Utama Blog Halaman 37

ZUHAIDA BERSYUKUR TERIMA DAGING KORBAN

0

KLANG, 5 September 2017- Seorang asnaf fakir, Zuhaida Zakaria, 36 tahun mengucapkan rasa bersyukur di atas pemberian daging korban sempena Program Korban Perdana 2017 Bersama Pembayar Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor baru-baru ini.

Zuhaida menyara kehidupan dengan berniaga di pasar malam sekitar Kapar bagi menanggung lima orang anaknya yang berusia antara dua hingga 13 tahun selepas suaminya dipenjara. Kehilangan tunggak keluarga yang mencari pendapatan menyebabkan Zuhaida terpaksa berjimat demi menanggung keperluan keluarga. Untuk makluman, keluarga Zuhaida telah disantuni oleh Zakat Selangor melalui bantuan kewangan dan makanan bulanan, bantuan pendidikan dan bantuan Hari Raya.

Menurut Zuhaida ketika ditemui, raya Aidil Adha tahun ini lebih bermakna  buat beliau sekeluarga dengan pemberian daging korban tersebut

Pemberian daging ini adalah antara tujuh ekor lembu yang dikorbankan sumbangan Persatuan Kakitangan Islam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Klang, Triplc Berhad dan Zakat Selangor yang diagihkan kepada 200 orang asnaf fakir dan miskin. Setiap asnaf akan menerima sebanyak dua kilogram bungkusan daging korban. 

Selain sebagai tuntutan ibadah dan meraikan golongan kurang berkemampuan, program ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara LZS dengan pembayar zakat melalui aktiviti kemasyarakatan terutama melibatkan penerima zakat di Selangor.

 

LZS AGIHKAN DAGING KORBAN KEPADA 200 ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI KLANG

0

KLANG, 4 September 2017 – Sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan dalam Program Korban Perdana 2017 & Journey To Jannah Bersama Pembayar Zakat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Kompleks Anak-Anak Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dikenali Bait Al-Hasanah di sini hari ini.

Ia merupakan sumbangan Persatuan Kakitangan Islam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Klang, Triplc Berhad dan LZS yang akan diagihkan kepada 200 orang asnaf fakir dan miskin. Setiap asnaf akan menerima sebanyak dua kilogram bungkusan daging korban.

Selain sebagai tuntutan ibadah dan meraikan golongan kurang berkemampuan, program ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara LZS dengan pembayar zakat melalui aktiviti kemasyarakatan terutama melibatkan penerima zakat di Selangor.

Program ini mendapat kerjasama dari warga kerja LHDN yang bergotong-royong menyembelih, melapah dan memasak daging korban tersebut.

Dalam program yang sama, LZS beserta pembayar zakat turut menziarahi rumah asnaf fakir dan miskin di sekitar Klang bagi berkongsi pengalaman agihan zakat di Selangor. Selain melihat realiti kehidupan asnaf, sumbangan daging korban turut diserahkan dalam aktiviti ziarah itu. 

Program kali ini juga turut diserikan dengan pengislaman empat penduduk Orang Asli yang akan melafazkan dua kalimah syahadah. Setiap saudara baru ini menerima sumbangan wang tunai dan peralatan ibadah dari Triplc Berhad.

Dalam perkembangan yang sama, Simply Packaging Sdn. Bhd. menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun kewangan berakhir 2016 berjumlah RM62,000.00. Manakala, Sime Darby Property Berhad telah menyatakan persetujuan menyertai program ‘Kasihku Zakat Selangor’ melibatkan jumlah agihan semula sebanyak RM335,696.00.

Untuk makluman, ‘Kasihku Zakat Selangor’ merupakan inisiatif diperkenalkan bagi membolehkan syarikat berkaitan memohon agihan semula 3/8 atau 37.5 peratus daripada jumlah bayaran zakat yang dikeluarkan pada tahun semasa untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin berdaftar dengan Zakat Selangor termasuk asnaf fisabilillah.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengarah Cawangan LHDN Klang, Sazali Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Triplc Berhad, Dato’ Yusof Badawi. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

 

SKUAD JEJAK KEMISKINAN: LZS TURUN PADANG CARI DAN KENAL PASTI KELUARGA MEMERLUKAN

0

 

GOMBAK, 19 Ogos 2017 – Lembaga Zakat Selangor  hari ini, mengadakan Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) bagi daerah Gombak bertujuan untuk mencari individu atau keluarga yang layak menerima bantuan zakat. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali, operasi yang bersifat cari, siasat dan bantu ini bertujuan bagi mengenal pasti individu atau keluarga yang memerlukan bantuan dan akan disenaraikan sebagai asnaf fakir, miskin dan mualaf. Matlamat LZS untuk menangani kemiskinan di Selangor, iaitu kepada golongan yang layak, namun masih belum disantuni oleh LZS atas beberapa faktor.

Dalam operasi rutin yang dilaksanakan hari ini, melibatkan 40 buah keluarga di Perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak. Siasatan secara terus dari rumah ke rumah dijalankan di lokasi, bagi menyemak keperluan berdasarkan haddul kifayah (garis penentuan kemiskinan) keluarga yang terlibat.

