LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM300,000

0
287

SHAH ALAM, 15 Ogos 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus menerima sokongan sektor korporat apabila McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM300,000 bagi tahun 2025 dalam satu majlis di sini hari ini.

Penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari.

Dalam majlis sama, McDonald’s Malaysia turut menyumbangkan 60 kotak rezeki yang mengandungi barangan keperluan harian bernilai RM200 setiap satu kepada ketua keluarga asnaf terpilih, sebagai usaha meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Di samping itu, McDonald’s juga berkongsi rezeki dengan memberi 1,000 pek hidangan percuma kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan dan sokongan McDonald’s kepada komuniti tempatan.

Untuk rekod, pada tahun 2020 McDonald’s telah menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat dari LZS sebagai tanda penghargaan kepada komitmen syarikat korporat yang menunaikan zakat di Selangor.