Utama Blog Halaman 72

530 ASNAF TERIMA BANTUAN MODAL MULA PERNIAGAAN

0

SHAH ALAM, 3 Julai 2014 – Seramai 530 orang asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bantuan modal perniagaan berjumlah RM795,914.50 bagi memulakan perniagaan bersempena Ramadan dan Aidilfitri.

Mereka adalah peniaga makanan di bazar-bazar Ramadan, peniaga yang mengambil tempahan keperluan Hari Raya serta peniaga runcit.

Bantuan yang disediakan setiap tahun menjelang Ramadan ini, mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyediakan tapak untuk para asnaf berniaga.  Ia adalah sebagai galakan kepada para asnaf yang produktif, sejajar dengan sasaran LZS untuk melahirkan ramai usahawan asnaf yang dapat meningkatkan kehidupan sekali gus keluar dari kepompong kemiskinan.

RASIMAH WANITA TABAH

0

Rasimah-Wanita-Tabah

#FREEMARKETLZS AJAK MASYARAKAT MENYUMBANG

0

SHAH ALAM, 21 Jun 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengajak masyarakat untuk menyumbang dengan menganjurkan program berbentuk amal dikenali #FreeMarketLZS bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini hari ini.

Program yang mendapat kerjasama dari Kumpulan Free Market dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) LZS. Ia diadakan bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran Braille 2014.

Apa yang menarik program #FreeMarket LZS menggalakkan para pengunjung yang hadir menyumbangkan barangan sama ada yang masih baru ataupun terpakai, untuk diberikan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

#FreeMarket LZS merupakan satu pendekatan untuk membuat kebajikan yang unik, sekali gus menjadi platform untuk menghubungkan mereka yang mempunyai sesuatu dengan mereka yang memerlukan. Ia dilihat dapat menyemai sikap berkongsi, di samping membentuk nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Lebih istimewa, seramai 100 orang asnaf hadi untuk sama-sama menyertai program dan membawa pulang barang-barang yang dipamerkan.

LZS ANJUR PROGRAM BICARA KORPORAT

0

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan program Bicara Korporat dikenali  Teh Tarik Bersama Korporat 2014 dengan menghimpunkan wakil pengurusan tertinggi dari syarikat-syarikat korporat di Selangor bertempat di The Saujana Hotel di sini.

Program kali ini mengetengahkan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof yang berkongsi pengalaman tentang pengurusan kutipan dan agihan zakat di Selangor. Turut diundang khas, Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid yang menjawab pelbagai persoalan terutama melibatkan fatwa dan isu zakat.

Penampilan istimewa tokoh korporat terkemuka, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang berkongsi pengalaman beliau sewaktu bersama Johor Corporation sebelum ini, turut menarik perhatian para peserta.

Hadir sama, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat LZS, Ariffa Ariffin.

PELANCARAN E-SPG

0

D.Y.M.M SULTAN SELANGOR LANCARKAN BUKU KATALOG DWI BAHASA DAN PAMERAN AZ-ZAKAH

0

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2014 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj hari ini berkenan melancarkan buku katalog dwi bahasa dan pameran sulung Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bertajuk Az-Zakah: Semangat, Kesedaran dan Kewajipan bertempat di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.

Ia merupakan kerjasama dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia bersempena dengan ulang tahun ke-20 penubuhan LZS. Pameran ini berlangsung selama tiga bulan bermula pada 15 Jun hingga 16 September 2014.

Sementara itu, buku katalog dwi bahasa ini memuatkan sejarah zakat bermula dari abad pertama Islam hingga hari ini. Ia mengajak pembaca memahami kewajipan berzakat, di samping menerangkan peranan LZS sebagai institusi yang menguruskan kutipan dan agihan zakat di Selangor.

Dengan adanya buku katalog dan pameran ini, secara tidak langsung akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali LZS, di samping menjadi platform dakwah untuk meningkat kesedaran umat Islam tentang kewajipan mengeluarkan zakat.

Selain itu, buku katalog dan pameran ini turut menjadi medium perkongsian maklumat tentang usaha yang dilaksanakan oleh LZS dalam mengutamakan pengeluar zakat dan menyantuni asnaf zakat terutamanya di negeri Selangor.

Hadir sama dalam majlis pelancaran ini, Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.

KAUNTER MINI LZS

0

WANG ZAKAT ITU BERKAT

0

Wang-Zakat-itu-Berkat

90 PESERTA SERTAI BENGKEL ZAKAT PERNIAGAAN

0

SHAH ALAM, 9 Jun 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Bengkel Zakat Perniagaan melibatkan 90 orang peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang industri dan perniagaan bagi memberi pendedahan berkaitan pengurusan zakat di samping kefahaman kiraan zakat, di sini baru-baru ini.

Bengkel dimulakan dengan penampilan penceramah dikenali ramai, Ustaz Badli Shah Alauddin, yang menyampaikan ceramah ‘Untung Dunia, Untung Akhirat’. Ia diikuti dengan sesi penerangan berkaitan zakat perniagaan oleh Pengurus Sektor Perniagaan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

LZS berharap, dengan aktiviti sebegini dapat meningkatkan lagi kefahaman masyarakat berkaitan kaedah taksiran zakat perniagaan dan sekaligus dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara warga LZS dengan wakil-wakil syarikat sama ada pembayar zakat mahupun prospek pembayar zakat pada masa hadapan

Berita Terkini