SYARAT AM
Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU
- Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU
- Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor.
DERMASISWA YANG DITAWARKAN
- Pengajian Pengajian Islam/Bahasa Arab (Mesir)
- Pengajian Ulumul Islamiah (Mesir)
- Pengajian Pengajian Islam (Jordan)
- Pengajian Bahasa Arab (Jordan)
DOWNLOAD BORANG DERMASISWA KHAS
Sila Download borang Dermasiswa Khas Zakat di bawah. Semua permohonan hendaklah dihantar sebelum : STAM (12 Februari 2020). SPM (3 April 2020).
Download Borang Biasiswa Mesir 2020
Download Borang Biasiswa Jordan 2020
Download Borang Pengesahan Kesihatan
CARA MEMOHON DERMASISWA KHAS
- Muatturun borang dari pautan yang disediakan.
- Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja.
- Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2020/2021 sahaja akan diproses.
- Bagi Dermasiswa Zakat, setiap pemohon akan dinilai berdasarkan pengiraan had kifayah yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
- Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
- Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
- Tarikh Tutup Permohonan: STAM (12 Februari 2020). SPM (3 April 2020)
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Unit Pengajian Tinggi,Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 3, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
IKLAN DERMASISWA