Utama Blog Halaman 109

SKUAD JEJAK KEMISKINAN

0

ZIKRA 2.0

0

KHATAN PERDANA

0

KENYATAAN AKHBAR: LZS SEDIA BANTU NUR’AIN

0

SHAH ALAM, 22 Mac 2012 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap berita yang tersiar di akhbar Sinar Harian pada 16 Mac 2012. Menurut berita berkenaan, Mohamad Sajari Ismail, 43 memerlukan bantuan bagi menampung kos rawatan susulan anaknya, Nur’ain Syafiqah, 8 yang mengalami kerosakan injap jantung.

Berdasarkan laporan, LZS telah pun menyalurkan beberapa bantuan kepada beliau, iaitu bantuan kos pembedahan jantung adik Nur’ain dan juga bantuan kos perubatan yang lain dengan jumlah lebih RM10,000.
LZS bersedia meneruskan bantuan-bantuan untuk kos rawatan susulan yang perlu dilalui oleh adik Nur’ain, berdasarkan permohonan yang diajukan beliau dari semasa ke semasa.

KENYATAAN AKHBAR: LZS AMBIL TINDAKAN SEGERA BANTU KELUARGA MISDAR

0

SHAH ALAM, 22 Mac 2012 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap berita yang tersiar di akhbar Sinar Harian pada 16 Mac 2012, Berita Harian dan Harian Metro pada 17 Mac 2012. Menurut berita berkenaan, pengadu yang bernama Masdar bin Marhusin, 81 dan pasangannya serta anak lelaki mereka, tinggal di sebuah pondok dan amat memerlukan bantuan, khususnya sebuah rumah baharu yang lebih sempurna.

Sehubungan itu, LZS telah mengambil tindakan segera dengan menghantar pegawai pada hari yang sama ke rumah beliau. Hasilnya, LZS mendapati bahawa, beliau pernah berdaftar sebagai asnaf miskin di bawah LZS pada tahun 2008 hingga 2010 di daerah Kuala Langat.

Dalam tempoh tersebut, antara bantuan yang diterima beliau ialah, bantuan sewa rumah (RM220 sebulan), bantuan kewangan (RM250 sebulan) dan bantuan persiapan menyambut Ramadan dan hari raya. Walau bagaimanapun, semasa bancian semula asnaf dilakukan pada tahun 2010, beliau telah berpindah tanpa sebarang pemakluman kepada pihak LZS. Akibatnya, pembanci gagal mengesan beliau.

Lanjutan daripada laporan media, pada 16 Mac lalu, pihak LZS telah mengambil tindakan segera dengan memindahkan beliau ke Desa Ehsan Merbau Berdarah, sebuah penempatan berkelompok fakir dan miskin. LZS juga akan menyambung kembali bantuan-bantuan zakat yang pernah disalurkan kepada beliau sebelum ini bermula bulan ini. Dalam masa yang sama, LZS juga akan menguruskan untuk membina rumah untuk keluarga ini di atas tanah isteri Masdar, Zaharah Abdul Rahman di Bagan Terap.

RM660,000.00 ZAKAT KEPADA 38 PERTUBUHAN ISLAM BUKAN RAJAAN (NGO)

0

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini menyerahkan bantuan zakat dalam bentuk geran berjumlah RM660,000 kepada 38 pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Ia bertujuan untuk melancarkan operasi badan tersebut dan merupakan tambahan kepada RM658,000 yang telah diserahkan sebelum ini.

Antara NGO yang menerima bantuan zakat ini termasuklah Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Selangor, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Selangor, serta Yayasan Amal Malaysia (YAMS) Selangor. Turut menerima Persatuan Sahabat Hospital Selangor dan Muslim Care Malaysia Society dengan kesemua NGO ini menerima bantuan sebanyak RM20,000.

Setiap tahun LZS menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pertubuhan dakwah dan NGO Islam menjalankan pelbagai kegiatan dakwah. Ia demi memastikan kelangsungan dakwah Islam khususnya di Selangor berjalan lancar. Bantuan ini juga dapat membantu organisasi dakwah khususnya dari kalangan saudara baru atau mualaf.

Penyerahan bantuan zakat ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof kepada Setiausaha MAIS, Mohd Haniff Hassan

Berita Terkini