Zakat Selangor, Mara Meterai Mou Perkasa Pendidikan Asnaf

SHAH ALAM, 12 Mac 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas peluang serta akses pendidikan berkualiti kepada pelajar asnaf di Selangor. Pertukaran dokumen MoU tersebut disempurnakan secara simbolik sempena Majlis Iftar Bersama Muzakki dan Penyerahan Zakat Ramadan 2026 (IMTIYAZ) yang berlangsung di sini hari […]

DYMM Sultan Selangor Terima Zakat Perniagaan, Sampaikan Sumbangan Kepada 510 Asnaf

SHAH ALAM, 9 Mac 2026 — Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada syarikat korporat sempena Majlis Ihya Ramadan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat yang berlangsung di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, di sini hari ini. Antara syarikat yang menunaikan zakat perniagaan ialah CIMB Islamic Bank Berhad […]

Maklum Balas Zakat Selangor: Pembayaran Zakat Melalui Platform ZPay

SHAH ALAM, 6 Mac 2026 — Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mengambil maklum perbincangan di ruang awam berhubung dakwaan pelantikan syarikat milik bukan Islam sebagai ejen kutipan zakat menerusi platform digital ZPay. Zakat Selangor memahami keprihatinan masyarakat dalam perkara berkaitan zakat dan menghargai perhatian yang diberikan terhadap tadbir urus institusi ini. Sehubungan itu, penjelasan berikut […]

DYTM Raja Muda Selangor Terima Bayaran Zakat Perniagaan Hampir RM9.84 Juta

CYBERJAYA, 4 Mac 2026 — Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah hari ini berangkat mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Majlis Ihya Ramadan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, bagi menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah hampir RM9.84 juta daripada enam syarikat korporat. Pintas Utama […]

2,483 Penolong Amil Fitrah Selangor Ikuti Latihan Hadapi Ramadan 2026

SHAH ALAM, 29 Januari 2026 – Seramai 2,483 Ketua dan Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh Selangor mengikuti Bengkel Gerak Kerja Pengurusan Fitrah anjuran Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) sebagai persediaan menghadapi Ramadan 2026. Bengkel yang berlangsung dari 24 Januari hingga 11 Februari itu melibatkan PAF yang akan bertugas di lebih 460 masjid dan surau di […]

DYMM Sultan Selangor Berkenan Sampaikan Sumbangan Raya Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 24 Februari 2026 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj  berkenan menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya berjumlah RM264,500 kepada 529 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf di daerah ini semasa Majlis Ihya Ramadan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak […]

Kadar Zakat Fitrah Selangor 2026 Ditetapkan RM8, RM16 & RM25

SHAH ALAM, 13 Februari 2026 – Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Selangor untuk Ramadan 1447H/2026M ditetapkan pada RM8.00, RM16.00 dan RM25.00 seorang selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Penetapan kadar tersebut dibuat berdasarkan harga semasa beras di pasaran serta timbangan […]

Zakat Selangor Salur Bantuan Ramadan & Hari Raya RM35.98 Juta Kepada 78,656 Asnaf Fakir, Miskin Dan Mualaf

KLANG, 11 Februari 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM35,983,800 kepada 78,656 ketua keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor bagi membantu golongan tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini. Simbolik penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Timbalan Mufti Selangor, Dato’ Dr. Miszairi Sitiris kepada 60 penerima bantuan […]

Zakat Selangor Bantu Keluarga Mangsa Kebakaran di Kuala Langat

KUALA LANGAT, 9 Februari 2026– Zakat Selangor menyalurkan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga di Kampung Seri Cheeding, Kuala Langat yang terjejas akibat kebakaran rumah sewa. Bantuan awal tersebut disampaikan bersama Penolong Amil Kariah Masjid Nur Hidayah Kampung Seri Cheeding sebagai langkah segera meringankan beban keluarga yang terkesan akibat tragedi berkenaan. Hasil bancian awal mendapati terdapat ahli keluarga yang […]

Zakat Selangor Raih Pengiktirafan Serantau di Indonesia Fundraising Award 2025

SHAH ALAM, 30 Januari 2026 – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Fundraising oleh Lembaga Zakat Asia Tenggara Terbaik pada Majlis Penganugerahan Indonesia Fundraising Award (IFA) 2025 yang berlangsung di Lorin Hotel Sentul, Bogor, Indonesia pada 27 Januari lalu. Pengiktirafan serantau anjuran Institut Fundraising Indonesia (IFI) itu diberikan atas kecemerlangan pengurusan dan pelaksanaan strategi […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor