Utama Blog Halaman 123

KONVENSYEN ZAKAT

0

576 KELUARGA TERIMA BANTUAN RAMADAN LZS RM448,050.00

0

KOTA DAMANSARA, 27 JULAI 2011 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan agihan zakat kepada 576 keluarga fakir dan miskin berjumlah RM448,050.00 di Masjid Kota Damansara, hari ini. Majlis disempurnakan oleh Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir, Orang Besar Daerah Petaling.

Bagi keseluruhan Daerah Petaling, jumlah fakir dan miskin yang layak menerima agihan zakat ialah seramai 2,252 keluarga dan melibatkan jumlah agihan sebanyak RM1,704,850.00 (RM1.7 juta). Manakala bagi keseluruhan Selangor, tahun ini mencatatkan jumlah 19,008 keluarga fakir dan miskin yang layak menerima bantuan sebanyak RM14,240,950.00.

Program agihan zakat sempena Ramadan dan hari raya di Selangor telah bermula sejak 19 Julai dan dijangka berakhir pada 14 Ogos 2011. Turut hadir pada majlis hari ini ialah Saipudin Samsi, Ketua Operasi Daerah Petaling.

676 FAKIR MISKIN SUBANG JAYA TERIMA ZAKAT SEMPENA RAMADAN DAN HARI RAYA

0

SUBANG JAYA, – Seramai 676 fakir dan miskin di Subang Jaya menerima bantuan zakat masing-masing sempena Ramadan dan Hari Rayaberjumlah RM517,450 di sini pada 25 Julai semalam.

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) tentang peranan wang zakat kepada penerima, diikuti dengan majlis perasmian, serahan bantuan zakat beramai-ramai dan makan tengahari.

Salah seorang penerima, Nurul Fadira Isa, 26 yang mempunyai tiga orang anak dan salah seorang daripadanya mengidap sakit jantung berasa amat bersyukur dengan bantuan yang diterima kali ini.

“Saya merasa amat bersyukur menerima bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kerana suami saya hanya berkerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan yang kecil,” ujarnya ketika di temui semasa program.

Manakala, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Petaling, M. Sujak M. Dasuki yang menyempurnakan majlis perasmian, dalam ucapannya menyarankan kepada penerima bantuan agar menggunakan bantuan yang diterima sebaiknya untuk keperluan menjelang Ramadan tidak lama lagi.

“Saya amat berharap bantuan yang diterima digunakan untuk perbelanjaan yang berfaedah dan tidak digunakan untuk perkara yang tidak baik seperti berjudi dan sebagainya terutamanya kepada mereka yang tinggal di daerah Petaling ini,” katanya.

Bantuan zakat yang dihulurkan kali ini adalah berupa wang tunai. Setiap asnaf fakir menerima  bantuan di antara RM600 sehingga  RM1,000 bagi satu keluarga bergantung kepada tanggungan. Manakala bagi asnaf miskin pula menerima bantuan antara RM550 sehingga RM1,000 bagi satu keluarga berdasarkan kepada tanggungan.

Berita Terkini