ZAKAT SELANGOR TEGASKAN KES SELEWENG DANA TIDAK MELIBATKAN INSTITUSI INI

SHAH ALAM, 22 April 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mengambil maklum laporan media berhubung penahanan beberapa individu berkaitan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang kini disiasat oleh pihak berkuasa. Zakat Selangor menegaskan bahawa kes yang dilaporkan melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Zakat Selangor […]
TIADA ANAK TERCICIR: ZAKAT SELANGOR, JPN BANTU SELESAI ISU DOKUMEN BELIA ASNAF

PUCHONG, 17 April 2026 — Isu dokumentasi pengenalan diri dalam kalangan belia asnaf di kawasan bandar mendapat perhatian serius, dengan Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor melaksanakan inisiatif bersama melalui pendekatan intervensi bersepadu bagi menanganinya. Program ini diadakan di Pangsapuri Enggang, Puchong, iaitu lokasi Pusat Al-Biruni Zakat Selangor yang berfungsi sebagai hab pembangunan […]
ZAKAT SELANGOR SANTUNI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DI KLANG

SHAH ALAM, 2 April 2026 – Zakat Selangor hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini. Dalam kunjungan tersebut, sumbangan sebanyak RM3,000 beserta bantuan makanan asas disampaikan kepada balu Allahyarham, Nur Nadia Abdul Majid, bagi membantu meringankan beban keluarga. Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor […]
1,947 KANAK-KANAK AUTISME DAN OKU TERIMA BANTUAN PENDIDIKAN ZAKAT SELANGOR

SHAH ALAM, 16 April 2026 – Seramai 1,947 kanak-kanak autisme dan orang kelainan upaya (OKU) menerima bantuan pendidikan daripada Lembaga Zakat Selangor tahun ini, sekali gus memberi kelegaan besar kepada keluarga dalam memastikan anak-anak istimewa terus mendapat akses kepada pembelajaran yang sewajarnya. Inisiatif bantuan pendidikan ini memberi tumpuan kepada golongan asnaf fakir, miskin, mualaf dan fisabilillah, […]
Zakat Selangor, Mara Meterai Mou Perkasa Pendidikan Asnaf

SHAH ALAM, 12 Mac 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas peluang serta akses pendidikan berkualiti kepada pelajar asnaf di Selangor. Pertukaran dokumen MoU tersebut disempurnakan secara simbolik sempena Majlis Iftar Bersama Muzakki dan Penyerahan Zakat Ramadan 2026 (IMTIYAZ) yang berlangsung di sini hari […]
DYMM Sultan Selangor Terima Zakat Perniagaan, Sampaikan Sumbangan Kepada 510 Asnaf

SHAH ALAM, 9 Mac 2026 — Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada syarikat korporat sempena Majlis Ihya Ramadan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat yang berlangsung di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, di sini hari ini. Antara syarikat yang menunaikan zakat perniagaan ialah CIMB Islamic Bank Berhad […]
Maklum Balas Zakat Selangor: Pembayaran Zakat Melalui Platform ZPay

SHAH ALAM, 6 Mac 2026 — Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mengambil maklum perbincangan di ruang awam berhubung dakwaan pelantikan syarikat milik bukan Islam sebagai ejen kutipan zakat menerusi platform digital ZPay. Zakat Selangor memahami keprihatinan masyarakat dalam perkara berkaitan zakat dan menghargai perhatian yang diberikan terhadap tadbir urus institusi ini. Sehubungan itu, penjelasan berikut […]
DYTM Raja Muda Selangor Terima Bayaran Zakat Perniagaan Hampir RM9.84 Juta

CYBERJAYA, 4 Mac 2026 — Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah hari ini berangkat mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Majlis Ihya Ramadan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, bagi menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah hampir RM9.84 juta daripada enam syarikat korporat. Pintas Utama […]
2,483 Penolong Amil Fitrah Selangor Ikuti Latihan Hadapi Ramadan 2026

SHAH ALAM, 29 Januari 2026 – Seramai 2,483 Ketua dan Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh Selangor mengikuti Bengkel Gerak Kerja Pengurusan Fitrah anjuran Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) sebagai persediaan menghadapi Ramadan 2026. Bengkel yang berlangsung dari 24 Januari hingga 11 Februari itu melibatkan PAF yang akan bertugas di lebih 460 masjid dan surau di […]
DYMM Sultan Selangor Berkenan Sampaikan Sumbangan Raya Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 24 Februari 2026 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya berjumlah RM264,500 kepada 529 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf di daerah ini semasa Majlis Ihya Ramadan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak […]
