Utama Blog Halaman 46

14,877 KAKITANGAN PDRM SELANGOR LAYAK DITAKSIR

0

 

SHAH ALAM, 30 Ogos 2016 – Seramai 14,877 kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor layak menyertai Skim Bayaran Zakat Melalui Potongan Gaji yang dikenali sebagai Skim Berkat, hasil daripada taksiran semula zakat yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Majlils perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Polis Selangor, Dato’ Abdul Samah Mat di hadapan 130 kakitangan PDRM Selangor terdiri daripada ketua-ketua jabatan ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, Ketua-Ketua Polis Daerah dan wakil dari unit gaji PDRM di sini hari ini.

Daripada jumlah kakitangan PDRM Selangor yang telah ditaksir, seramai 5,500 orang telah menyertai skim ini dengan jumlah potongan zakat bulanan sebanyak RM190,000 sebulan. Kali terakhir taksiran dibuat adalah pada tahun 2013.

Melalui taksiran yang dilaksanakan pada kali ini, LZS mensasarkan peningkatan kutipan zakat melalui potongan gaji  secara bulanan sebanyak 30 peratus bersamaan RM250,000 sebulan.

Serentak dengan itu, LZS turut melancarkan Kempen Tambah Caruman Zakat  bagi menggalakkan pencarum zakat sedia ada menyemak semula jumlah potongan zakat bulanan agar bertepatan dengan jumlah sebenar yang wajib dikeluarkan.

Kempen ini menyasarkan individu yang telah menunaikan zakat melalui potongan gaji dengan jumlah yang sama walaupun telah melebihi tiga tahun. Ia akan dilaksanakan selama empat bulan bermula September sehingga Disember 2016.

Pencarum yang ingin menambah caruman potongan zakat bulanan boleh berbuat demikian dengan mengunjungi 28 cawangan LZS di seluruh Selangor atau mengisi borang kebenaran secara atas talian di https://www.zakatselangor.com.my/espg-online.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali, Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato’ Mohd Fuad Abdul Latif dan Ketua Divisyen Kutipan LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

DSC_8635

FGV TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM293 RIBU

0

SHAH ALAM, 26 Ogos 2016 – Felda Global Venture Holdings Berhad hari ini menyerahkan zakat perniagaannya bagi negeri Selangor berjumlah RM293,361 kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) .

Penyerahan cek zakat perniagaan ini disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan FGV, Zulkeffli Ahmad kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamed Adzib Mohd Isa bagi tahun kewangan berakhir 2015.

Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali dan Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

ZAKAT SELANGOR SANTUNI AZLINA SEJAK 2009

0

SHAH ALAM, 19 Ogos 2016 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) berkenaan berita yang tersiar di Harian Metro pada 19 Ogos 2015 bertajuk ‘Rengekan Adik Mengadu Lapar’.

Azlina Zainal Abidin merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak berusia 16 dan 14 tahun. Untuk makluman, keluarga Azlina Zainal Abidin merupakan asnaf fakir daerah Klang yang telah disantuni dengan bantuan zakat sejak tahun 2009.

Paper scan

Selain menerima bantuan kewangan bulanan dari Zakat Selangor sebanyak RM250 yang seperti yang dilaporkan dalam berita berkenaan, Azlina turut menerima bantuan makanan bulanan. Di samping itu, Zakat Selangor turut menyalurkan bantuan pendidikan, bantuan Hari Raya sebanyak RM700 dan bantuan sewa rumah sebanyak RM500. Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban keluarga ini.

LZS TAJA PELAJAR DERMASISWA KE TIMUR TENGAH

0

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2016 – Seramai 24 orang pelajar yang mendapat tajaan dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) berlepas ke Jordan untuk melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang.

Mereka ini merupakan sebahagian daripada 67 orang pelajar tajaan Dermasiswa Zakat Selangor yang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Timur Tengah bagi sesi 2016-2017.

Daripada jumlah tersebut, 39 orang pelajar telah dihantarkan ke Mesir pada 10 Julai lepas, manakala empat orang lagi dijadualkan akan berlepas ke Maghribi pada 17 September ini.

Berita Terkini