Utama Blog Halaman 51

ZAKAT SELANGOR BERTEMU RAKAN MEDIA SOSIAL

0

SHAH ALAM, 26 April 2016 – Lembaga Zakat Selangor mengadakan pertemuan bersama dengan rakan media sosial bagi berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan pengurusan zakat di Selangor, di samping mengeratkan hubungan dalam satu majlis yang diadakan hari ini.

Antara rakan media sosial yang meluangkan masa adalah pengendali page Warga Prihatin, Shah Alam Resident (SARS), Shah Alam Residen Tak Suka Ban Orang (SARBAN), Shah Alam Amal & Kebajikan (SAKAN), Warga Puchong dan PK Baitul Kasih. Hadir sama, jurugambar terkenal yang mempunyai ramai pengikut di facebook, Saiful Nang.

baru

Dalam ucapan ringkasnya, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali mengucapkan terima kasih atas kerjasama rakan media sosial yang selama ini bersama-masa Zakat Selangor.

“Rakan media sosial Zakat Selangor ini banyak membantu Zakat Selangor dengan menjadi mata dan telinga kami. Malah, sering membantu Zakat Selangor dalam menangani viral di media sosial, selain memberi maklumat mereka yang memerlukan dalam komuniti.”

photo_2016-04-28_00-04-15

Dalam pertemuan itu juga, rakan media sosial turut diberi pendedahan berkenaan agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor.

Hadir sama dalam pertemuan ini, Pengurus Besar Kutipan, Sabirin Sarbani, Pengurus Besar Agihan, Abdul Basith Hamid dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan, Norajun Ainun Mohd Hashim.

LZS LANCAR PORTAL EJEN KUTIPAN

0

SHAH ALAM, 13 April 2016 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Portal Ejen khusus untuk kegunaan ejen kutipan yang telah dilantik oleh LZS bagi menguruskan kutipan zakat dalam kalangan masyarakat Islam di Selangor. Majlis pelancaran disempurna oleh Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid bersempena dengan Majlis Penghargaan LZS 2014 di Wisma PKPS dekat sini.

Portal Ejen yang dibangunkan ini merangkumi penggunaan kaedah pengiraan zakat, urusan transaksi pembayaran zakat, melihat dan mengemas kini rekod pengeluar zakat dan mengemas kini maklumat ejen zakat.  Ia bersifat mobiliti yang mudah diakses di mana-mana lokasi ejen kutipan tersebut berada.

Dalam majlis yang sama, LZS turut mengiktiraf komitmen dan sumbangan ejen kutipan serta penolong amil LZS yang membantu menyebarkan dakwah zakat sekali gus meningkatkan kutipan zakat di Selangor pada tahun lalu.

DSC_6295

Majlis Penghargaan LZS 2015 diadakan khusus untuk wakil firma audit dan percukaian, ejen syarikat, bank, pejabat pos, penolong amil institusi pengajian tinggi (IPT), fitrah dan padi. Turut diraikan, syarikat-syarikat korporat yang merupakan pengeluar zakat perniagaan dan majikan yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji di LZS.

Sebanyak enam anugerah membabitkan 13 kategori dan empat anugerah khas disampaikan dalam majlis tersebut.

Sementara itu, LZS turut menyampaikan bantuan zakat kepada individu dan organisasi dengan jumlah agihan zakat keseluruhan sebanyak RM2,176,497.80. Penerima individu ialah Siti Hamimah Bakiri yang menerima bantuan pembinaan rumah baru bernilai RM51,000 dan Sakinah Ghulam Hussain yang menerima bantuan modal perniagaan berjumlah RM27,000.

Dua individu lagi menerima bantuan perubatan iaitu Sharin Abdul Rahman berjumlah RM60,000 untuk dua orang anaknya yang menghidap penyakit genetik dikenali sebagai ‘Syndrome Hunter’ dan Mohd Fauzi Yahya yang menerima bantuan perubatan untuk anaknya berjumlah RM38,497.80.

DSC_6332

Manakala Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) menerima sumbangan zakat sebanyak RM2 juta bagi Program Sekolah Angkat (PROSA) yang akan disalurkan kepada 146 buah sekolah di seluruh Selangor.

Ia merupakan program bersama antara LZS dan JPS dengan menfokuskan kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin melalui pelbagai aktiviti seperti kelas tambahan, kursus motivasi, kem sahsiah diri dan sebagainya yang dijalankan melalui suntikan bantuan zakat tersebut.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar dan Rosely@Mohamed Ross Mohd Din. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

 

SENARAI PENERIMA ANUGERAH BERSEMPENA MAJLIS ANUGERAH LZS 2015

  •  Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik 2015 (Kategori Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  • Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik 2015 (Kategori Ejen Perunding)

AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD

  • Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik 2015 (Kategori Ejen Kemudahan Bayaran)

AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD

  •  Anugerah Prestasi Komitmen & Pengurusan Terbaik 2015 (Kategori Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi)

UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

  •  Anugerah Prestasi Komitmen & Pengurusan Terbaik 2015 (Kategori Ejen Perunding)

