Utama Blog Halaman 136

TERKINI BERHUBUNG PELAJAR SELANGOR DI MESIR

0

Shah Alam, 1 Februari 2011-Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menubuhkan Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan ibubapa dan sanak saudara mengetahui kedudukan muktahir pelajar Selangor di Mesir.

Sebarang pertanyaan dan maklumat terkini berkenaan pelajar-pelajar ini bolehlah diperoleh dengan menghubungi Bilik Gerakan ini bermula 8.30 pagi esok (2 Februari) di talian 03-5514 3520/3534/3538/3539/3576.

Pihak Wisma Putra bersama Kerajaan Negeri sedang mengikuti perkembangan secara dekat bagi menentukan pelajar kita berada di dalam keadaan selamat dan terkawal.

PENCAPAIAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT 2010

0

KENYATAAN AKHBAR

Y.A.D DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB MOHD ISA
PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
MENGENAI PENCAPAIAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT 2010
PADA 19 JANUARI 2011 BERSAMAAN 14 SAFAR 1432H
 
• Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
• Terima kasih kepada wakil-wakil media yang hadir pada hari ini.
• Sukacita saya ingin memaklumkan beberapa perkara mengenai prestasi kutipan dan agihan zakat negeri selangor bagi tahun 2010.
 

1. Kutipan zakat (harta dan fitrah)

Alhamdulillah bagi tahun 2010, jumlah kutipan zakat di selangor telah melebihi sasaran (rm300 juta) dengan jumlah kutipan sebanyak rm336.8 juta berbanding rm283.7 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya (2009).

Jumlah ini meningkat sebanyak 19 peratus dengan perbezaan sebanyak rm53.1 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak rm319.5 juta dikutip daripada zakat harta, manakala rm17.3 juta daripada zakat fitrah.

2. Zakat harta

Pada tahun lepas (2010) kutipan zakat harta di selangor meningkat sebanyak 20 peratus daripada kutipan pada tahun sebelumnya (2009). Di mana pada 2009 lzs mengutip zakat harta sebanyak rm267.1 juta berbanding rm319.5 juta pada tahun 2010.

Pecahan kutipan zakat harta mengikut jenis adalah seperti berikut:

1. Zakat pendapatan: RM190.06 juta (RM190,068,135)
2. Zakat perniagaan: RM60.5 juta (RM60,517,310)
3. Zakat simpanan: RM26.4 juta (RM26,465,177)
4. Zakat saham: RM3.2 juta (RM3,233,179)
5. Zakat kwsp: RM6.1 juta (RM6,185,115)
6. Zakat emas dan perak: RM806, 763
7. Zakat  harta: RM8.8 juta (RM28,860,746)
8. Zakat tanaman: RM2.3 juta (RM2,306,116)
9. Zakat ternakan: RM37,056
10. Qadha zakat: RM1.02 juta (RM1,024,362)

3. Jumlah pembayar

Jumlah pembayar zakat harta bagi tahun lepas ialah seramai 167,990 orang (meningkat 8 peratus daripada tahun sebelumnya (155,300 orang).  Daripada jumlah tersebut, seramai 29,001 orang merupakan pembayar baru.

4. Zakat fitrah

Bagi tahun 2010, mais melalui lzs telah mengutip zakat fitrah sebanyak rm17.3 juta bagi tahun hijrah 1431, berbanding rm16.6 juta pada tahun 2009 bagi tahun hijrah 1430.  Bilangan umat islam yang pembayar zakat fitrah  pada tahun lepas (2010) ialah seramai 2.5 juta orang.

5. Sasaran kutipan tahun 2011

Mengambil faktor keadaan ekonomi yang stabil dan kesedaran membayar zakat yang semakin meningkat, maka lzs meletakkan sasaran kutipan zakat bagi tahun 2011 adalah sebanyak rm350 juta iaitu kenaikan sebanyak 4 peratus berbanding pencapaian kutipan tahun lalu.

6. Agihan zakat

Pada tahun 2010 yang lalu, mais melalui lzs telah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak di selangor sebanyak rm330 juta berbanding rm279.2 juta pada tahun sebelumnya (2009). Jumlah pengagihan ini dilihat meningkat sebanyak 18.2 peratus dengan perbezaan sebanyak rm50.8 juta.

Pecahan pengagihan zakat mengikut asnaf adalah seperti berikut:

1. Fakir: RM50.5 juta (RM50,527,837)
2. Miskin: RM76.4 juta (RM76,482,060)
3. Amil: RM42.1 juta (RM42,104,655)
4. Mualaf: RM19.9 juta (RM19,941,192)
5. Fisabilillah: RM108.3 juta (RM108,298,936)
6. Gharim: RM29.1 juta (RM29,124,837)
7. Ibnisabil: RM1.0 juta (RM1,095,017)
8. Riqab: RM2.4 juta (RM2,454,920)

Bilangan asnaf fakir yang menerima bantuan pada tahun lepas (2010) ialah seramai 9,430 keluarga berbanding 10,778 keluarga pada tahun 2009. Manakala bagi asnaf miskin adalah seramai 14,058 keluarga berbanding 10,843 keluarga pada tahun sebelumnya (2009). Jumlah fakir dan miskin pada tahun lepas (2010) adalah seramai 23, 488 ribu keluarga.

Sekian.

LZS BANTU MANGSA RENJATAN ELEKTRIK

0

Klang, 27 Januari 2011 – Mangsa renjatan elektrik, Muhammad Hairuman Miskon, 23 hari ini menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM1,000 dan surat jaminan bantuan bulanan berjumlah RM600 bagi tempoh setahun.

Bantuan disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor, Akhtar Sahari kepada kakak Muhammad Hairuman, Maryuni Miskon di HTAR di sini.

