25 Keluarga Dikesan Sebagai Asnaf Baru Daerah Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 1 September 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesan seramai 25 keluarga sebagai asnaf baru bagi daerah Hulu Selangor dalam operasi Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) yang diadakan melibatkan dua buah pangsapuri di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung baru-baru ini. Secara keseluruhan seramai 42 ketua keluarga telah disiasat dan dibanci menerusi operasi ini […]
Mahrajan Amal Islami: Platform Lahir Pendakwah Mualaf Berkaliber

SHAH ALAM, 17 Ogos 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menghantar sembilan peserta mualaf mewakili Negeri Selangor bagi menyertai Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM) Besut Terengganu bermula 18 Ogos hingga 19 Ogos 2022. Pelepasan para peserta disempurnakan oleh Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf, […]
15 Majikan Terima Penghargaan Iktiraf

SHAH ALAM, 27 Julai 2022 – Sebanyak 15 majikan menerima Pengiktirafan Muzakki (IKTIRAF) sebagai tanda penghargaan kerana bersama-sama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni golongan asnaf melalui komitmen menunaikan zakat pendapatan melalui Skim Potongan Gaji (SPG) dalam Majlis Mesra Majikan 2022 yang diadakan di sini. Majikan tersebut merupakan syarikat yang melaksanakan potongan zakat bulanan bagi kakitangannya […]
Karnival Kerjaya Jom Kerja LZS Tawar Lebih 6,000 Peluang Pekerjaan

SHAH ALAM, 6 Ogos 2022 – Karnival Kerjaya Jom Kerja Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2022 yang berlangsung hari ini, menawarkan lebih 6,000 peluang pekerjaan membabitkan 30 majikan daripada pelbagai sektor pekerjaan. Karnival sehari ini menawarkan peluang kerjaya khususnya kepada pencari kerja dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf yang […]
1,228 Asnaf Kini Bergelar Usahawan

SHAH ALAM, 26 Julai 2022 – Seramai 1,228 asnaf fakir dan miskin di Selangor kini menjadi usahawan berjaya dan memiliki perniagaan sendiri seterusnya menjadi pengeluar zakat. Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Dato’Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, bermula tahun 2013 hingga 2022 seramai 1,228 orang usahawan asnaf telah diberi latihan peniagaan dalam pelbagai […]
LZS Agihkan Daging Korban Kepada 300 Asnaf Fakir Dan Miskin Tiga Daerah

KLANG, 13 Julai 2022 – Sebanyak 13 ekor lembu dan empat ekor kambing dikorbankan dalam Program Korban Perdana 2022 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Kompleks Anak-Anak Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dikenali Bait Al-Hasanah di sini hari ini. Ia merupakan sumbangan dari syarikat pengeluar zakat Medkad Sdn Bhd, Persatuan Pengurusan Petronas Malaysia dan […]
LZS Lancarkan Bulan Taksir Zakat

SHAH ALAM, 23 Jun 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) bagi menggalakkan masyarakat mentaksir sendiri jumlah zakat perlu ditunaikan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dalam satu majlis di sini. Dengan tagline ‘Sempurnakan Zakatmu’, kempen BTZ yang […]
Permohonan Tajaan Pendidikan Dermasiswa LZS Ke Timur Tengah Dibuka
SHAH ALAM, 21 Jun 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (LZS) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia yang berkelayakan untuk memohon tajaan pendidikan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor bagi pengajian ke Timur Tengah. Tawaran itu terbuka kepada anak-anak Selangor yang berhasrat menyambung pengajian […]
LZS Hargai Jasa Guru Pembimbing Asnaf Mualaf

SHAH ALAM, 18 Jun 2022 – Seramai 182 orang Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM) diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Guru Mualaf 2020 yang disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Ahmad Shahir Makhtar di sini hari ini. Untuk makluman GPAM merupakan individu yang dilantik khusus oleh LZS bagi mendidik dan membimbing asnaf Mualaf […]
Teras Serah Zakat Perniagaan RM50,000

SHAH ALAM, 14 Jun 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan dari Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) berjumlah RM50,000.00 pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Strategik TERAS yang diadakan di sini. Bayaran zakat perniagaan itu diserahkan oleh Pengerusi TERAS, Dato’ Ibrahim Md. Yusof kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd […]
