, 11 Februari 2018 – Lembaga Zakat Selangor menyertai program amal #ECOFreemarket bersempena Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya  Shah Alam bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Apa yang menarik program #ECOFreemarket menggalakkan para pengunjung yang hadir menyumbangkan barangan sama ada yang masih baru ataupun terpakai, untuk diberikan secara percuma kepada mereka yang hadir dan memerlukan.

20180211_101422

Ia merupakan satu pendekatan untuk membuat kebajikan yang unik, sekali gus menjadi platform kepada masyarakat untuk berkongsi, di samping membentuk nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Program ini turut disertai oleh hampir 100 penyumbang terdiri daripada agensi swasta, NGO dan orang perseorangan, telah menarik perhatian 500 orang pengunjung terdiri daripada masyarakat setempat.

Ia diserikan dengan kehadiran pelajar asnaf fakir dan miskin dari Bait Al-Hasanah yang menjadi antara penerima barangan dalam program tersebut.

PROJEK AT-TA’AWUN: ZAKAT SELANGOR PERKASA PENOLONG AMIL KARIAH

0

SHAH ALAM, 10 Februari 2018 – Lembaga Zakat Selangor mengadakan taklimat perlaksanaan projek perintis At-Ta’awun siri 2.0 melibatkan wakil-wakil kariah di Selangor bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS di sini.

Ia merupakan kesinambungan bagi projek At-Ta’awun yang dilaksanakan pada tahun 2017 melibatkan seramai 18 orang penolong amil kariah (PAK) di tiga buah kariah di Selangor.  Zakat Selangor memperkenalkan projek At-Ta’awun bertujuan membangunkan sistem pengurusan penolong amil kariah dengan menyusun gerak kerja lebih sistematik dan efisien bagi menyantuni asnaf di Selangor. Ini termasuklah memperkasakan peranan PAK sebagai ‘pemudahcara’ antara Zakat Selangor dengan masyarakat terutama asnaf.

27752433_10155972971256221_6535822848604706577_n

Pada tahun ini, projek At-Ta’awun siri 2.0 telah diperluaskan kepada 140 kariah di sembilan daerah di Selangor. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada penolong amil kariah berkenaan peranan PAK  dalam menjalankan tugas yang diberi, di samping meningkatkan profesionalisme PAK di dalam mendepani masyarakat sebagai pelanggan utama organisasi. Ia bagi melahirkan barisan PAK yang profesional dan kompetan dalam membantu Zakat Selangor mendepani agenda pemerkasaan ummah melalui aktiviti agihan dan pembangunan asnaf yang sistematik, komprehensif serta berkesan.

Untuk makluman, sehingga kini Zakat Selangor mempunyai seramai 1,613 penolong amil kariah yang dilantik sebagai pemudahcara antara Zakat Selangor dan masyarakat terutama golongan asnaf fakir dan miskin.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Amil, Zaidi Rasid. Hadir sama, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Mohd Basir Hassan Basri.

ZAKAT SELANGOR TERIMA KUNJUNGAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH YOGYAKARTA

0
SHAH ALAM, 8 Februari 2018 – Lembaga Zakat Selangor hari ini menerima kunjungan daripada mahasiswa Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, bertempat di Bangunan Zakat Selangor di sini. 
Kunjungan ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan dan tahap pencapaian Zakat Selangor, di samping memberi peluang kepada mahasiwa untuk mempelajari pengurusan zakat khususnya di Selangor. 
Delegasi terdiri daripada 28 orang mahasiswa dari Fakulti Ekonomi dan Business turut diiringi oleh seorang pensyarah Dr. Ayif Fathurahman. Mereka juga dibawa melawat kaunter zakat bagi melihat operasi pengurusan cawangan. 
 
Taklimat disampaikan oleh Ketua Divisyen Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan, Dr Adibah binti Abd Wahab.

 

MAKLUM BALAS ADIK NUR SYIFA ZARA

0
DAMANSARA, 5 Februari 2018 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor berkenaan adik Nur Syifa Zara binti Abdul Rahim seperti yang tular di media sosial oleh Prinz Firusi sejak 4 Februari 2018.
 
Berdasarkan kepada maklumat disalurkan, Zakat Selangor segera menziarahi keluarga tersebut pada 5 Februari 2018. Hasil siasatan, mendapati adik Nur Syifa berusia empat tahun disahkan penyakit Severe Aplastic Anemia iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan penghidap tidak mampu menghasilkan sel darah merah, platelet dan darah putih secara normal. 
 
Daripada semakan rekod Zakat Selangor, adik Nur Syifa telah disantuni dengan bantuan hutang perubatan berjumlah RM3,000 di bawah nama bapanya Mohammad Zamri bin Khalid. Bantuan ini merupakan bantuan asnaf gharimin yang disalurkan pada tahun 2017. 
 
Zakat Selangor amat prihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga Mohammad Zamri. Sehubungan itu, Zakat Selangor akan membantu membiayai kos rawatan perubatan bulanan yang dianggarkan berjumlah RM300 sehingga RM400 sebulan. Bantuan perubatan ini memerlukan keluarga Mohammad Zamri untuk memohon semula pada tahun 2018 kerana beliau bukan tergolong dalam keluarga asnaf fakir dan miskin. Manakala bantuan lain akan disalurkan berdasarkan kepada keperluan dan syarat kelayakan.
 
Zakat Selangor berharap dengan bantuan zakat yang akan disalurkan ini dapat membantu meringankan bebanan keluarga Mohammad Zamri.

 

RM1.4 JUTA INSENTIF TAMBAHAN PROGRAM KASIHKU UNTUK PELAJAR IPT FAKIR & MISKIN

0

SHAH ALAM, 1 Februari 2018 – Seramai 4,748 pelajar asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima insentif Bantuan Wang Saku Tambahan Program Kasihku dengan jumlah agihan zakat sebanyak RM1,424,400.00.

Ia merupakan wang zakat agihan semula syarikat korporat terlibat dalam program Kasihku Zakat Selangor yang prihatin dengan keperluan pelajar asnaf di IPT, di mana setiap pelajar menerima bantuan sebanyak RM300. Bantuan tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bermula pada awal Januari lalu.

Untuk makluman, Zakat Selangor memperkenalkan program ‘Kasihku Zakat Selangor’ bagi memberi ruang kepada pengeluar zakat terutama dalam kalangan syarikat korporat bersama-sama menyantuni penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat.

Wang zakat ini akan disalurkan berdasarkan empat pakej utama yang ditawarkan oleh ‘Kasihku Zakat Selangor’ iaitu pakej bantuan pendidikan, bantuan modal, bantuan perubatan dan bantuan sosial.

502 FAKIR, MISKIN, MUALLAF HULU SELANGOR TERIMA CERMIN MATA DAN ALAT PENDENGARAN

0

HULU SELANGOR, 27 Januari 2018 – Seramai 502 asnaf fakir, miskin dan mualaf dari 30 buah kariah masjid daerah Hulu Selangor menerima bantuan cermin mata dan alat bantu pendengaran bernilai RM191,950.00  dalam satu majlis yang diadakan di sini hari ini.

Daripada jumlah tersebut seramai 240 orang menerima cermin mata berjumlah RM137,300.00, lapan orang menerima alat pendengaran (RM52,150.00) dan seorang menerima kerusi roda yang bernilai RM2,500.00. 

 

Huzairi 1

Matlamat utama bantuan ini bertujuan menyalurkan bantuan kepada golongan pelajar dan dewasa yang sangat memerlukan kemudahan ini. Pemohon bantuan ini juga perlu melalui proses tapisan kelayakan yang sama iaitu dengan melihat tahap keperluan pemohon.

Majlis penyampaian bantuan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Operasi Agihan Asnaf Zakat Selangor, Huzairi Ibrahim.

TAKLIMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH AGAMA MENENGAH

0
SHAH ALAM, 26 Januari 2018 – Lembaga Zakat Selangor mengadakan taklimat kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) kepada 27 orang pelajar asnaf fakir dan miskin beserta ibu bapa di  Ibu Pejabat Zakat Selangor baru-baru ini. 
 
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada para pelajar mengenai bantuan dermasiswa kecil Zakat Selangor yang akan disalurkan kepada mereka bagi menempatkan diri di Sekolah Agama Menengan (SAM).
 
Selain daripada SAM di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pelajar asnaf fakir dan miskin yang mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Persekutuan, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej Vokasional juga boleh memohon untuk mendapatkan dermasiswa dari Zakat Selangor. 
 UNADJUSTEDNONRAW_thumb_2327
 
Di samping itu, Zakat Selangor turut menyediakan bantuan yuran pengajian maksimum sehingga  RM2,000, bantuan wang saku berjumlah RM70 sebulan dan bantuan wang persediaan berjumlah RM300 khusus kepada pelajar di SBP. Bantuan ini disalurkan bermula dari tingkatan satu hingga lima. 
 
Salah seorang bapa yang berasal dari  Sabak Bernam, Solehin Suratman, 58 berkata, “Saya berasa amat gembira dengan tawaran ini walaupun ini bukan pilihan pertama. Lebih-lebih lagi bantuan ini melibatkan bantuan zakat dan ini sangat meringankan beban saya untuk persediaan anak saya masuk sekolah. Saya ucapkan terima kasih kepada pembayar zakat dapat membantu asnaf macam saya,” kata bapa kepada Afrin Annisa Bt Solehin, 13.
 
Hadir sama Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf, Zaharuddin Salim dan Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sekolah JAIS, Mohd Don Raban.

Berita Terkini