Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) merupakan bantuan tajaan pendidikan tinggi yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) kepada pelajar asnaf yang layak bagi menyokong kelangsungan pengajian di institusi yang diiktiraf. Bantuan ini merangkumi komponen tajaan tertentu yang meliputi yuran pengajian serta bantuan keperluan pendidikan yang ditetapkan selaras dengan garis panduan agihan zakat LZS.
Portal Pendidikan ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengemukakan permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT), Bantuan Persediaan Masuk IPT dan Bantuan Wang Saku secara atas talian. Portal ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan tajaan pengajian yang sebelum ini diproses secara manual melalui Cawangan LZS sejak bantuan ini diperkenalkan.
Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat mengemukakan permohonan bantuan dari mana-mana lokasi menggunakan komputer atau telefon pintar. Usaha ini sejajar dengan perkembangan sistem agihan zakat LZS yang kini bergerak ke arah digitalisasi. Diharapkan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar asnaf LZS dalam menuntut ilmu di peringkat pengajian tinggi, sekali gus membantu mereka dan keluarga keluar daripada belenggu kemiskinan melalui kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Portal Pendidikan LZS merupakan medium bagi permohonan Surat Tajaan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT), permohonan Bantuan Persediaan Masuk IPT dan permohonan bantuan wang saku (permohonan kali pertama) kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang telah berdaftar dengan LZS untuk melanjutkan pengajian mereka di IPT.
Portal Pendidikan ini dilancarkan (go live) bermula 30/11/2019 bersamaan hari Sabtu.
Portal ini hanya boleh diakses oleh pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang berdaftar dengan LZS ketika permohonan dibuat.
Portal ini boleh dilayari di alamat laman web https://pendidikan.zakatselangor.com.my. Portal ini boleh diakses melalui komputer, komputer riba dan telefon pintar.
Portal Pendidikan ini menawarkan permohonan Surat Tajaan BDPT (Bantuan Yuran Pengajian IPT), Bantuan Persediaan Masuk IPT dan Bantuan Wang Saku (bagi pelajar BDPT sedia ada).
Tidak. Terdapat permohonan bantuan pendidikan peringkat pengajian tinggi LZS yang masih kekal permohonannya secara manual di Cawangan LZS. Senarai bantuan tersebut adalah seperti berikut:
Tidak. Permohonan surat tajaan BDPT di Cawangan LZS sebelum ini telah di tamatkan berkuatkuasa 30/11/2019 dan permohonan tajaan BDPT ini sepenuhnya menggunakan Portal Pendidikan secara atas talian.
Untuk langkah-langkah mendaftar akaun kali pertama di Portal Pendidikan LZS, pemohon perlu merujuk Manual Pengguna Pemohon yang disediakan di dalam Portal Pendidikan. Selepas pendaftaran berjaya, pemohon akan dapat mengakses dan membuat permohonan.
Pengemaskinian kedua-dua maklumat ini adalah penting bagi penyaluran bantuan yang layak ke dalam akaun bank pemohon dan pemakluman status permohonan kepada pemohon.
Setiap pemohon dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian berikut:
Pemohon akan layak mendapat Bantuan Persediaan Masuk IPT sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian seperti dinyatakan di atas apabila membuat permohonan pada tahap pengajian berikut:
Boleh. Permohonan anda akan dipulangkan semula kepada pemohon di dalam portal dengan status Return sekiranya maklumat dan lampiran dokuman permohonan anda didapati tidak tidak betul, tidak tepat dan tidak jelas dan anda boleh menghantar semula permohonan anda (peluang Return ini diberikan sekali sahaja bagi setiap permohonan). Sekiranya maklumat dan lampiran permohonan masih tidak tidak betul, tidak tepat dan tidak jelas pada permohonan yang dihantar semula, permohonan tersebut akan digagalkan dan pemohon hendaklah membuat permohonan yang baru. Walaubagaimapun, terdapat permohonan gagal yang tidak boleh dipohon semula dengan sebab-sebab seperti berikut:
Pemohon boleh membuat pengemaskinian semula Kata Laluan dengan menekan butang “LUPA KATA LALUAN?” di Portal Pendidikan dan masukkan emel pemohon serta ikuti langkah-langkah seterusnya. Langkah ini boleh di rujuk di dalam Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Kata Laluan sementara akan dihantar ke emel pemohon untuk log masuk ke portal dan seterusnya pemohon boleh membuat pengemaskinian semula Kata Laluan.
