EZAKAT ONLINE: PERMUDAHKAN PENGELUAR ZAKAT KEMAS KINI AKAUN ZAKAT
SHAH ALAM, 25 Jun 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Kempen Daftar eZakat Online untuk menggalakkan pengeluar-pengeluar zakat di Selangor mendaftar menggunakan sistem eZakat Online bagi menyemak dan mengemas kini akaun zakat mereka. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersempena Majlis Bayaran Zakat Perniagaan dan Iftar 2015 di sini.
Melalui platform eZakat Online dapat memudahkan para pengeluar zakat untuk mengemas kini akaun zakat mereka dengan hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di www.zakatselangor.com.my/ezo. Pengguna eZakat Online dapat menyemak maklumat bayaran zakat sepanjang tahun, mencetak penyata zakat, mengemas kini maklumat peribadi, dan boleh menunaikan zakat secara terus melalui e-zakatpay. Kempen ini telahpun bermula pada 18 Jun sehingga 18 November 2015.
Serentak dengan itu juga, para pengeluar zakat yang mendaftar melalui eZakat Online dan menunaikan zakat harta atau fitrah secara talian sepanjang tempoh kempen berlangsung berpeluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan.
Sementara itu, hari ini LZS menerima pembayaran zakat perniagaan dari 54 buah syarikat berjumlah RM5,118,281.31. Prolintas Expressway Sdn Bhd mendahului senarai syarikat pembayar dengan menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM815,000.00, diikuti Bank Pembangunan Malaysia Berhad berjumlah RM726,720.52 dan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd sebanyak RM642,627.00.
Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah MTD Prime Sdn Bhd yang mengeluarkan zakat berjumlah RM541,000.00, MTD Prime Sdn Bhd yang menunaikan zakat sebanyak RM541,000.00, Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd berjumlah RM520,061.80 dan KPJ Healthcare Berhad yang mewakili hospital-hospital KPJ berjumlah RM343,223.67. Sementara, Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd dan Turnpike Synergy Sdn Bhd masing-masing menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM200,000.00.
Dalam majlis yang sama, LZS mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM114,667.50 kepada tiga individu dan RM2,545,000.00 kepada sekolah-sekolah di seluruh Selangor yang terlibat dengan Program Sekolah Angkat (PROSA), dengan jumlah keseluruhan bantuan zakat yang diagihkan pada hari ini sebanyak RM2,659,667.50.
Mereka ialah Mohd Shahriman Ahmad yang menerima bantuan perubatan bagi merawat penyakit kanser darah yang dihadapi berjumlah RM48,667.50 dan pasangan kembar Lailatul Amrina Abdul Shahadan serta Lailatul Amrini Abdul Shahadan yang menerima bantuan dermasiswa untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah masing-masing berjumlah RM33,000.00.
Turut hadir, Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Siti Masalah Osman dan Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan Zakat LZS, Dato’ Syed Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Husin Mohd Ali.
LZS AMBIL TINDAKAN BANTU SEGERA KELUARGA HUNI PONDOK USANG
SHAH ALAM, 24 Jun 2015 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap berita yang tersiar di akhbar Harian Metro bertarikh 23 Jun 2015. Menurut berita berkenaan, tiga sekeluarga terpaksa tinggal di pondok usang di Kampung Padang Jawa yang menjadi tempat kediaman mereka sejak setahun lalu.
Sehubungan itu, LZS telah mengambil tindakan segera dengan menghantar pegawai pada hari yang sama bagi menjalankan siasatan ke pondok usang mereka berhampiran dengan jambatan Padang Jawa.
Hasilnya, LZS mendapati bahawa, Wan Esah Ramli, 58 tahun telah tinggal di situ hampir empat bulan bersama suami, Mohd Yusuff Che Isa, 56 tahun dan seorang anak tiri berusia 18 tahun. Siasatan LZS mendapati Wan Esah mempunyai sebuah rumah di Klang. Namun akibat konflik keluarga, Wan Esah telah keluar dari rumah dan tinggal di pondok tersebut.
Setelah dikira haddul kifayah (garisan kecukupan minimum bagi keperluan asasi) mendapati keluarga ini tidak layak sebagai asnaf fakir dan miskin berdasarkan kepada Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat. Ini memandangkan ketiga-tiga mereka bekerja dan mempunyai pendapatan tetap. Bagaimanapun, LZS akan menyalurkan bantuan deposit sewa rumah mengikut kadar yang ditetapkan setelah Wan Esah dapat mencari rumah sewa yang bersesuaian.
