Pengenalan
Portal Pendidikan ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian. Ia sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter LZS sejak bantuan ini mula diperkenalkan.
Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar. Ia sejajar dengan perkembangan agihan zakat di LZS yang kini menuju ke era digitalisasi. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar asnaf LZS dalam mendapatkan pendidikan peringkat pengajian tinggi seterusnya mengeluarkan diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan melalui kecemerlangan pendidikan.
Objektif
Memberikan kemudahan dan akses secara atas talian kepada pemohon untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian) dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian melalui Portal Pendidikan.
Pemohon dapat menyemak status bantuan yang dipohon dari semasa ke semasa melalui Portal Pendidikan.
Maklumat dan syarat berkaitan bantuan yang dipohon akan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci.