Utama Blog Halaman 73

KONFERENSI KEBANGSAAN PENGURUSAN

0

SHAH ALAM, 10 Jun 2014 –  Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Seketariat  Zakat IPT menganjurkan Konferensi KebangsaanPengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi dengan tema Transformasi Pengurusan Zakat IPT bertempat di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam bermula pada 10 hingga 11 Jun 2014.

Program ini telah menghimpunkan seramai 200 orang peserta terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Pusat Zakat Negeri-Negeri dan pengurusan zakat IPT.

Penganjuran pada kali ini secara khususnya memberi ruang kepada wakil-wakil pembentang untuk menyampaikan dan menentukan hala tuju bagi memperkasakan pengurusan zakat khususnya di IPT, serta bertukar pandangan antara institusi zakat seluruh Malaysia.

Program dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B).

JELAJAH KASIH: KONGSI PENGALAMAN AGIHAN ZAKAT

0

SHAH ALAM, 5 Jun 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan program Jelajah Kasih dengan membawa pengeluar zakat terdiri daripada syarikat-syarikat korporat bagi berkongsi pengalaman agihan zakat di Selangor.

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi pendedahan aktiviti agihan secara langsung kepada pengeluar zakat, di samping mendapatkan maklum balas secara terus terhadap keberkesanan agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor.

Para peserta delegasi terdiri daripada empat syarikat korporat iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Maybank Islamic Berhad, Brahim’s Airline Catering Sdn Bhd dan Sirim QAS International Sdn Bhd.

Dalam program tersebut, para peserta turut dibawa meninjau perniagaan dijalankan oleh dua orang asnaf zakat yang telah menerima bantuan modal dari LZS. Mereka ialah Noraini Abdul Hamid dan Sulaiman Abdullah yang masing-masing menjalankan perniagaan makanan di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam.

Selain itu dalam program yang sama, PKNS menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Sekolah Maahad Tahfiz Sains Bagan Terap yang disampaikan oleh Pemangku Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah. Sumbangan diberikan bertujuan untuk kegunaan pembangunan sekolah bagi melahirkan pelajar tahfiz yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang agama malahan juga akademik.

Hadir sama, Pengurus Besar Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Sahadan Ishak dan Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non.

MAKLUM BALAS LZS BERKAITAN ENAM PELAJAR TAHFIZ DARUL QURAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WA ULUMUDDIN

0

SHAH ALAM, 3 Jun 2014 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap berita enam pelajar tahfiz yang tersiar di akhbar Sinar Harian dan Berita Harian.

Untuk makluman, LZS menyediakan bantuan dermasiswa hufaz quran khusus kepada pelajar maahad tahfiz bertujuan untuk menggalakkan para pelajar menghafaz al-Quran. Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM150 sebulan bagi pelajar di bawah asnaf fisabilillah dan RM180 sebulan untuk pelajar di bawah asnaf fakir dan miskin.

Sehubungan dengan itu, pengurusan tuntutan bayaran bantuan dermasiswa hufaz quran adalah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di mana pihak maahad tahfiz perlu menyertakan laporan kemajuan prestasi hafazan para pelajar kepada JAIS sebelum pembayaran dibuat melalui LZS. Sehingga kini terdapat 44 buah maahad tahfiz di seluruh Selangor dengan jumlah pelajar seramai 971 orang yang mendapat bantuan dermasiswa hufaz quran.

Berkenaan aduan pelajar tahfiz bernama Musa Badharul Zaman, 15 tahun bersama tiga orang adiknya, didapati mereka merupakan anak asnaf fakir yang berdaftar dengan LZS. Oleh yang demikian, mereka layak mendapat bantuan dermasiswa hufaz quran pada kadar RM180 seperti yang diperuntukan untuk pelajar asnaf fakir dan miskin dengan syarat, tuntutan bantuan tersebut hendaklah dibuat oleh pihak maahad tahfiz kepada pihak JAIS.

Bagaimanapun, hasil semakan dengan pihak JAIS mendapati maahad tahfiz berkenaan yang merupakan sebuah maahad tahfiz swasta tidak pernah membuat sebarang tuntutan bantuan bagi keempat-empat pelajar tersebut.

Manakala bagi dua orang pelajar yang bukan asnaf, mereka boleh membuat permohonan bantuan tersebut melalui pihak maahad tahfiz dengan menyertakan laporan kemajuan prestasi seperti mana yang ditetapkan oleh JAIS. Pihak JAIS akan meneliti permohonan tersebut berdasarkan kelayakan, dan bantuan disalurkan oleh LZS menggunakan peruntukan asnaf fisabilillah.

AMIL MENYELAMI ASNAF

0

Amil-Menyelami-Asnaf

MENGUKUR KEMISKINAN

0

Mengukur-Kemiskinan

ZAKAT MAS KAHWIN

0

Zakat-Mas-Kahwin

NASI AYAM JADI TARUHAN

0

Nasi-Ayam-Jadi-Taruhan

Berita Terkini