Permohonan Bait Al-Hasanah

Utama Permohonan Bait Al-Hasanah
lzsprihatin

Pengenalan

Bait Al-Hasanah telah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Lembaga Zakat Selangor.

Ia merupakan salah satu usaha Lembaga Zakat Selangor bagi membantu anak-anak asnaf fakir miskin berjaya dalam pelajaran dengan menyediakan suasana yang kondusif untuk belajar.

Bait Al-Hasanah diharap dapat membantu anak asnaf dari kumpulan generasi kedua asnaf fakir miskin untuk membentuk ke arah masa hadapan yang lebih baik.

Objektif

  • Memberi perlindungan, bimbingan, pembangunan diri dan didikan kepada anak-anak asnaf.
  • Menjaga kebajikan anak-anak asnaf yang ditempatkan di bawah institusi LZS.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sahsiah akademik dan ko kurikulum
  • Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang baik serta kondusif.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Permohonan adalah dengan MUAT TURUN borang yang disediakan dan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  2. Permohonan hendaklah dihantar ke Cawangan Lembaga Zakat Selangor yang terdekat dengan tempat tinggal anda.
  3. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Pelajar berumur 10 tahun hingga 17 tahun.
    2. Terbuka kepada anak asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor
  4. Kekosongan adalah terhad.
  5. Pengambilan Pelajar Baru di Bait Al-Hasanah ini adalah bermula Mac 2022.

Muat Turun Borang Permohonan

BilBorangMuat Turun
1Borang Permohonan Bait Al-Hasanah Muat Turun Borang