Permohonan Bait Al-Hasanah
Utama Permohonan Bait Al-Hasanah
Pengenalan
Bait Al-Hasanah telah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Lembaga Zakat Selangor.
Ia merupakan salah satu usaha Lembaga Zakat Selangor bagi membantu anak-anak asnaf fakir miskin berjaya dalam pelajaran dengan menyediakan suasana yang kondusif untuk belajar.
Bait Al-Hasanah diharap dapat membantu anak asnaf dari kumpulan generasi kedua asnaf fakir miskin untuk membentuk ke arah masa hadapan yang lebih baik.
Objektif
- Memberi perlindungan, bimbingan, pembangunan diri dan didikan kepada anak-anak asnaf.
- Menjaga kebajikan anak-anak asnaf yang ditempatkan di bawah institusi LZS.
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sahsiah akademik dan ko kurikulum
- Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang baik serta kondusif.
Syarat-syarat Permohonan
- Permohonan adalah dengan MUAT TURUN borang yang disediakan dan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
- Permohonan hendaklah dihantar ke Cawangan Lembaga Zakat Selangor yang terdekat dengan tempat tinggal anda.
- Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Pelajar berumur 10 tahun hingga 17 tahun.
- Terbuka kepada anak asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor
- Kekosongan adalah terhad.
- Pengambilan Pelajar Baru di Bait Al-Hasanah ini adalah bermula Mac 2022.
Muat Turun Borang Permohonan
Bil | Borang | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Borang Permohonan Bait Al-Hasanah | Muat Turun Borang |