Utama Blog Halaman 116

PENGAGIHAN ZAKAT DIKONGSI BERSAMA PEMBAYAR KORPORAT

0

SHAH ALAM, 3 November-Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan program Bicara Korporat bagi berkongsi dengan pembayar zakat korporat tentang halatuju dan perlaksanaan pengagihan zakat yang di Selangor.

Program seumpama forum ini , memberi ruang komunikasi dua hala di antara pengurusan LZS dan pembayar zakat yang melibatkan lebih 70 orang peserta dari pelbagai syarikat korporat.Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Hj Abdul Aziz Abu Bakar selaku moderator bijak dalam mengajukan soalan berkaitan pengagihan zakat kepada dua orang panelis iaitu Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Pelbagai persoalan dirungkai oleh panelis antaranya terhadap pemahaman maksud asnaf, ke mana wang zakat diagihkan, objektif pengagihan zakat,  perbezaaan di antara zakat dan sedekah, kepentingan di antara cukai dan zakat dan sebagainya.Peserta juga berpeluang mengajukan pelbagai persoalan bagi memahami secara terperinci tentang pengagihan zakat di Selangor ini.  Melalui program seumpama ini, LZS berharap maklumat tentang pengagihan zakat dapat difahami seterusnya disebarluaskan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap LZS yang bertanggungjawab sebagai pemegang amanah menguruskan wang zakat.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pembayar korporat.

BORHAN BUKTI ASNAF BERDIKARI

0

PASIR PENAMBANG – Siapa kata asnaf zakat tidak boleh berjaya dalam perniagaan? Borhan Salikon, 44 membuktikan sebaliknya. Berbekalkan semangat dan kemahiran, beliau kini sudah mampu tersenyum dengan kejayaan perniagaan cendolnya.

Sewaktu kru Jejak Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengunjungi beliau baru-baru ini, ternyata menu yang disediakan oleh beliau amat memuaskan hati pelanggan. Antara yang menarik adalah aneka cendol, iaitu Cendol Durian, Cendol Labu dan Cendol Spesial. Pelanggan juga boleh menikmati laksa spesial yang dihidangkan dengan tiga ekor udang dan juga mee kari.

Menurut Borhan, kini beliau dalam proses mengembangkan lagi perniagaannya. Di samping gerai yang baharu dibuka di Pasir Penambang, beliau turut memiliki tapak gerai lain di Pekan Kuala Selangor. Beliau turut mempelawa kepada mana-mana individu khususnya dalam kalangan asnaf zakat untuk membuka gerai bagi menjual produknya dalam bentuk francais.

Untuk menikmati keenakan cendol durian, cendol labu dan sebagainya serta keunikan laksa beliau, gerai Cendol Durian Borhan terletak di Bt. 2, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Beliau boleh dihubungi di talian 017-6573096 atau 017-2914630.

VIDEO SEPANJANG PROGRAM “SKUAD JEJAK KEMISKINAN”

0

SHAH ALAM – Dengan tujuan untuk menyantuni golongan yang memerlukan zakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melakukan tindakan proaktif dengan melakukan program bancian terus ke daerah dan perumahan yang terpilih. Program yang dinamakan sebagai Program Jejak Kemiskinan ini telah dimulakan pada pertengahan September lalu merangkumi lebih 5 kawasan penempatan.

Diterajui oleh Skuad Jejak Kemisninan yang terdiri lebih daripada 50 orang amil LZS, setiap keluarga di penempatan itu akan dibanci dan terus mendapat kelulusan serta merta sekiranya layak. Ramai keluarga dikenalpasti layak menerima bantuan kewangan bulanan sementara yang lain menerima bantuan yang bersesuaian dengan masalah mereka seperti bantuan pendidikan, sakit kronik, hutang, modal perniagaan serta bantuan tahunan (hari raya).

Berikut adalah sekitar aktiviti Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus menjejaki golongan fakir serta miskin melalui program turun padang yang dikenali sebagai Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) dalam bentuk video video .Sila klik pada pautan ini untuk melihat sekitar video pegawai-pegawai zakat membuat bancian :
VIDEO SKUAD JEJAK KEMISKINAN.

LEBIH RM1.5 JUTA ZAKAT KEPADA 35 BADAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH

0

SHAH ALAM, 25 OKTOBER 2011 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan sumbangan dalam bentuk geran berjumlah RM720,000.00 kepada 35 badan kebajikan dan dakwah di Selangor bertujuan melancarkan operasi badan itu, tambahan kepada RM830,000 yang telah diterima sebelum ini.

Daripada jumlah badan tersebut, 13 merupakan rumah kebajikan anak yatim dan orang tua, 13 lagi merupakan rumah kebajikan dan perlindungan sosial manakala sembilan buah lagi merupakan badan dakwah daerah yang bernaung di bawah Pejabat Agama Islam Daerah.

