LZS Sumbang RM2.0 Juta Imarahkan Masjid Dan Surau Sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 8 April 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan RM2.0 juta kepada 492 masjid dan surau bersempena Program Ihya’ Ramadan Masjid dan Surau Negeri Selangor. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, daripada jumlah itu sebanyak 262 masjid masing-masing akan menerima sumbangan maksimum sehingga RM5,000, manakala 230 surau lagi […]
LZS Mula Agih Bantuan Ramadan & SyawaL RM28.6 Juta Kepada 62,769 Asnaf Fakir, Miskin Dan Mualaf

SHAH ALAM, 29 Mac 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mula mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM28,637,750 kepada 62,769 penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor bagi membantu golongan tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini. Simbolik penyerahan bantuan ini disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri […]
LZS Lancar Modul Bersepadu Baitus Salam

SHAH ALAM, 30 Mac 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Modul Bersepadu Baitus Salam yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Baitus Salam, Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dalam satu majlis yang diadakan di sini. Modul yang mendapat kerjasama dari Institut Kajian Zakat Malaysia (IkaZ), Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini […]
Mohd Sabirin Diumum CEO Baharu LZS

SHAH ALAM, 1 April 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumumkan pelantikan Mohd Sabirin Mohd Sarbini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa 1 April 2022. Pelantikan Mohd Sabirin adalah bagi menggantikan Saipolyazan M. Yusof yang menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 24 Mac lalu. Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari […]
LZS Terima Zakat Perniagaan Mcdonald’s Malaysia RM600 Ribu

KUALA LANGAT, 28 Mac 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan daripada Mc Donald’s Malaysia berjumlah RM600 ribu dalam satu majlis yang diadakan di sini. Bayaran zakat perniagaan ini diserahkan oleh Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi kepada Ketua Divisyen Kutipan, Muhd Fikri […]
Zakat Fitrah Negeri Selangor RM7.00

SHAH ALAM, 28 Mac 2022 – Kadar Zakat Fitrah di Negeri Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan sebanyak RM7.00 seorang. Penetapan kadar zakat fitrah RM7.00 adalah berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh masyarakat di Selangor. Walau bagaimanapun, Lembaga Zakat Selangor (LZS) amat menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan […]
LZS Sumbang Pembelian Peralatan Pengukuran Arah Kiblat

SHAH ALAM, 11 Mac 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan sumbangan bagi pembelian peralatan pengukuran arah kiblat Global Navigation Satellite System (GNSS) untuk Jabatan Mufti Negeri Selangor bernilai RM37,000 dalam satu majlis yang diadakan di sini. GNSS merupakan alat pengukur berpandukan satelit dan Sistem Penentududukan Sejagat (Global Positioning System – GPS) yang […]
LZS Terima Zakat Perniagaan Dan Zakat Pendapatan RM26.6 Juta

SHAH ALAM, 24 Februari 2022 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lapan syarikat korporat dan zakat pendapatan daripada lima orang pengeluar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM26,638,614.06 dalam satu upacara di Istana Bukit Kayangan di sini. Central […]
38 Pelajar Orang Asli Terima Manfaat Kasihku Zakat Selangor

HULU LANGAT, 9 Februari 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menyerahkan 38 buah telefon pintar kepada pelajar asnaf di perkampungan orang asli daerah Hulu Langat dalam satu program penyerahan Kasihku Zakat Selangor yang diadakan di sini. Sumbangan tersebut adalah agihan semula yang disalurkan kepada 38 […]
LZS Cawangan Subang Jaya Kini Beroperasi di Masjid Darul Ehsan

SUBANG JAYA, 11 Februari 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Subang Jaya berpindah ke lokasi baharu bertempat di Masjid Darul Ehsan bermula 11 Februari 2022, berikutan penutupan cawangan Subang Jaya di Wisma Dicor yang pada 4 Februari lalu. LZS cawangan Subang Jaya ini akan beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat […]