SALMIZAH BINTI MOKHTAR

  • Anugerah Prestasi Komitmen & Pengurusan Terbaik 2015 (Kategori Ejen Kemudahan Bayaran)

MYEG SERVICES SDN BHD

  • Anugerah Penolong Amil Fitrah Terbaik 2015

MUHAMAD HAIROL ANUAR BIN MOHAMAD RASID

  •  Anugerah Penolong Amil Padi Terbaik 2015

KHAIRUDDIN BIN AHMAD

  • Anugerah Pengurusan Zakat Melalui Potongan Gaji Terbaik 2015 (Kategori Kerajaan)                     PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR
  •  Anugerah Pengurusan Zakat Melalui Potongan Gaji Terbaik 2015 (Kategori Badan Berkanun)

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

  •  Anugerah Pengurusan Zakat Melalui Potongan Gaji Terbaik 2015 (Kategori Swasta)

NATIONAL AEROSPACE AND DEFENCE INDUSTRIES BERHAD

  •  Anugerah Pencapaian Zakat Perniagaan Terbaik 2015 (Kategori Pengeluar Zakat Perniagaan)

PROGRESSIVE IMPACT TECHNOLOGY SDN BHD

  • Anugerah Pengurusan Zakat Perniagaan Terbaik 2015 (Kategori Pengeluar Zakat Perniagaan)

KUMPULAN EMKAY/ MKLAND

 

  • ANUGERAH KHAS

         Anugerah Muhammad Al-Fateh (Transformasi)

HAMZAH BIN ALI

  •  Anugerah Muaz bin Jabal (Ejen Kutipan)

MAZLIN BIN ABD MANAFF

  •  Anugerah Abdul Rahman bin Auf (Perniagaan)

WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

  • Anugerah Umar Abdul Aziz (Potongan Gaji)

PETROLIAM NASIONAL BERHAD

MAKLUM BALAS VIRAL BERITA ‘LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TOLONGLAH SAYA’

0

SHAH ALAM, 13 April 2016 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan berita yang tersiar di Sinar TV bertajuk Lembaga Zakat Selangor, Tolonglah Saya…”

Menurut berita berkenaan seorang warga emas, Maridan Udin, 62 tahun yang lumpuh sebelah badan selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu dan mengharapkan ihsan daripada jiran. Beliau hidup sebatang kara selepas berpisah dengan isteri dan tiga orang anaknya. Maridan mendakwa permohonan beliau tidak mendapat perhatian LZS.

rsz_2befunky_collage latest

Hakikatnya, permohonan Maridan dalam pemerhatian LZS dan maklum balas telah diberi kepada wartawan Sinar Harian pada 12 April 2016 seperti mana yang terbitkan dalam akhbar tersebut pada 13 April 2016 bertajuk ‘Hidup Mengharapkan Ihsan Jiran’.

Untuk makluman, LZS telah menziarahi Maridan pada bulan Mac 2016 dan turut menyerahkan bantuan kecemasan. Beliau mendakwa sebelum ini telah menyerahkan borang permohonan kepada LZS, namun setelah disemak borang tersebut adalah borang bancian bagi tujuan permohonan menjadi asnaf fakir dan miskin di Selangor. Hasil semakan melalui borang yang diterima, Maridan layak didaftarkan sebagai asnaf fakir pada awal bulan April 2016.

Sebagai asnaf fakir, Maridan layak menerima bantuan Hari Raya dan pendidikan sekiranya beliau mempunyai tanggungan yang bersekolah. Manakala bantuan kewangan dan makanan bulanan, tunggakan sewa rumah dan bantuan lain akan disalurkan mengikut keperluan asnaf tersebut.

Untuk makluman pemohon yang telah mengisi borang bancian, akan disahkan kelayakan sebagai asnaf fakir dan miskin berdasarkan kepada haddul kifayah (garisan kecukupan). Setelah ditentukan kelayakan, barulah bantuan zakat akan disalurkan mengikut kesesuaian keluarga asnaf.

 

MAJLIS ANUGERAH LZS

0

TALIAN IBU PEJABAT LZS DITUKAR

0

SHAH ALAM, 6 April 2016 – Bermula 11 April ini, talian operator ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor (LZS) ditukar ke 03 8314 2222. Manakala talian faks ibu pejabat adalah 03 8314 2233/2244.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin berurusan dengan ibu pejabat LZS, boleh hubungi talian tersebut.

LZS BANTU MANGSA KEBAKARAN

0

KLANG, 1 April – Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Klang menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM500 kepada dua mangsa kebakaran rumah di Rantau Panjang bertujuan bagi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah. 

Selain daripada sumbangan zakat tersebut, LZS akan turut membantu mangsa dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.

851302709_32462

Dalam kebakaran yang berlaku pada 27 Mac lepas, ia turut melibatkan lapan buah rumah yang lain di mana  mangsa terdiri daripada warga asing yang menetap di situ. Kesemua mangsa ini akan dibantu oleh agensi lain yang berkaitan.

ZIARAH ASNAF

0

JEJAK GELANDANGAN

0

#FREE MARKET LZS

0

TERJAH BANTU ASNAF

0

Ada yang masih prihatin

Berita Terkini