Sementara itu, Adnan Chik, 58 tahun, telah tinggal di situ hampir lima bulan. Beliau merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan LZS di Kuala Selangor bermula tahun 2006 sehingga sekarang. Dalam tempoh tersebut, antara bantuan yang diterima beliau ialah, bantuan pendidikan dan bantuan Hari Raya.
Untuk makluman pada tahun 2013, LZS telah menyediakan tempat tinggal untuk keluarga Adnan di penempatan berkelompok fakir dan miskin dikenali Desa Ehsan terletak di Jeram, Kuala Selangor yang berada di bawah kendalian LZS. Bagaimanapun beliau telah keluar dari rumah tersebut dengan alasan untuk bekerja di sekitar Shah Alam. Kini rumah itu didiami oleh anaknya sahaja dan Adnan akan pulang ke rumah tersebut pada setiap hujung minggu. Sehubungan dengan itu, LZS telah menyarankan Adnan untuk kembali tinggal di rumah yang telah disediakan sebelum ini.
SULTAN SELANGOR BERKENAN TERIMA BAYARAN ZAKAT RM4.1 JUTA DAN SERAHKAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN, MUALAF DAN ANAK YATIM SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT
KLANG, 24 Jun 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM4,148,035.35 di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Umariah, Kampung Perepat, Kapar dekat sini hari ini. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat berkenaan daripada Pengurus Besar TNB Selangor, Datuk Ir. Mohd Azim Dato’ Hj. Yusof, bagi menunaikan zakat untuk tahun kewangan 2014.
Turut diraikan di majlis berkenaan, ialah 97 orang asnaf fakir, 210 orang asnaf miskin, 150 orang asnaf mualaf dan 150 orang anak yatim yang kesemuanya menerima sumbangan RM500 setiap seorang dan bagi anak-anak yatim pula RM100 seorang.
Pada tahun ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sebanyak RM30,778,900 bantuan zakat kepada 41,568 keluarga asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor bersempena dengan Ramadan dan Syawal pada tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 11,400 keluarga asnaf fakir menerima bantuan zakat berjumlah RM8,632,700. Manakala 30,168 keluarga asnaf miskin menerima bantuan zakat berjumlah RM22,146,200. Setiap keluarga akan menerima bantuan zakat di antara RM550 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan.
Turut hadir dalam program tersebut, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Husin Mohd Ali.
KAUNTER MINI ZAKAT PUNCAK ALAM DIBUKA SEPANJANG RAMADAN
KUALA SELANGOR, 23 Jun 2015 – Sepanjang bulan Ramadan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Kuala Selangor membuka Kaunter Mini Zakat di Masjid Puncak Alam bagi memberi peluang kepada masyarakat di kawasan sekitar membuat sebarang urusan kutipan dan agihan zakat.
Ia beroperasi tujuh hari seminggu sepanjang bulan Ramadan ini. Waktu urusan kaunter pada hari bekerja bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, Kaunter Mini akan dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
SULTAN SELANGOR BERKENAN SAMPAIKAN SUMBANGAN RAYA KEPADA ASNAF FAKIR, MISKIN, MUALAF DAN ANAK YATIM LEBIH RM250 RIBU
SHAH ALAM, 19 Jun 2015 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya berjumlah RM251,200 kepada 616 orang asnaf fakir, miskin, mualaf dan anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Negeri di sini hari ini.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM237,000 diagihkan kepada 474 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf dengan masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM500 seorang. Manakala RM14,200 pula diserahkan kepada 142 orang anak yatim dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang.
Pada tahun ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sebanyak RM30,778,900 bantuan zakat kepada 41,568 keluarga asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor bersempena dengan Ramadan dan Syawal pada tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 11,400 keluarga asnaf fakir menerima bantuan zakat berjumlah RM8,632,700. Manakala 30,168 keluarga asnaf miskin menerima bantuan zakat berjumlah RM22,146,200. Setiap keluarga akan menerima bantuan zakat di antara RM550 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan.