Pemohon boleh membuat permohonan pada bahagian Bantuan > Permohonan dan Rekod Bantuan > Permohonan Baru dan langkah seterusnya boleh dirujuk di Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat dan lampiran dokumen yang diperlukan dengan betul setiap bahagian berikut sebelum menghantar permohonan:
Tempoh kelulusan permohonan ini adalah bedasarkan kepada jumlah yuran sepanjang pengajian yang dipohon merujuk kepada kategori berikut:
Setelah permohonan diluluskan, pemohon boleh mencetak surat tajaan BDPT dan pelajar boleh mendaftar ke IPT sebagai pelajar tajaan LZS.
Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pemohon dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas pemohon bersetuju meneriwa tawaran penajaan BDPT LZS di Portal Pendidikan.
Pemohon diberikan tempoh masa empat belas (14) hari bekerja untuk menerima/menolak tawaran. Permohonan akan automatik digagalkan jika tiada sebarang jawapan ke atas tawaran BDPT yang melebihi tempoh tersebut.
Tidak boleh. BDPT ini tidak boleh dipohon semula setelah pemohon menolak tawaran tajaan kerana pemohon yang menolak tawaran dikira tidak berminat atau telah mendapat tawaran pinjaman/tajaan pihak lain.
Ya. Bagi pemohon yang mempunyai sebab yang munasabah/kritikal dan tertakluk kepada pelajar semester satu (1) sahaja, mereka boleh membuat rayuan untuk pertukaran IPT/Program Pengajian di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah menekan butang TUKAR PENGAJIAN pada permohonan yang terlibat dan ikuti langkah seperti di dalam Manual Pengguna. Rayuan pertukaran ini hanya dibenarkan sekali sahaja dengan mengikut syarat yang ditetapkan LZS.
Ya. Pemohon akan diberikan notifikasi melalui emel bagi setiap jenis aktiviti seperti berikut:
Tidak boleh. Pemohon hendaklah membuat pendaftaran dan permohonan bagi diri sendiri. Pihak LZS tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesilapan/kesalahan maklumat/lampiran dokumen yang boleh menyebabkan permohonan anda gagal kesan daripada menggunakan pihak ketiga bagi tujuan tersebut.
Sebarang pertanyaan dan panduan, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.
1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
2. Mendapat tawaran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Rakan Kolaborasi yang yang melibatkan IPTS dan penyedia perkhidmatan lain yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
3. Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) yang merangkumi Wang Saku, Buku Rujukan, Penginapan serta Alatan Pembelajaran boleh dilengkapkan terlebih dahulu melalui agensi penaja pendidikan yang bersesuaian.
4. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT).
BDPT merupakan bantuan tajaan pendidikan tinggi yang disediakan oleh LZS kepada pelajar asnaf yang layak bagi menyokong kelangsungan pengajian di institusi yang diiktiraf. Bantuan ini merangkumi komponen tajaan tertentu (yang meliputi yuran pengajian serta bantuan keperluan pendidikan) yang ditetapkan selaras dengan garis panduan agihan zakat LZS.
Bagi pengambilan tahun 2026, permohonan BDPT akan dibuka mengikut tempoh yang ditetapkan berdasarkan jadual kemasukan institusi pengajian. Kaedah penajaan BDPT dilaksanakan melalui pendekatan pembiayaan bersama (dual financing), di mana LZS menanggung komponen utama tajaan yang ditetapkan, manakala pelajar boleh melengkapkan keperluan kos pengajian melalui agensi penaja pendidikan yang diiktiraf. Pendekatan ini bertujuan memastikan bantuan pendidikan dapat disalurkan secara lebih mampan serta memberi peluang kepada lebih ramai pelajar asnaf untuk melanjutkan pengajian.
Permohonan BDPT dibuka mengikut tempoh tertentu bagi menyelaras dengan jadual kemasukan institusi pengajian serta memastikan proses penilaian dan kelulusan dapat dilaksanakan secara lebih teratur.
Kaedah ini melibatkan pelajar asnaf LZS yang memohon kemasukan ke:
Permohonan bagi kategori Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) / TVET masih dibuka sepanjang tahun.
Bermula tahun 2026, BDPT akan dibuka merujuk kepada tempoh berikut:
Nota: LZS berhak untuk mengubah tarikh-tarikh di atas mengikut perkembangan semasa.
Bagi kategori TVET, permohonan dibuka sepanjang tahun bagi menyokong agenda pembangunan kemahiran serta memberi peluang kepada pelajar yang memilih laluan pendidikan kemahiran untuk meneruskan pengajian tanpa terikat kepada tempoh tertentu.
Di bawah BDPT 2026, kaedah penajaan dilaksanakan melalui pendekatan pembiayaan bersama (dual financing) dengan perincian seperti berikut:
1.LZS membiayai Yuran Pengajian (Tuition Fees), Elaun Persediaan Kemasukan IPT serta Tiket Penerbangan (jika berkenaan) bagi pelajar yang layak dan menerima tawaran pengajian; dan
2.Komponen Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) yang merangkumi Wang Saku, Buku Rujukan, Penginapan serta Peralatan Pembelajaran boleh dilengkapkan melalui agensi penaja pendidikan yang bersesuaian.
