TAKLIMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH AGAMA MENENGAH

0
980
SHAH ALAM, 26 Januari 2018 – Lembaga Zakat Selangor mengadakan taklimat kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) kepada 27 orang pelajar asnaf fakir dan miskin beserta ibu bapa di  Ibu Pejabat Zakat Selangor baru-baru ini. 
 
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada para pelajar mengenai bantuan dermasiswa kecil Zakat Selangor yang akan disalurkan kepada mereka bagi menempatkan diri di Sekolah Agama Menengan (SAM).
 
Selain daripada SAM di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pelajar asnaf fakir dan miskin yang mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Persekutuan, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej Vokasional juga boleh memohon untuk mendapatkan dermasiswa dari Zakat Selangor. 
 UNADJUSTEDNONRAW_thumb_2327
 
Di samping itu, Zakat Selangor turut menyediakan bantuan yuran pengajian maksimum sehingga  RM2,000, bantuan wang saku berjumlah RM70 sebulan dan bantuan wang persediaan berjumlah RM300 khusus kepada pelajar di SBP. Bantuan ini disalurkan bermula dari tingkatan satu hingga lima. 
 
Salah seorang bapa yang berasal dari  Sabak Bernam, Solehin Suratman, 58 berkata, “Saya berasa amat gembira dengan tawaran ini walaupun ini bukan pilihan pertama. Lebih-lebih lagi bantuan ini melibatkan bantuan zakat dan ini sangat meringankan beban saya untuk persediaan anak saya masuk sekolah. Saya ucapkan terima kasih kepada pembayar zakat dapat membantu asnaf macam saya,” kata bapa kepada Afrin Annisa Bt Solehin, 13.
 
Hadir sama Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf, Zaharuddin Salim dan Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sekolah JAIS, Mohd Don Raban.