Wakalah

Utama Wakalah

Apa Itu WAKALAH?

Wakalah ialah satu inisiatif oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang memberi peluang kepada pembayar zakat (Muzakki) untuk menjadi wakil agihan zakat.

Melalui program ini, Muzakki boleh mengagihkan sendiri sebahagian daripada zakat yang telah ditunaikan kepada golongan asnaf yang layak, berpandukan syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh LZS.

Kadar Kelayakan Wakalah

Kadar wakalah yang diluluskan adalah bergantung kepada jumlah bayaran zakat dalam tempoh setahun.

Untuk Individu & Syarikat:

Untuk Majikan (Potongan Gaji - SPG):

Had Permohonan (Kombinasi Wakalah)

Sekiranya sesebuah syarikat atau majikan:
  • Membayar Zakat Perniagaan, dan
  • Menguruskan bayaran zakat kakitangan melalui Skim Potongan Gaji (SPG),

  • mereka dibenarkan untuk memohon kedua-dua jenis wakalah dalam tahun yang sama, iaitu:

    1. Wakalah Zakat Perniagaan, dan
    2. Wakalah Majikan (SPG)
Setiap permohonan akan dinilai secara berasingan mengikut syarat dan peratusan kelayakan masing-masing.

Panduan Permohonan Wakalah

  1. Muat turun Borang Permohonan Wakalah Agihan Zakat daripada laman web rasmi LZS.
  2. Isi borang oleh pemohon, waris, atau wakil yang sah.
  3. Lengkapkan semua maklumat dan perakuan yang diperlukan.
  4. Emelkan borang dan dokumen lengkap ke: wakalah@zakatselangor.com.my

Panduan Pengagihan kepada Asnaf

Lampiran yang diperlukan

  1. Borang Laporan Wakalah Agihan.
  2. Surat permohonan (jika berkenaan)
  3. Surat jawatankuasa zakat (syarikat/majikan)
  4. Laporan pengagihan lepas (jika berkenaan) .
Jenis BorangMuat Turun
Borang Wakalah Agihan Zakat Muat Turun