SULTAN SELANGOR BERKENAN SERAH SUMBANGAN ZAKAT RM1.8 JUTA KEPADA TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN HOSPITAL
SHAH ALAM, 19 Jun 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM1,770,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Hospital di 17 buah hospital di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Azman Abu Bakar dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Negeri di sini.
Sumbangan tersebut bertujuan meringankan bebanan pesakit yang kurang berkemampuan dan memerlukan pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital. Hospital berkenaan ialah Hospital Kuala Lumpur yang menerima sumbangan zakat berjumlah RM300,000 diikuti Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia masing-masing menerima RM200,000. Manakala Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Institut Jantung Negara pula menerima sumbangan zakat berjumlah RM150,000 diikuti Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Kajang menerima sumbangan berjumlah RM100,000.
Sementara itu, Hospital Rehabilitasi, Cheras, Hospital Putrajaya, Pusat Perubatan UITM dan Hospital Shah Alam turut menerima sumbangan zakat berjumlah RM50,000. Hospital lain yang mendapat sumbangan termasuklah Institut Kanser Negara yang menerima RM30,000, Hospital Banting dan Hospital Kuala Kubu Bharu masing-masing menerima RM20,000.
Turut hadir, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Husin Mohd Ali.
SULTAN SELANGOR BERKENAN TERIMA BAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN RM12.5 JUTA
SHAH ALAM, 19 Jun 2015 – Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada empat syarikat berjumlah RM12,472,408.04 dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Negeri dekat sini hari ini.
Empat syarikat tersebut ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diwakili oleh Pengurus Besarnya, Azlan Md. Alifiah menunaikan zakat perniagaan bagi PKNS dan anak-anak syarikatnya sebanyak RM5,145,535.16, diikuti PLUS Malaysia Berhad yang diwakili Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Noorizah Abdul Hamid menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM3,133,031.00 dan UMW Holdings Berhad yang menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2,952,335.00 diwakili oleh Pengerusi Kumpulannya, Tan Sri Asmat Kamaludin.
Manakala Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ahmad Omar yang menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1,241,506.88. Kesemua syarikat ini menunaikan pembayaran zakat perniagaan ini bagi tahun kewangan berakhir 2014.
Turut hadir dalam program tersebut, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Husin Mohd Ali.
LZS AGIH RM30.8 JUTA UNTUK FAKIR DAN MISKIN MENYAMBUT PUASA DAN HARI RAYA
SHAH ALAM, 17 Jun 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sebanyak RM30,778,900 bantuan zakat kepada 41,568 keluarga asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor bersempena dengan Ramadan dan Syawal pada tahun ini. Simbolik penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim di hadapan 590 orang asnaf fakir dan miskin di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini hari ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 11,400 keluarga asnaf fakir menerima bantuan zakat berjumlah RM8,632,700. Manakala 30,168 keluarga asnaf miskin menerima bantuan zakat berjumlah RM22,146,200. Setiap keluarga akan menerima bantuan zakat di antara RM550 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan.
Bantuan berkenaan telah mula diagihkan pada 15 Jun 2015 dan dijangka akan berakhir pada 2 Julai 2015 menerusi program-program mini yang diadakan di setiap daerah bagi membantu golongan yang memerlukan membuat persiapan awal bersempena kedatangan Ramadan dan Syawal.
Pada tahun ini, daerah Petaling mencatatkan jumlah penerima bantuan Ramadan dan Syawal tertinggi iaitu seramai 6,880 keluarga melibatkan peruntukan agihan zakat sebanyak RM5,127,050. Ia telah diagihkan menerusi tiga program yang diadakan di daerah tersebut termasuk hari ini yang melibatkan 590 keluarga asnaf fakir dan miskin dengan jumlah agihan zakat sebanyak RM401,550.
Turut diserahkan bantuan modal perniagaan kepada lima individu yang menjalankan perniagaan di bazar-bazar Ramadan. Bantuan tersebut disediakan setiap tahun menjelang Ramadan dan mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyediakan tapak untuk para asnaf berniaga. Ia adalah sebagai galakan kepada para asnaf yang produktif, sejajar dengan sasaran LZS untuk melahirkan ramai usahawan asnaf yang dapat meningkatkan kehidupan sekali gus keluar dari kepompong kemiskinan.
Turut hadir, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir, Timbalan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Ahmad Shahir Makhtar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar dan Ahli Jawatankuasa Operasi Agihan LZS, Dato’ Ibrahim Md Yusof. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.