Menurut Akhtar, bantuan yang disampaikan adalah amanah daripada pembayar zakat. Oleh itu, beliau amat berharap bantuan ini akan digunakan sebaiknya bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh Hairuman.

“LZS akan mempertimbangkan untuk menyambung bantuan kepada Hairuman selepas tempoh setahun mengikut kepada keperluan beliau,” katanya.

Maryuni yang mewakili adiknya, melahirkan rasa terharu dengan bantuan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat di atas bantuan yang diberikan.

“Alhamdulilah, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang adik dan keluarga saya hadapi. Terima kasih kepada pembayar zakat dan LZS di atas bantuan ini,” ujarnya sebak.

Muhammad Hairuman melecur hampir 70 peratus di seluruh badannya selepas terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait kelapa sawit bersama rakannya di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor. Kedua belah tangannya juga telah dipotong dan berkemungkinan kaki kirinya turut akan dipotong.

LZS INSTITUT ZAKAT PERTAMA TERIMA ANUGERAH “THE MALAYSIA SERVICE EXCELLANT AWARD 2010”

0

Kuala Lumpur, 26 Januari 2011-Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS menerima anugerah dari The Malaysian Trade and Industry Recognition Award 2010 di sini. LZS merupakan institusi zakat yang pertama yang menerima anugerah ini.

Anugerah “The Malaysian Service Excellence Award 2010” ini diberikan di atas kecemerlangan perkhidmatan kutipan dan perkhidmatan agihan yang telah dilaksanakan oleh LZS.

Anugerah “The Malaysian Service Excellence Award 2010” ini diberikan di atas kecemerlangan perkhidmatan kutipan dan perkhidmatan agihan yang telah dilaksanakan oleh LZS.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS (MAIS), Haji Mohamed Izam Mohamed Yusof mewakili LZS (MAIS) telah menerima Anugerah ini.

Pengiktirafan ini akan merupakan satu suntikan motivasi untuk LZS (MAIS) terus maju dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggannya.

LZS LANCAR KAUNTER BERGERAK MUDAHKAN MASYARAKAT TUNAI DAN MOHON ZAKAT

0

Shah Alam, 19 Januari  2011 – Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan sebuah Kaunter Bergerak, bertujuan membantu proses kutipan dan agihan zakat, khususnya di destinasi terpilih yang menjadi tumpuan ramai.

Pelancaran dilakukan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa di sini pada 19 Januari.

Antara perkhidmatan disediakan di kaunter bergerak ini ialah penerangan dan pembayaran zakat serta permohonan bantuan zakat. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang lokasi kaunter bergerak ini bolehlah melayari portal LZS di www.zakatselangor.com.my.

Sehingga kini, LZS memiliki 24 buah kaunter perkhidmatan zakat termasuk 23 buah kaunter tetap yang boleh dikunjungi untuk sebarang urusan mengenai zakat.

ZAKAT SALUR RM4.05 JUTA UNTUK BUKU TEKS PERCUMA SRA DAN SRAI

0

Shah Alam, 11 Januari 2011 – Melalui wang zakat yang ditunaikan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan sebanyak RM4,056,353 juta untuk membiayai pembelian buku teks bagi keperluan Pelajar Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). Dengan adanya bantuan zakat ini pelajar sekolah SRA dan SRAI akan mendapat pinjaman buku teks dan tidak perlu lagi membeli buku tersebut bermula tahun ini.

Kemudahan ini melibatkan seramai 129,042 pelajar iaitu 7,757 pelajar Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan 121,285 pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) seluruh Negeri Selangor.
Pemberian buku teks percuma ini turut dapat meringankan beban ibu bapa dan penjaga pelajar dalam membiayai kos persekolahan anak-anak sekali gus memberi manfaat kepada para pelajar.

SERIMAS TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN RM246 RIBU

0

SHAH ALAM, 7 Januari 2011 – Serimas Development Sdn Bhd anak syarikat kepada PNB Development Sdn Bhd menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM246,357.05 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di sini hari ini.

Cek diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNB Development Sdn Bhd, Azman Talib kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Bayaran zakat perniagaan ini adalah berdasarkan tahun kewangan berakhir 2010.

Dalam ucapan ringkas Izam berkata, “Beliau amat berterima kasih dengan zakat perniagaan yang ditunaikan dan berharap dengan pembayaran zakat ini akan lebih subur lagi perniagaan mereka dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.”

Turut hadir, Mohd Azman Mohd Shariff, Pengurus Kewangan Kanan PNB Development Sdn Bhd dan Ketua Jabatan Dakwah dan Kutipan LZS, Adibah Abdul Wahab .

KAUNTER LZS CAWANGAN KLANG SENTRAL DIBUKA MULAI ISNIN INI

0

SHAH ALAM, 6 Jan 2011 – Kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Klang Sentral akan memulakan operasinya mulai 10 Januari 2011, iaitu pada hari Isnin. Serentak dengan itu juga, kaunter LZS di Aras 3, Kompleks MAIS, Bandar Klang akan ditutup.

Alamat lengkap bagi kaunter baharu LZS Cawangan Klang Sentral adalah seperti berikut: No 31-G, Jalan KS9/ KU5, Taman Klang Sentral Bukit Raja, Klang. Manakala nombor telefonnya adalah 03-33416939 dan faks: 03-33416899.

Selain Kaunter LZS di Klang Sentral, pelanggan bagi daerah Klang juga boleh berurusan di kaunter LZS cawangan Klang yang terletak di Masjid Bandar Diraja, Jalan Pasar, Klang, Selangor.
Untuk maklumat lanjut berkaitan kaunter boleh hubungi 03-5522 7777 atau layari www.zakatselangor.com.my.

MAKNA HAD AL-KAFIYAH

0

keratan21

Berita Terkini