Antara agensi penaja pendidikan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:
a) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
b) Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK);
c) Majlis Amanah Rakyat (MARA); atau
d) Agensi atau institusi penaja lain yang bersesuaian dengan program pengajian.
Bagi melengkapkan keperluan kos pengajian, pelajar hendaklah mendapatkan pembiayaan daripada agensi penaja pendidikan yang bersesuaian terlebih dahulu. Permohonan BDPT LZS akan diproses setelah pelajar memenuhi keperluan tersebut, tertakluk kepada syarat dan garis panduan yang ditetapkan.
Kaedah penajaan BDPT secara bertempoh dan pembiayaan bersama akan dilaksanakan bagi pengambilan tahun 2026. Permohonan BDPT akan dibuka bermula bulan April 2026, tertakluk kepada kesiapsiagaan Portal Pendidikan LZS, termasuk bagi kategori TVET.
Tidak. Pelajar sedia ada yang telah menerima kelulusan tajaan BDPT masih boleh membuat permohonan wang saku sepanjang tahun melalui Portal Pendidikan LZS seperti biasa.
Ya. LZS akan meneruskan tajaan kepada semua pelajar sedia ada di IPTS dan ILKS yang telah menerima kelulusan BDPT sehingga tamat tempoh pengajian masing-masing, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Terdapat 3 kategori institusi pendidikan yang terlibat seperti berikut:
1.Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
2.Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
3.Rakan Kolaborasi (RK) yang melibatkan IPTS dan penyedia perkhidmatan pendidikan lain yang diluluskan oleh LZS.
Maklumat dan pemakluman berkaitan permohonan BDPT akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui:
– Landing Page Portal Pendidikan LZS.
– Laman web rasmi LZS.
– Media sosial rasmi LZS.
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diajukan kepada:
Talian Zakat Selangor
1300-88-4343
Portal Pendidikan LZS merupakan medium bagi permohonan Surat Tajaan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT), permohonan Bantuan Persediaan Masuk IPT dan permohonan bantuan wang saku (permohonan kali pertama) kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang telah berdaftar dengan LZS untuk melanjutkan pengajian mereka di IPT.
1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
2. Permohonan Wang Saku adalah kali pertama dan penyambungan wang saku.
3. Telah lulus BDPT dan proses penerimaan tawaran BDPT telah dibuat.
4. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Wang Saku Kali Pertama.
Fungsi Portal Pendidikan LZS diperluaskan dengan membuka akses bagi Permohonan Bantuan Wang Saku bagi pelajar BDPT sedia ada (permohonan BDPT yang telah diluluskan sehingga 31 Mac 2026).
Permohonan Bantuan Wang Saku di Portal Pendidikan LZS ini dilancarkan (go live) bermula 30/09/2025 bersamaan hari Selasa secara pilot.
Permohonan bantuan wang saku ini boleh dipohon oleh asnaf Fakir, Miskin & Mualaf berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan memenuhi syarat seperti berikut:
Permohonan Wang Saku kali pertama adalah dimana permohonan dibuat kali pertama bagi bagi setiap peringkat pengajian berikut:
Ya. Terdapat perbezaan dimana permohonan Wang Saku kali pertama akan diproses dan diluluskan berdasarkan kepada tarikh permohonan yang dihantar oleh pemohon manakala permohonan Wang Saku kali ke dua dan seterusnya akan melayakkan pemohon mendapat bantuan Wang Saku penuh setiap semester/tahap.
Tidak. Permohonan Wang Saku kali kedua dan seterusnya boleh memohon melaui Portal Pendidikan seperti Wang Saku Kali Pertama.
Pemohon boleh membuat permohonan pada bahagian Wang Saku > Permohonan Wang Saku > + Mohon Wang Saku dan langkah seterusnya boleh dirujuk di Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat dan lampiran dokumen yang diperlukan dengan betul setiap bahagian berikut sebelum menghantar permohonan:
Kadar Bantuan Wang Saku adalah RM400 setiap bulan dan bantuan akan diberikan secara sekaligus (Lump Sum) bagi setiap semester/tahap yang dipohon.
Permohonan ini akan diproses dan diluluskan di dalam tempoh lapan (8) hari bekerja mengikut manual kelulusan LZS
Ya. Bantuan ini perlu dipohon pada setiap permulaan semester/tahap bagi LZS melihat kelayakan setiap pelajar yang memenuhi syarat.
Sebarang pertanyaan dan panduan, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.