Kriteria pemilihan adalah berdasarkan aktiviti yang melibatkan perlindungan kepada anak-anak yatim dan orang-orang tua, bekas penagih dadah, pengidap AIDS, golongan remaja dan wanita yang terlibat dengan masalah gejala sosial dan sedang dalam proses pemulihan akhlak.  Kesemua badan itu juga mestilah beroperasi di negeri Selangor.

Antara badan kebajikan dan dakwah yang menerima bantuan ialah Pertubuhan al-Khaadem, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin al-Munirah, Pertubuhan Kebajikan Ehsan ash-Shakur dan Pusat Khidmat Sosial Perkid yang masing-masing menerima dana sebanyak RM20,000.00.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Mohamed Izam Mohamed Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif LZS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Bahagian Pemulihan Al Riqab MAIS, Hafizatul Akmal Abdul Jalil dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Mohamad Sujak Dasuki.

SAYA BERSYUKUR… DENGAN ZAKAT, RUMAH ORANG TUA TIDAK TUTUP

0

SHAH ALAM–“Saya sangat bersyukur, di kala saya hampir-hampir menutup rumah orang tua ini, saya dimaklumkan bantuan zakat yang saya mohon diluluskan, dapatlah saya meneruskan perjuangan menjaga orang-orang tua ini,” kata Muji Sulaiman, pengusaha rumah orang tua Al-Ikhlas ketika ditemui di majlis penyampaian bantuan zakat kepada badan kebajikan dan dakwah di sini hari ini.

Muji yang lebih selesa dipanggil Kak Muji bercerita, pada tahun 2008 beliau mendapat berita menyedihkah. Beliau menghadapi kanser payu dara di tahap empat. Berita yang menyayat hati ini, diterima dengan penuh sabar dan penuh rasa syukur. Tidak terdetik dihatinya untuk kecewa dengan dugaan yang diterima. Pegangan beliau terhadap takdir amat tinggi. Di bibirnya tidak lengkang menyebut alhamdulillah.

“Akak reda dengan dugaan yang Allah SWT ini. Walaupun akak dimaklumkan kanser ini di tahap empat tetapi akan redha kerana akak akur Allah maha penyayang dan pengasih.” Alhamdulillah Kak Muji masih mampu bertahan sehingga ke hari ini walaupun beliau telah melalui 30 kali kimoterapi. Inilah yang dikatakan kuasa Allah SWT. Di kala beliau berhadapan dengan proses kimoterapi, Allah SWT memberi kekuatan kepadanya. Beliau tidak mengalami rasa sakit dan lemah badan malahan masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun, Allah SWT sentiasa menguji insan yang disayangi-Nya. Beliau dimaklumkan, kanser beliau menyerang kembali. Akhirnya beliau terpaksa akur salah satu payu daranya terpaksa dibuang. Kesan pembedahan ini menyebabkan Kak Muji tidak mempunyai tenaga yang kuat dan dirinya semakin lemah. Kekuatannya untuk mengusahakan rumah orang tua kesayangannya juga teruji. Lebih-lebih lagi wang pengurusan rumah orang tua ini yang tinggi menyebabkan timbul hasrat dihatinya untuk menutup operasi rumah ini.

Tetapi Allah SWT sentiasa membantu. Dengan izin Allah SWT, pada awal tahun lalu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan RM10,000 kepada Kak Muji. Operasi rumah orang tuanya diteruskan dan kini menempatkan seramai 50 orang penghuni. 48 orang daripadanya terlantar dan hanya dua orang yang boleh mennguruskan diri sendiri. Menurut Kak Muji ada 200 orang lagi yang telah didaftarkan sebagai senarai menuggu. Hari ini, Alhamdulillah Kak Muji menerima lagi bantuan zakat berjumlah RM15,000.

Bila penulis bertanya bagaimana semangat Kak Muji menguruskan rumah orang tua ini lebih-lebih lagi beliau adalah ibu tunggal, katanya inilah perjuangannya sejak beliau di kampus lagi, cita-citanya lebih berkobar-kobar apabila beliau menjadi ketua jururawat di Hospital Serdang. Melihat realiti kehidupan di mana orang-orang tua yang terlantar di hospital tiada tempat bergantung dan terpaksa di hantar ke rumah orang tua bukan Islam, hatinya bertambah bersemangat untuk membuka rumah orang tua ini.

Akhirnya, lapan tahun lalu dengan kerjasama Masjid al-Hidayah, Pulau Meranti Puchong, Rumah Orang Tua al-Ikhlas dapat dibuka di masjid ini.  Hari ini, alhamdulillah berkat kesabaran Kak Muji dengan bantuan sembilan orang pekerja rumah orang tua ini masih dapat beroperasi dengan baik. Namun, sampai bilakah ia dapat bertahan? Kepada yang ingin menyalurkan bantuan bolehlah menghubungi Kak Muji di talian 012 2433743 untuk menyalurkan sebarang bantuan. Bersama-samalah kita membantu Kak Muji agar Rumah Orang Tua Al-Ikhlas ini akan bertahan dan menyelamatkan orang tua Islam yang terdampar dan tiada tempat perlindungan.

Berita Terkini