LZS Terima Kunjungan Badan Amil Zakat Nasional

SHAH ALAM, 10 Mac 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima kunjungan daripada Badan Amil Zakat Nasional, Kabupaten Padang Pariaman, Indonesia. Kunjungan yang disertai  13 orang delegasi  yang diketuai Ketua Badan Amil Zakat Nasional Dr. Rahmat, Tk, Sulaiman dan disambut oleh Ketua Divisyen Kutipan, Muhd Fikri Naim Harun dan Ketua Jabatan Profilan & Pengurusan […]

14 Syarikat Korporat Tunai Zakat Lebih RM24 Juta

SHAH ALAM, 24 Februari 2023 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan dari 14 syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM24,017,551.11 dalam satu upacara yang diadakan di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini. Gas Malaysia Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad […]

Kempen Kongsi Rezeki Dengan 2.5% Galak Umat Islam Tunai Zakat Bantu Asnaf

SUBANG JAYA, 5 Disember 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Kempen Kongsi Rezeki dengan 2.5% bermula 15 November hingga 31 Disember bagi menggalakkan dan memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat sebelum akhir tahun ini. Kempen yang membawa tema ‘Sedikit Bagi Anda, Segalanya Buat Mereka’ bertujuan untukmengajak seluruh masyarakat yang layak menunaikan kewajipan […]

Zakat Selangor Peduli: LZS Peruntukan RM77.7 Juta Santuni Asnaf Dan Golongan Terkesan

SHAH ALAM, 5 Disember 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM77.7 juta menerusi 10 inisiatif bantuan di bawah Zakat Selangor Peduli (ZSP) bagi menyantuni asnaf dan golongan B40 serta M40 termasuk institusi di Selangor yang terkesan dengan cabaran pasca pandemik COVID-19 dan bencana banjir tahun lepas. Penyaluran agihan zakat secara bersasar […]

LZS Hargai Penolong Amil Selangor

SHAH ALAM, 12 November 2022 – Lembaga Zakat Selangor hari ini meraikan 200 penolong amil yang telah memberi komitmen dan sumbangan dalam memudahkan pengeluar zakat serta menyantuni golongan asnaf di Majlis Anugerah Ketua dan Penolong Amil Negeri Selangor 2021.   Mereka yang diraikan ini terdiri daripada ketua dan penolong amil kariah, padi dan fitrah yang […]

LZS Terima Kunjungan PPZ-MAIWP

SHAH ALAM, 19 Oktober 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima kunjungan kerja Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) ke ibu pejabat LZS di sini.  Kunjungan yang disertai tujuh wakil PPZ-MAIWP diketuai oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan disambut oleh Ketua Pengawai Eksekutif LZS, Mohd […]

Maklum Balas Permohonan Bantuan LZS Ditolak

SHAH ALAM, 11 November 2022 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan berita yang disiarkan di portal mStar bertajuk ‘Ke Hulu Ke Hilir, Duit Banyak Habis Demi Bantuan One-Off… Pelajar B40 Kecewa Permohonan Ditolak Sebab Sign Mencurigakan’ baru-baru ini. Menurut mStar, tular dakwaan di facebook berkenaan seorang penuntut di Institut Pengajian Tinggi […]

Barisan Pengurusan Tertinggi LZS Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

SHAH ALAM, 15 September 2022 –  Barisan Pengurusan Tertinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komitmen melaksanakan tugas dengan penuh amanah sekaligus meningkatkan iltizam menjauhkan penyalahgunaan kuasa terutamanya rasuah dalam satu program ringkas di sini. Lafaz ikrar ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini sambil […]

LZS Turun Padang Kesan Keluarga Memerlukan

KAJANG, 24 September 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) daerah Hulu Langat hari ini turun padang bagi mengesan keluarga yang memerlukan dan layak didaftarkan sebagai golongan asnaf seterusnya disantuni dengan manfaat zakat dalam program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) di sini. Ia melibatkan 45 keluarga di kariah Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota, Masjid Bandar Seri Putra […]

RM20 Juta Bantuan Pendidikan Melalui SPZAS

SHAH ALAM, 3 Oktober 2022 – Sebanyak RM20 juta agihan zakat diperuntukkan untuk bantuan pendidikan umat Islam di Selangor melalui Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) bagi sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mula dibuka hari ini secara dalam talian.   Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang  www.zakatselangor.com.my/spzas sehingga 3 Disember 2022 ini.   Ia […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor