ZAKAT SELANGOR SERAH BANTUAN RUMAH
ZAKAT SELANGOR BANTU ADIK DIPATUK ULAR
ZAKAT SELANGOR BUKA PELUANG ASNAF SAMBUNG PENGAJIAN PERCUMA
ZIKRA: ZAKAT SELANGOR KUKUHKAN JALINAN BERSAMA PERKESO
RAWANG, 10 Oktober 2017 – Lembaga Zakat Selangor menganjurkan program Ziarah Korporat bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi berkongsi pengalaman agihan zakat di Selangor, selain menjejaki asnaf baru dalam kalangan penerima manfaat PERKESO baru-baru ini.
Program dimulai dengan taklimat ringkas, disusuli dengan lawatan ketiga buah rumah bagi menyampaikan sumbangan pampasan dari pihak PERKESO. Pada masa yang sama, Zakat Selangor turut menjalankan siasatan dan bancian kelayakan asnaf di rumah yang dikunjungi bagi melihat keperluan lain yang layak untuk dibantu.
Salah seorang anak asnaf yang ditemui, Syakir Zufair Bin Abdul Manat , 19 tahun yang menghidapi sakit saraf, Muscular dystrophy “Saya teringin untuk sambung belajar. Tetapi dalam keadaan saya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan tidak mampu menguruskan diri sendiri, menyebabkan hasrat tersebut terpaksa dipendam. Saya amat berharap ada individu atau pusat pengajian yang dapat membantu saya.”
Ibunya pula Norhayati Binti Yaacob, 52 tahun turut menyatakan hasrat yang sama melihat anak sulungnya dapat menyambung pelajaran ke peringkat diploma walaupun dalam keadaan yang kurang upaya. Untuk makluman, keluarga ini turut menerima bantuan zakat berupa bantuan Hari Raya, Kewangan bulanan dan makanan bulanan.
Manakala Pengarah Negeri Selangor PERKESO, Zainal Abu berkata, “Program sebegini merupakan titik permulaan yang baik antara pihak Zakat Selangor dan PERKESO bagi memberi gambaran jelas tentang fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Diharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar lebih ramai lagi orang dapat dibantu.”
ZAKAT SELANGOR ANJUR PROGRAM ‘JOM DERMA DARAH’
KKZ 2017: PLATFORM DAKWAH AGIHAN ZAKAT
KEMPEN ‘8 TO 8’: ZAKAT SELANGOR GALAK MASYARAKAT BERZAKAT
SHAH ALAM, 27 September 2017 – Lembaga Zakat Selangor meningkatkan lagi usaha dakwah dengan melancarkan Kempen ‘8 To 8’ bagi menggalakkan masyarakat di Selangor mula dan menambah caruman bulanan zakat mengikut taksiran terkini melalui kemudahan pembayaran Skim Potongan Gaji (SPG).
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali di hadapan 100 orang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan berkanun dan anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor bersempena Majlis Hi-Tea Bersama PBT, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri di sini hari ini.
Mengetengahkan tema ‘Berbahagia Dengan Memberi’, kempen ini telah bermula pada 15 Ogos sehingga 31 Disember 2017 bertujuan menggalakkan individu yang layak berzakat untuk mula mencarum zakat secara bulanan serendah RM8. Manakala bagi pencarum zakat sedia ada, disaran untuk mentaksir semula zakat serta menambah jumlah potongan zakat bulanan bagi menyantuni lapan golongan asnaf di Selangor.
Sehubungan itu, mereka yang ingin menyertai kempen ini boleh berbuat demikian dengan mentaksir semula zakat di 27 cawangan Zakat Selangor seluruh Selangor atau mengisi borang kebenaran secara atas talian di https://espg.zakatselangor.com.my.
Untuk makluman pada tahun 2016, Zakat Selangor telah mengutip zakat sebanyak RM673.7 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM287.3 juta disumbangkan melalui SPG melibatkan 180,000 pengeluar zakat di Selangor.
Sementara itu di majlis yang sama, seramai 100 wakil dari PBT, badan berkanun dan anak syarikat negeri menghadiri sesi penerangan berkenaan Pelaksanaan Pekeliling Taksiran Zakat Warga Kerja Sektor Badan Berkanun Negeri Selangor.
Selain sesi penerangan, ia juga sebagai platform komunikasi antara Zakat Selangor dengan pihak majikan khususnya dalam penambahbaikan pengurusan potongan zakat bulanan, di samping menyebarkan maklumat terkini berkaitan pengurusan zakat terutamanya agihan zakat di Selangor.
Hadir sama, Timbalan Mufti Negeri Selangor, Dr. Anhar Opir dan Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.
MAKLUM BALAS ZAKAT SELANGOR BERKENAAN KELUARGA MOHD RASUL
SHAH ALAM, 13 September 2017 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor berkenaan keluarga Mohd Rasul Mohamad seperti yang tersiar di Sinar Harian bertajuk ‘Tinggal Dalam Stor Tayar’.
Berdasarkan kepada maklumat yang disalurkan, Zakat Selangor telah segera menziarahi keluarga tersebut. Hasil siasatan yang dijalankan, mendapati keluarga ini kehilangan sumber pendapatan setelah Mohd Rasul diberhentikan kerja pada Ogos lepas dan kini hanya bergantung kepada pendapatan isterinya, Jamilah Ibrahim yang bekerja di sebuah kilang.
Daripada semakan rekod Zakat Selangor, keluarga Mohd Rasul merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan Zakat Selangor sejak Februari 2017. Antara bantuan yang telah diterima adalah bantuan Hari Raya dan bermula September baru-baru ini, Zakat Selangor telah menyantuni keluarga ini dengan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500.
Zakat Selangor amat prihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga Mohd Rasul. Sehubungan itu, Zakat Selangor akan membantu Mohd Rasul menjelaskan tunggakan sewa rumahnya. Walau bagaimanapun, bagi memastikan keselesaan keluarga tersebut, Zakat Selangor mencadangkan agar keluarga ini ditempatkan di kediaman lebih sempurna yang dibiayai sepenuhnya oleh Zakat Selangor.
Sementara itu, anak-anak Mohd Rasul akan turut disantuni dengan bantuan pengangkutan bagi memudahkan mereka berulang-alik ke sekolah, di samping bantuan yuran dan kelengkapan pendidikan bagi sesi persekolahan akan datang. Manakala bantuan lain akan disalurkan berdasarkan kepada keperluan dan syarat kelayakan.
LZS berharap dengan bantuan zakat yang akan disalurkan ini dapat membantu meringankan bebanan keluarga Mohd Rasul.
ZAKAT SELANGOR PERFORMANCE BRIEFING: PLATFORM SAMPAIKAN MAKLUMAT TEPAT