Utama Blog Halaman 152

LZS SERAH SEMBILAN VAN JENAZAH UNTUK PAID SELANGOR

0

Tarikh : 6/23/2009
Penulis : Editor

Shah Alam — Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS menyerahkan sembilan buah van jenazah berjumlah RM990 ribu kepada sembilan Pejabat Agama Islam Daerah di Selangor bagi membantu memudahkan lagi urusan menguruskan jenazah.

Majlis penyerahanan disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa yang menyerahkan replika kunci van jenazah kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Hj. Mohammed Kushrin bin Hj. Munawi di sini pada 22 Jun.

Bantuan van jenazah adalah salah satu bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah yang bertujuan membantu menangani maslahah ummah. Sebelum ini LZS (MAIS) menyerahkan sebanyak 11 buah van jenazah kepada masjid terpilih di Selangor.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KAKITANGAN 2008: TANDA PENGHARGAAN

0

Tarikh : 6/22/2009
Penulis : Norhayati Rabbani

Shah Alam – Sebagai penghargaan kepada kakitangan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS mengadakan hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan 2008 pada 12 Jun yang dirasmikan oleh Pengerusi LZS (MAIS), Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini pada 12 Jun.

Majlis Anugerah ini adalah salah satu program tahunan LZS (MAIS) yang juga bertujuan memberi dorongan agar kakitangan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik serta cemerlang. Disamping mewujudkan persaingan yang sihat untuk mereka meningkatkan kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Sebanyak 25 anugerah dipertandingkan pada tahun ini berbanding 22 anugerah pada tahun lalu.

Antaranya ialah Anugerah Kakitangan Terbaik Jabatan, Anugerah Juru Audit Terbaik, Anugerah Kualiti Inovasi, Anugerah Kualiti Program Terbaik dan sebagainya. Bagi kakitangan terbaik keseluruhan dimenangi oleh Mohd Juwahir Bin Pa’iman, Pegawai Agihan Zakat, Daerah Sabak Bernam. Beliau menerima pakej umrah, wang tunai, sijil dan plug.

Sementara itu, LZS (MAIS) turut menyampaikan penghargaan kepada mantan Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS (MAIS) sebagai tanda terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan idea, nasihat dan pendapat dalam membangunkan LZS (MAIS).

Turut hadir, Mufti Selangor, Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Hj. Abd. Wahid, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr. Hj Hasan Hj Mohamed Ali dan Ahli Lembaga pemegang amanah LZS (MAIS) yang lain.

LZS RAI 167 ORANG PELAJAR

0

Tarikh : 6/8/2009
Penulis : Khairul Izwan b. Bakeri

Bangi – Lembaga Zakat Selangor meraikan 167 pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menerima dermasiswa zakat ke luar negara dalam satu majlis sempena keberangkatan mereka ke luar negara baru-baru ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco.

Daripada jumlah tersebut, 103 pelajar akan melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab Gujraat dan 28 orang dalam bidang Perubatan. Manakala seramai 23 orang akan ke Jordan bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab Gujraat dan 13 orang lagi akan ke Morocco mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab Gujraat.

Majlis penutup ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor,Y.B Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali.Turut disampaikan surat tawaran dermasiswa dan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 serta dokumen perjanjian dermasiswa .

Hadir sama dalam majlis tersebut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir Makhtar dan wakil Dekan Bahasa (KUIS).

LZS LANCAR TAHUN ZAKAT SELANGOR SEMPENA 15 TAHUN PENUBUHANNYA

0

Tarikh : 6/1/2009
Penulis : editor; Gambar: zool

Bangi – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan Tahun Zakat Selangor (TZS), dengan tema ‘meneraju perubahan’ bagi meningkatkan keberkesanan terutama terhadap kesedaran masyarakat dalam menunaikan zakat dan meraikan 15 tahun penubuhannya di sini pada 29 Disember 2008.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada majlis sambuatan Maal Hijrah peringkat negeri Selangor di sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Ramli Mahmud berkata, tempoh 15 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek dan dengan pengalaman itu, banyak kejayaan telah dicapai oleh LZS terutamanya dalam membangunkan ummah dengan kutipadan dan agihan zakat yang sistematik.

“Ini adalah bukti keseimbangan sosioekonomi dalam Islam dan saya yakin LZS terus komited memikul amanah menguruskan institusi zakatini, umat Islam akan terus terbela,” katanya ketika berucap pada majlis tersebit.

Selain itu, katanya objektif kempen itu adalah untuk melaksanakan perubahan penyampaian system agaihan zakat melalui lima program utama agihan zakat yang akan dijenamakan semula, memaksimumkan potensi kutipan zakat melalui strategi terancang dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewajipan berzakat.

TZS merupakan kempen yang diadakan bagi meningkatkan kempen kesedaran berzakat dan meraikan 15 tahun penubuhan LZS. Disamping itu objektif diadakan TZS ialah bagi melaksakan perubahan penyampaian sistem agihan zakat melalui lima program utama agihan zakat yang akan dijenama semula, memaksimakan kempen kutipan zakat melalui strategi terancang dan mesra pelanggan, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewajipan berzakat dan berjihad membasmi kemiskinan.

Sebelum ini kempen seumpama ini turut diadakan tetapi hanya dalam tempoh sebulan yang dikenali sebagai Bulan Zakat Selangor (BZNS). Ia diadakan sepanjang bulan Muharram. Namun, pada tahun 2009 ini kempen diadakan lebih panjang iaitu selama setahun mengikut tahun Hijrah bermula bulan Muharam ini.

Pelbagai program telah diatur selama setahun melibatkan aktiviti dakwah secara terus kepada orang ramai seperti program Kempen Tambah Caruman SPG, Ops Tol Perdana, Treasure Hunt “Mencari Harta Rikaz”, Karnival Zakat @ Pasaraya, Kembara Mencari Sinar –SDZ dan sebagainya.

Turut diadakan program pembelaan asnaf yang menjurus kepada penjenamaan program bantuan agihan zakat meliputi program pembangunan ekonomi, pendidikan, social, insane dan pembangunan institusi agama.

Antaranya aktiviti yang disusun ialah Kembara Mencari Sinar, Karnival Masjid Selangor, Bengkel Khas Majikan, Pelancaran Asrama Anak Fakir Miskin dan Perhimpunan Mahasiswa/Siswi, Karnival Usahawan Asnaf, Sumbangan Pesakit Kronik, Pelancaran Kaunter Ekspres, Kayuh Amal Perdana, Anugerah Pelajar Cemerlang dan sebagainya.

Melalui program TZS ini, LZS berharap masyarakat akan lebih memahami kepantingan menunaikan zakat seterusnya menjadikan zakat sebagai tanggungjawab utama yang wajib ditunaikan. Disamping itu, dapat mendedahkan tentang usaha LZS yang sentiasa komited menguruskan agihan zakat sebagai institusi yang telah diamanahkan menguruskan dana zakat bagi memastikan sosio-ekonomi umah sentiasa terbela dan dibela.

Setiap aktiviti TZS yang terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web rasmi LZS di www.zakatselangor.com.my.

WANG SAKU PELAJAR FAKIR DAN MISKIN IPTA/S NAIK KE RM300 SEBULAN

0

Tarikh : 5/30/2009
Penulis : editor

Shah Alam – Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS menaikkan jumlah bantuan wang saku kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dari kalangan asnaf fakir/miskin dari RM150.00 kepada RM300.00 sebulan bermula Januari tahun ini yang melibatkan seramai 653 orang mahasiswa/i.

Bermula tahun ini, pembayaran akan dilakukan enam bulan sekali iaitu pada setiap bulan bulan Jun dan Disember.

Peningkatan ini wajar bagi memastikan anak-anak asnaf fakir miskin di IPTA/IPTS mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan harian. Ia juga dipengaruhi oleh kenaikan harga barang keperluan harian akibat kemelesaetan ekonomi.

Bantuan wang saku adalah salah satu bentuk bantuan LZS (MAIS) kepada mahasiswa/i asnaf fakir miskin yang mendapat pembiayaan sepenuhnya dari LZS (MAIS). Selain bantuan wang saku, LZS (MAIS) membiayai sepenuhnya yuran pengajian, yuran pendaftaran, lain-lain bayaran yuran, kos sewa penginapan, pengangkutan, wang elaun sara hidup (wang saku bulanan), buku rujukan, komputer riba (labtop) dan lain-lain bayaran keperluan pendidikan yang berkaitan.

LEBIH 600 MAHASISWA/I TAJAAN LZS BERHIMPUN ERAT SILATURAHIM

0

Tarikh : 5/30/2009
Penulis : Editor

BANGI – Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS mengadakan perhimpunan Mahasiswa/i dan pelajar asnaf 2009 di sini bertujuan mengeratkan hubungan di antara LZS (MAIS) dan penerima bantuan disamping memberi pededahan kepada mereka tentang hal berkaitan zakat pada 23 Mei yang melibatkan hampir 600 orang pelajar.

Mereka juga diberi peluang berkomunikasi dua hala dengan LZS (MAIS) bagi mengenalpasti masalah sebenar pelajar. Perhimpunan yang melibatkan hampir 500 orang pelajar dari pelbagai IPTA/S , Politeknik, UITM, KUIS, INPENS, TOC dan lain-lain lagi ini diadakan sempena Tahun Zakat Selangor 1430H.

Melalui program ini, Mahasiwa/i dan pelajar turut menerima bantuan wang saku tambahan sebanyak RM900 setiap seorang bagi peruntukkan bulan Januri-Jun. Turut diberikan dua buah komputer riba kepada Siti Sarah binti Ahmad dan Muhammed Syaahir Osman dengan nilai RM2450 sebuah.

Program telah dimulakan dengan acara perasmian diikuti dengan ceramah motivasi oleh Prof. Sidek Baba, Taklimat Zakat, Kemaskini Maklumat Pendataan Asnaf, Resolusi Perhimpunan Mahasiswa Asnaf dan Penubuhan Kelab dan Alumni Mahasiswa/i Asnaf.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Hasan Mohamed Ali. Turut Hadir Pengurus Besar LZS, Hj Ahmad Shahir Makhtar.

SEMBILAN KURSUS HIJRAH ILMU SEPANJANG MEI

0

Tarikh : 5/18/2009
Penulis : Editor

Sebanyak sembilan kursus Hijrah Ilmu untuk anak asnaf fakir miskin bagi daerah Kuala Langat, Gombak dan Hulu Selangor akan diadakan sepanjang bulan Mei ini.

Kursus diadakan bagi anak fakir miskin yang akan berhadapan dengan peperiksaan UPSR, PSRA, PMR dan SPM.

Antara pengisian kursus ialah strategi dan persediaan menghadapi peperiksaan dan yang berkaitan dengan motivasi agar mereka sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berjaya.

Kursus akan bermula pada 8 Mei yang akan diadakan di Hulu Langat dan berakhir pada 22 Mei yang akan diadakan di Shah Alam.

LZS AGIH RM1.1 JUTA UNTUIK 41 FAKIR/MISKIN, SURAU DAN BAIK PULIH SEKOLAH

0

Tarikh : 5/5/2009
Penulis : Editor

KUALA SELANGOR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan bantuan berjumlah RM1.1 juta kepada 41 orang asnaf fakir miskin meliputi bantuan pembinaan rumah baru, baik pulih rumah dan kerusi roda. Bantuan turut diberikan kepada sebuah surau dan sekolah yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim di sini pada 25 April.

Bagi bantuan pembinaan rumah baru diberikan kepada 34 orang asnaf fakir/miskin berjumlah RM980,000 dengan nilai bantuan minimum RM25,000 untuk dua bilik dan maksimum RM30,000 untuk tiga bilik. Bantuan rumah ini lengkap dengan kemudahan eletrik dan bekalan air.

Bagi bantuan baik pulih rumah pula diberikan kepada lima orang asnaf fakir miskin dengan jumlah RM64,600. Bantuan minimum bernilai RM6,100 dan maksimum 17,500. Turut disampaikan dua buah kerusi roda bernilai RM1,280 dan RM1,900.

Turut disampaikan bantuan kepada Sekolah Menengah Dato’ Harun bagi bantuan Pembinaan Surau Sekolah berjumlah RM50,000 dan Sekolah Rendah Agama Nurul Huda berjumlah RM25,000.

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor, Tn Hj Ahmad Shahir Makhtar.

LZS NAIB JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH

0

Tarikh : 5/1/2009
Penulis : Editor

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang kepada semua pengunjung-pengunjung portal ezakat. Semoga tuan/puan berada dalam keberkatan dan kerahmatan daripada Allah sepanjang masa di dalam tahun baru ini.

Pada 3hb Januari 2009 yang lepas, LZS telah menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah antara Institusi Agama di Seluruh Negeri Selangor anjuran Majlis Agama Islam Selangor(MAIS). LZS telah menghantar 2 buah pasukan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Pasukan LZS (A) telah berjaya mara ke Final dan hanya tewas kepada PERKIM melalui lambungan syiling selepas keputusan masih seri selepas penalti dilaksanakan.

Pertandingan ini disertai oleh 22 buah pasukan dari pelbagai jabatan agama seperti JAIS, MAIS, PAID daerah2 di seluruh Selangor, PERKIM, KUIS, Tahfiz, Mahkamah Syariah, Persatuan India dan Cina Muslim dan sebagainya. Semoga pertandingan seperti ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang bagi mengeratkan lagi ukhuwah sesama jabatan-jabatan yang terlibat.

Sekian, Wassalam.

BANK RAKYAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM3 JUTA KEPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

0

Tarikh : 4/22/2009
Penulis : Editor

SHAH ALAM – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM3,383,271.00 bagi tahun kewangan 2008 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat tersebut di Istana Bukit Kayangan, di sini pada 20 April 2009.

Secara keseluruhannya Bank Rakyat menunaikan zakat di Malaysia berjumlah RM33.4 juta pada tahun kewangan 2008 berbanding sebanyak RM31.9 juta tahun kewangan sebelumnya. Bank Rakyat diwakili oleh Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzzaman Che Mat. Zakat yang dibayar adalah berdasarkan bilangan pendeposit institusi berkenaan di Selangor.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi LZS Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullai dan Pengurus Besar LZS, Hj. Ahmad Shahir Makhtar.

Berita Terkini