Utama Blog Halaman 159

PELANTIKAN UITM SEBAGAI PENOLONG AMIL

0

Shah Alam – Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengadakan Majlis Menandatangani MoU Perjanjian Perlantikan Penolong Amil dan penyerahan bantuan zakat 2008 di antara LZS (MAIS) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-bari ini.

Majlis tersebut diadakan bagi memperbaharui perjanjian kerjasama di antara LZS (MAIS) dengan Uitm sebagai penolong amil yang menguruskan kutipan dan agihan zakat di UiTM.

Mou ini dilihat mampu untuk mewujudkan jaringan hubungan yang lebih erat di antara kedua pihak melalui perjanjian pelantikan sebagai penolong amil dalam meningkatkan syiar Islam dan aktiviti kutipan zakat.

UiTM berjaya mengutip zakat berjumlah RM2.5 juta tahun lalu dan dapat dimenafaatkan untuk membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan.

Disamping itu, turut diadakan sumbangan bantuan zakat berjumlah RM79,225 kepada 120 orang pelajar asnaf dan ia membabitkan kumpulan fakir, miskin dan fisabililah.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada hasil kutipan zakat melalui potongan gaji daripada kalangan kakitangan UiTM seluruh selangor .

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor Uitm, Y.Bhg Dato’ Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Y.A.D Dato’ Setia Hj. Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Dr. Hj. Mohamad Rahimi Osman dan Pengurus Besar LZS (MAIS), Tn. Hj. Ahmad Shahir Makhtar

MALAM AMAL BARAKAH BERSAMA PROTON

0

Shah Alam – Satu Program Malam Amal Barakah yang julung-julung kali telah dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama Proton Holdings Berhad baru-baru ini. Program ini telah dijayakan oleh Bahagian Majkan, Lembaga Zakat Selangor bersempena kempen membayar zakat melalui kaedah potongan gaji yang juga bertepatan dengan bulan memperingati junjungan besar Rasullullah S.A.W..

Program yang dihadiri hampir 1000 warga Proton ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad selain Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor.

Program tersebut telah diadakan di perkarangan depan bangunan pentadbiran, Proton Holdings Berhad, Seksyen 26, Shah Alam. Antara aktiviti menarik lain seperti zikir munajat, solat hajat perdana, Kupasan Hadith dari Adik Syed Muhd. Hakim, anak Pengarah Urusan Proton, ceramah bersama Ustaz Halim Din, Eksekutif Lembaga Zakat Selangor dan nasyid dari kumpulan Rabbani ini nyata berjaya memikat para pengujung walaupun keadaan hujan renyai-renyai pada malam tersebut. Bubur lambuk secara percuma juga telah diagihkan kepada para pengunjung yang hadir pada malam tersebut.

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG MAYBANK2U.COM LZS ZAKAT PAYBILLS YEAR-END 2007 CONTEST

0

Kuala Lumpur – Satu Majlis Penyampaian Hadiah Maybank2u.com LZS Zakat Paybills telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini di Menara Maybank, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis ini dianjurkan atas meraikan para pemenang Maybank2u.com LZS Zakat Paybills Year-end 2007 Contest. Peraduan yang dijadual berlangsung mulai 1 Okober sehingga 31 Disember 2007 pada tahun lepas.

Pemenang utama peraduan adalah Puan Norsham Abdul Ghani. Sebagai pembayar zakat kepada LZS, beliau juga amat tertarik dengan peraduan ini memandangkan kemudahan yang diberikan amat mudah, senang dan efisyen.

Beliau juga merupakan pemenang bagi bulan Disember 2007. Bagi bulan November pemennagnya ialah Encik Syed Mohamad Jamal dan bagi bulan Oktober pula ialah Encik Abdul Ghafur Ramli. Bagi pihak LZS mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen dan kepercayaan yang diberikan.

Majlis ringkas ini diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Dakwah dan Kutipan LZS, Puan Hajah Adibah Abdul Wahab dan bagi pihak Maybank adalah Encik Ahmad Shareza bin Abdul Rahman, Naib Presiden merangkap Ketua Perbankkan Maya.

KUTIPAN ZAKAT@POS SASARKAN RM1 JUTA TAHUN 2008

0

Shah Alam – LZS telah mengadakan satu program diadakan di Muzium Kesenian Islam, Shah Alam baru-baru ini. Program yang diberi nama Zakat@Pos yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini bertujuan memberi kefahaman meluas kepada semua Ketua Pos Cawangan di seluruh Negeri Selangor.