Seterusnya, keluarga yang layak didaftarkan sebagai asnaf, akan disantuni dengan bantuan zakat seperti bantuan yuran dan kelengkapan persekolahan, bantuan Ramadan dan Hari Raya serta bantuan lain bergantung kepada keperluan semasa keluarga tersebut. Selain itu, aktiviti turun padang turut menjejaki keperluan lain bagi umat Islam di kawasan sekitar melalui agihan wang zakat kepada asnaf gharimin dan fisabilillah.

Untuk makluman, pada tahun 2016 seramai 46,500 keluarga asnaf fakir dan miskin telah disantuni oleh LZS. 

MENJEJAKI & SEMAKAN SEMULA KELAYAKAN ASNAF

0
PUCHONG, 17 Ogos 2017 – Lembaga Zakat Selangor daerah Petaling hari ini mengadakan program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) dan Semakan Semula Asnaf Fakir, Miskin serta Mualaf bagi kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Rasau Hilir, Batu 14 Puchong.
Sebanyak 32 buah rumah yang terlibat dalam program kali ini. Hasil siasatan, tiga buah keluarga layak disenaraikan sebagai asnaf fakir, enam buah keluarga sebagai asnaf miskin dan dua buah keluarga layak untuk disalurkan bantuan di bawah peruntukan asnaf mualaf. Mereka yang dikenal pasti ini akan disantuni oleh Zakat Selangor dengan bantuan zakat berdasarkan keperluan semasa keluarga tersebut.
Manakala keluarga lain tidak layak disenaraikan berikutan pendapatan isi rumah melebihi kadar had kifayah, di samping mempunyai sumber kewangan dan harta yang mencukupi.
20882303_10155475324851221_5051158140014034888_n
Melalui program turun padang yang diadakan ini, lapan buah rumah asnaf fakir, miskin dan mualaf telah dikenal pasti dan dicadangkan untuk dibaik pulih melalui peruntukan wang agihan zakat.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada penggerak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan penolong amil kariah (PAK) masjid berkenaan.

CELCOM TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN

0
SHAH ALAM, 14 Ogos 2017 – Lembaga Zakat Selangor hari ini menerima pembayaran zakat perniagaan dari Celcom berjumlah RM542,458 bertempat  di ibu pejabat Zakat Selangor di sini. 
Cek pembayaran zakat tersebut disampaikan oleh Ketua Tanggungjawab Korporat & Perhubungan Kerajaan Celcom, En. Saiful Bahrin Abd Ghaffar kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa. Pembayaran zakat ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 2016.
 
Hadir sama dalam majlis, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali.

 

MEMPERKASAKAN KUTIPAN & AGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: LZS ANJUR MUZAKARAH ZAKAT KEBANGSAAN 2017

0

SHAH ALAM, 8 Ogos 2017 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menganjurkan program Muzakarah Zakat Kebangsaan 2017 yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali di sini.

Dengan tema Memperkasakan Kutipan dan Agihan Zakat di Malaysia, muzakarah kali ini menghimpunkan perwakilan daripada pelbagai sektor, khususnya yang bersangkutan dengan pengurusan zakat di Malaysia, ahli akademik terutama pakar dalam bidang zakat termasuk orang perseorangan.

Ia diadakan bertujuan mengupas isu-isu serta cabaran terkini dalam pemerkasaan kutipan dan agihan zakat di Malaysia, di samping membincangkan hukum hakam yang berkaitan secara langsung serta mencari mekanisme terbaik dalam meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kewajipan berzakat sekali gus membantu golongan asnaf yang memerlukan.

Sebanyak 33 kertas kerja dibentangkan sepanjang dua hari muzakarah berlangsung bermula hari ini. Antara pembentang kertas kerja termasuklah Timbalan Mufti Negeri Selangor, Dr. Anhar Opir, Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM, Profesor Madya Dr. Irwan Mohd Subri, Profesor Madya Dato’ Mohd Mokhtar Shafii, ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Aznan Hassan.

Hadir sama dalam majlis, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jaafar Ismail.

KASIHKU KORPORAT

0

 

BENGKEL SEMAKAN BANTUAN PERUBATAN: KENAL PASTI  

0
 
SHAH ALAM, 27 Julai 2017 – Lembaga Zakat Selangor mengadakan Bengkel Semakan Bantuan Perubatan yang dihadiri seramai 21 orang peserta terdiri daripada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perubatan dan Doktor Pakar. 
 
Bengkel ini diadakan bertujuan mengenal pasti kos rawatan terkini di hospital, selain melihat kewajaran Zakat Selangor menampung perbelanjaan rawatan perubatan asnaf fakir dan miskin sedia ada pada masa ini. 
 
Selain itu turut diadakan sesi perbincangan bersama doktor pakar dan wakil Jabatan Kerja Sosial Hospital bagi melihat kaedah dan rawatan alternatif  yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
 
Antara peserta jemputan terdiri daripada Doktor Pakar Perunding Perubatan Nephrology,  Doktor Pakar Perunding Perubatan Orthopedics & Traumatology dan  juga Doktor Pakar Perunding Perubatan Rehabilitasi.
 
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali. 

Berita Terkini