LZS Sasar Rm2.2 Juta Kutipan Zakat Pdrm Selangor Melalui Skim Potongan Gaji

SHAH ALAM, 23 Januari 2026 — Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM2.2 juta daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor bagi tahun 2026, dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan pelaksanaan skim potongan gaji sebagai kaedah pembayaran zakat yang lebih konsisten, sistematik dan berterusan. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran tersebut […]
LZS Seru Umat Islam Tunaikan Zakat Sebelum Hujung Tahun

SHAH ALAM, 24 Disember 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyeru umat Islam agar segera menunaikan kewajipan zakat menjelang penutupan tahun 2025 yang berbaki hanya beberapa hari lagi. Seruan itu dibuat menerusi kempen khas “Rezeki Dikongsi, Impak Dirasa” yang berlangsung sehingga 31 Disember 2025, dengan cabutan khas hujung tahun disediakan sebagai ganjaran kepada pembayar zakat. […]
LZS Sediakan Peruntukan Zakat RM36.5 Juta Biayai Persiapan Persekolahan 85,336 Pelajar Asnaf Bagi Sesi 2026

CYBERJAYA, 18 Disember 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM36.5 juta bagi membiayai persiapan persekolahan 85,336 pelajar asnaf di seluruh negeri Selangor, sebagai persediaan awal menghadapi sesi persekolahan baharu yang bermula Januari hadapan. Bantuan ini disalurkan melalui 39,240 ketua keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf yang masing-masing menerima bantuan yuran persekolahan […]
56 Syarikat Tunaikan Zakat Perniagaan RM22.15 Juta

SHAH ALAM, 16 Disember 2025 – Sebanyak 56 syarikat tampil menunaikan tanggungjawab berzakat dengan jumlah keseluruhan RM22.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) 2025, sekali gus mencerminkan komitmen sektor korporat dalam mengembalikan hak asnaf menjelang penghujung tahun. Dherbs Holdings Sdn. Bhd. mendahului senarai syarikat dengan bayaran […]
LZS Anjur Piala Muzakki Bola Sepak Empat Penjuru

SUBANG, 6 Disember 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Perlawanan Bola Sepak Empat Penjuru – Piala Muzakki LZS yang berlangsung di Stadium Mini, Pesada PLUS, Subang.Program sukan ini menghimpunkan empat pasukan terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad dan pasukan tuan rumah, LZS.Penganjuran perlawanan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim […]
Karnival Zakat Selangor 2025 Dirasmikan, LZS Lancar Kempen Impak Dirasa

SHAH ALAM, 29 November 2025 – Karnival Zakat Selangor 2025 mencapai kemuncaknya hari ini dengan perasmian oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Uda, yang turut melancarkan Kempen Impak Dirasa, inisiatif hujung tahun LZS bagi menggalakkan umat Islam menunaikan zakat sebelum berakhirnya 2025. Majlis yang berlangsung di […]
LZS dan KKM Bimbing Penerima Bantuan Ubah Cara Makan Demi Kesihatan Jangka Panjang

PUCHONG, 8 November 2025 – Lebih 200 penerima Bantuan Perubatan dan Dialisis Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyertai Program Perkhidmatan Dietetik Komuniti 2025 di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, yang memberi tumpuan kepada pendidikan pemakanan sihat dalam kalangan asnaf bagi mencegah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan obesiti. Program ini merupakan anjuran LZS dengan […]
LZS Perluas Kempen ‘Anda Hero Asnaf’ Bersama Warga Bomba Selangor

SHAH ALAM, 28 Oktober 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperluas pelaksanaan Kempen “Anda Hero Asnaf” kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor (JBPMNS) sebagai usaha meningkatkan kesedaran berzakat dalam kalangan anggota pasukan keselamatan serta menggalakkan pembayaran zakat secara konsisten melalui potongan gaji bulanan. Majlis yang berlangsung di Dewan Bakawali, JBPMNS Shah Alam itu […]
Program Komuniti “Jom Rewang” Dekatkan LZS Dengan Komuniti Setempat

SABAK BERNAM, 25 Oktober 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan komitmennya mendekati masyarakat melalui penganjuran Program Komuniti Kempen Impak Dirasa “Jom Rewang” yang berlangsung di Surau Ubudiah, Parit 10 Ban Kenal, Pasir Panjang, Sabak Bernam hari ini. Program berteraskan semangat gotong-royong tradisi Melayu ini menghimpunkan hampir 500 peserta daripada komuniti setempat. Ia menjadi platform […]
LZS Lancar Kempen ‘Anda Hero Asnaf’ Bersama Angkatan Tentera Malaysia

SHAH ALAM, 9 Oktober 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Kempen “Anda Hero Asnaf” sempena Program Taklimat Khas Zakat Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor di Masjid Negeri Shah Alam yang dihadiri lebih 400 anggota ATM dari seluruh Selangor. Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) ini […]