Program dijadual bermula dari tengahari sehingga petang ini, memberi reaksi positif dari setiap kakitangan yang hadir. Pada masa yang sama, ingin meningkat potensi kutipan zakat di kaunter pejabat pos. Pada tahun ini, disasarkan kutipan mencecah RM1juta dengan 1500 orang pembayar. Jika dibandingkan sebanyak RM834,981 dengan hanya 1,251 orang pada tahun 2007.

Selain memberi suntikan semangat kepada kakitangan, kiraan zakat turut sama diselitkan. Begitu juga, menyampaikan potensi kutipan selain permasalahan yang berbangkit. Dengan adanya majlis sebegini, ia akan merapatkan hubungan akrab antara pihak kakitangan Pos Malaysia Negeri Selangor dan LZS sendiri.

Sepanjang majlis berlangsung, turut sama dijayakan adalah pembukaan kaunter penerangan zakat, takzirah sebelum solat zohor dan solat zohor berjemaah serta edaran pamplet dan juga poster zakat.

SALAM AIDILADHA DARIPADA LZS

0

Tarikh : 4/12/2008
Penulis : Editor

Assalamualaikum wbt,

Berjumpa lagi kita di ruangan ini. Diharap semua pengunjung portal berada dalam keadaan sihat sejahtera. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam di mana jua anda berada.

Semoga kita dapat menghayati dan menghargai pengorbanan Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail dalam mengikuti perintah Allah dengan sepenuh hati mereka.

Sempena menyambut ketibaan AidilAdha ini juga kami telah menyediakan perkhidmatan EKAD untuk memberi ruang kepada pengunjung menghantar ucapan Hari Raya Korban kepada semua teman-teman pada tahun ini.

Para pengunjung portal kami boleh menggunakan perkhidmatan tersebut melalui link ini EKAD LZS (MAIS) .Semua EKAD tersebut telah direkabentuk sendiri oleh Unit ICT LZS (MAIS).

Pihak editor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua umat Islam untuk menunaikan zakat sebelum akhir tahun 2008 ini. Pembayaran zakat di LZS (MAIS) boleh mendapat rebet LHDN untuk taksiran pada tahun hadapan.

Sila dapatkan kalender tahun 2009 yang menarik bagi setiap pembayaran zakat yang dibuat sepanjang bulan ini sementara stok masih ada. Untuk akhirnya, jangan lupa untuk mengambil bahagian dalam kuiz zakat online yang menawarkan hadiah lumayan yang berakhir 31hb Disember 2008 ini.

Sekian, terima kasih.

LZS AGIH SUMBANGAN KEPADA 150 PESAKIT HOSPITAL SERDANG

0

Tarikh : 4/12/2008
Penulis : zool; Gambar: zool

Serdang – Lembaga Zakatr Selangor (LZS) MAIS telah mengagihkan 150 sumbangan berbentuk hamper kepada pesakit di pelbagai wad Hospital Serdang sempena program Ziarah Hospital Serdang di sini pada 20 November yang lalu.

Program tersebut dengan kerjasama Hospital Serdang merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan LZS yang diadakan saban tahun. Sumbangan ini diharap dapat menyuntik semangat para pesakit agar lebih cepat sembuh disamping merasakan ada pihak yang prihatin terhadap dugaan yang mereka terima.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Kebajikan Negeri Selangor, YB. Puan Rodziah Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Hospital Serdang Che Azman Che Soh.

KARNIVAL ZAKAT TARIKAN DI SABAK BERNAM

0

Sabak Bernam– Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menganjurkan Karnival Daerah Sabak Bernam yang berlangsung selama enam hari lima malam di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar telah sempurna dirasmikan oleh YB Puan Noriah bt Kasnon, Ahli Parlimen Kawasan Sg. Besar merangkap Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia di sini pada 2 Februari.

Karnival anjuran bersama Pejabat Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam ini diadakan bersempena Bulan Zakat Negeri Selangor. Objektifnya antara lain memberi peluang kepada para peniaga muslim mempromosi produk dan meningkatkan jualan mereka disamping turut memasukkan agenda kewajipan zakat kepada para peniaga dan pengunjung.

Pengisian karnival ini antaranya ialah aktiviti jualan dan pameran, konsert Raihan, sketsa anti dadah Ali Mamak dan Abon, ceramah dan forum perdana, persembahan gamelan, sukaneka, pertandingan gubahan dan masakan, pertunjukan ‘Auto show’, pertandingan mewarna, kuiz zakat dan juga pertandingan nasyid.

Di samping itu, pada majlis perasmian lima buah syarikat tampil menyerahkan pembayaran zakat iaitu Gabungan APS Holding Sdn. Bhd., bernilai RM15,000.00; Uyin Enterprise (RM12,000.00); Pasaraya Sri Kassim (RM10,000.00); Klinik Nurul Huda (RM7,000.00) dan Apai Bina Sdn. Bhd sebanyak RM20,000.00.

Pada majlis sama LZS (MAIS) turut menyalurkan bantuan pembinaan rumah kepada Nor Azizan Saberan bernilai RM28,320.00; Halizah Mohamat Tahir (RM20,000.00) dan Mohd. Ridzwan Mohamed Salleh sebanyak RM20,000.00. Manakala dua orang asnaf menerima bantuan modal perniagaan iaitu Mohd. Razali Suratman yang menjalankan perniagaan ayam proses sebanyak RM7,000.00 dan Mahfuz Ismail yang menjalankan perniagaan makanan sebanyak RM9,500.00 serta bantuan tambahan pendidikan untuk 150 orang asnaf fakir/miskin berhampiran.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Haji Ahmad Shahir Makhtar, Pengurus Besar LZS (MAIS).

EL-ZAWA, MALANG INDONESIA KONGSI ILMU URUS ZAKAT

0

Shah Alam—Delegasi dari Pusat Kajian Zakat dan Wakaf ‘EL-ZAWA’ Departement Agama, Universitas Islam Negeri, Malang, Indonesia melawat Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS pada 30 Januari bagi berkongsi ilmu pengurusan zakat di Selangor.

Lawatan selama setengah hari itu telah dipenuhi dengan sesi taklimat oleh Ketua Jabatan Pembangunan Korporat, Aktar Sahari dan Ketua Jabatan Pembangunan Ummah, Zulkifli Hamid.

Mereka yang turut menguruskan zakat telah beroperasi sejak tahun 2006 mendapatkan maklumat daripada pelbagai institusi Zakat untuk memantapkan urusan Zakat di tempat mereka

DYMM SULTAN SELANGOR PERKENAN TERIMA ZAKAT LTH RM6 JUTA

0

Shah Alam – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS sebanyak RM6,023,908.96 daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) di Istana Istana Bukit Kayangan di sini pada 19 Mac lalu.

Zakat tahun berakhir 2007 itu telah diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Dato’ Ismee Ismail kepada DYMM Sultan Selangor.

Jumlah zakat yang dibayar kepada LZS (MAIS) merupakan jumlah yang tertinggi dibayar oleh LTH berbanding negeri-negeri lain. Bayaran zakat itu adalah berdasarkan bilangan pendeposit LTH di Selangor sepanjang tahun lalu yang berjumlah 641,746 orang.

Sementara itu, LZS (MAIS) dan LTH Selangor akan bekerjasama untuk meningkatkan lagi kutipan zakat dan simpanan deposit di kedua-dua institusi melalui kempen bersama. Kempen ‘menang-menang’ ini merupakan platfom yang terbaik untuk dilaksanakan memandangkan kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam, iaitu zakat dan haji.

Turut hadir pada majlis itu, Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Kalid Ibrahim; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

TNB SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

0

Shah Alam – Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Selangor hari ini menyerahkan cek zakat perniagaan berdasarkan tahun kewangan berakhir 2006/2007 berjumlah RM875,098.05 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Cek tersebut diserahkan kepada Pengerusi LZS (MAIS) Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa oleh Pengurus Besar Kanan TNB, Dato’ Amir Nordin Abdul Aziz di sini.

Dalam majlis yang sama juga, LZS (MAIS) menyerahkan bantuan zakat kepada tiga buah institusi dan dua individu. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dan Surau At-Taufiqiah masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM50,000 bagi tujuan membina dan baik pulih surau. Manakala badan dakwah, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Cawangan Selangor (WADAH) menerima bantuan RM50,000 bagi aktiviti meningkatkan syiar Islam.

Sementara dua orang pesakit buah pinggang, Mohd Ridzuan Jaluddin dan Mohd Yatim Abd. Hamid masing-masing menerima bantuan bagi menjalani rawatan dialisis sebanyak RM28, 320.

Turut hadir Pengurus Besar LZS (MAIS), Ahmad Shahir Makhtar

Berita Terkini