Persoalan
Apakah hukum berzakat jika dimulakan/bermula dengan RM1 dengan tujuan berdakwah di kalangan anak muda khususnya pelajar sekolah rendah dan menengah?
Selain tujuan mendidik, kita terapkan aktiviti secara praktikal. Antaranya untuk menerima bayaran zakat (harta), akad dan doa selepas ceramah/taklimat zakat berlangsung.
Untuk makluman, LZS pernah menganjurkan program sebegini yang dinamakan Skim Ahlan pada 10 – 15 tahun yang lalu. Sebagai bayaran pengenalan awal zakat di kalangan pembayar baru/golongan muda.
Maklum Balas Dari Sekreteriat Dalaman Syariah
Inistiatif pelaksanaan Start with Seringgit (Program Amali di Sekolah) boleh dijalankan sebagai pengenalan awal terhadap kewajipan berzakat kepada golongan anak muda dari kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kajian mendapati bahawa individu yang menerima pendidikan agama secara formal atau tidak formal sejak kecil mempunyai kecenderungan mengamalkan cara hidup beragama apabila telah dewasa kelak.1
Zakat diwajibkan ke atas seseorang yang telah memenuhi lima syarat umum wajib zakat iaitu Islam, merdeka, mempunyai pemilikan sempurna terhadap harta, cukup nisab dan cukup haul. Setiap pemilikan harta berada di bawah penguasaan individu tertentu sepenuhnya, kecuali apabila terdapat padanya halangan dari sudut syarak. Contohnya pemilik harta adalah orang yang tidak boleh mengurus harta dengan baik seperti kanak-kanak dan orang gila. Dalam keadaan ini, wali atau penjaga atau mana-mana individu atau institusi yang diberi hak penjagaan oleh undang-undang akan mengambil tugas mentadbir harta tersebut.2
Dalam urusan zakat, harta kanak-kanak dan orang gila yang telah mencukupi syarat, wajib tanpa khilaf pada Syafi’iyah dikeluarkan zakat dan diwajibkan kepada wali atau penjaga untuk mengeluarkan zakat daripada harta kanak-kanak dan orang gila tersebut.3
Ini juga adalah pandangan Jumhur fuqaha (al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan al-Hanabilah).4
Golongan anak muda yang telah memenuhi lima syarat umum wajib zakat hendaklah mengeluarkan zakat mengikut kadar 2.5% daripada keseluruhan harta, sama ada dibayar melalui wali / penjaga atau dibayar sendiri.
Walau bagaimanapun, tiada halangan sekiranya mana-mana individu yang tidak mencukupi syarat nisab dan haul ingin membuat pembayaran zakat dengan syarat, pembayaran tersebut dibuat secara sukarela oleh pembayar sepertimana hadis daripada Haritsah bin Mudharrib:
عَنْ حَارِثَةَ بْنِ مُضَرِّبٍ قَالَ: جَاءَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ إِلَى عُمَرَ، فَقَالُوا: إِنَّا قَدْ أَصَبْنَا أَمْوَالًا: خَيْلًا، وَرَقِيقًا، نُحِبُّ أَنْ يَكُونَ لَنَا فِيهَا زَكَاةٌ وَطَهُورٌ، فَقَالَ: «مَا فَعَلَهُ صَاحِبَايَ قَبْلِي، فَأَفْعَلُهُ» ، فَاسْتَشَارَ أَصْحَابَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَفِيهِمْ عَلِيٌّ، فَقَالَ عَلِيٌّ: «هُوَ حَسَنٌ إِنْ لَمْ تَكُنْ جِزْيَةً يُؤْخَذُونَ بِهَا رَاتِبَةً» . قَالَ أَبُو بَكْرٍ: «فَسُنَّةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَنْ لَيْسَ فِي أَرْبَعٍ مِنَ الْإِبِلِ صَدَقَةٌ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ رَبُّهَا، وَقَوْلُهُ فِي الْغَنَمِ، فَإِذَا كَانَتْ سَائِمَةُ الرَّجُلِ نَاقِصَةً مِنْ أَرْبَعِينَ شَاةً شَاةٌ وَاحِدَةٌ، فَلَيْسَ فِيهَا صَدَقَةٌ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ رَبُّهَا، وَفِي الرِّقَّةِ رُبْعُ الْعُشْرِ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ إِلَّا تِسْعِينَ وَمِائَةٍ، فَلَيْسَ فِيهَا صَدَقَةٌ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ رَبُّهَا، دَلَالَةٌ عَلَى أَنَّ صَاحِبَ الْمَالِ إِنْ أَعْطَى صَدَقَةً مِنْ مَالِهِ، وَإِنْ كَانَتِ الصَّدَقَةُ غَيْرَ وَاجِبَةٍ فِي مَالِهِ، فَجَائِزٌ لِلْإِمَامِ أَخْذُهَا إِذَا طَابَتْ نَفْسُ الْمُعْطِي، وَكَذَلِكَ الْفَارُوقُ لَمَّا أَعْلَمَ الْقَوْمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَالصِّدِّيقَ قَبْلَهُ لَمْ يَأْخُذَا صَدَقَةَ الْخَيْلِ وَالرَّقِيقِ، فَطَابَتْ أَنْفُسُهُمْ بِإِعْطَاءِ الصَّدَقَةِ مِنَ الْخَيْلِ وَالرَّقِيقِ مُتَطَوِّعِينَ جَازَ لِلْفَارُوقُ أَخْذَ الصَّدَقَةِ مِنْهُمْ كَمَا أَبَاحَ الْمُصْطَفَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْذَ الصَّدَقَةِ مِمَّا دُونَ خَمْسٍ مِنَ الْإِبِلِ، وَدُونَ أَرْبَعِينَ مِنَ الْغَنَمِ، وَدُونَ مِائَتَيْ دِرْهَمٍ مِنَ الْوَرِقِ»
Maksudnya: Dari Haritsah bin Mudharrib, ia berkata: Suatu hari ada satu rombongan dari Syam yang datang menemui Umar r.a. Mereka berkata, “Bahwasannya kami telah mendapatkan harta: kuda dan budak. Dan kami berharap dalam harta kami tersebut ada zakat yang dapat menyucikan.” Umar r.a menjawab, “Apa yang pernah dibuat oleh dua sahabatku sebelumku, maka aku akan mengerjakannya.” Kemudian Umar r.a bermusyawarah dengan para sahabat Nabi SAW dan diantara mereka adalah Ali r.a. Ali r.a berkata, “Itu bagus. Jika bukan jizyah, maka ia akan menjadi ibadah sunnah.” Abu Bakar berkata: Yang menjadi sunnah Nabi SAW adalah, dalam setiap empat ekor unta tidak ada zakat kecuali jika pemilik mahu mengeluarkannya. Dan pernyataannya dalam masalah kambing, jika jumlah kambing yang dimiliki oleh seorang lelaki kurang dari empat puluh, maka tidak ada kewajiban zakat kecuali jika pemiliknya mahu mengeluarkannya. Dalam masalah riqqah (emas) empat persepuluh. Jika yang ada hanya seratus sembilan puluh, maka tidak ada kewajiban zakat kecuali jika si pemiliknya mau mengeluarkan. Hal yang demikian menunjukkan bahawa jika pemilik harta belum diwajibkan zakat namun ia mahu mengeluarkan sedekah dari hartanya, maka imam (pemimpin) boleh mengambilnya jika pemilik memberikannya dengan sukarela. Demikianlah yang dilakukan oleh Umar r.a. Ia memberitahu bahwa Nabi SAW dan Abu Bakar r.a tidak pernah mengambil zakat dari dua jenis tersebut, namun di saat mereka memberikannya dengan sukarela, maka boleh bagi si imam untuk mengambilnya, sebagaimana Rasulullah SAW membolehkan mengambil unta yang jumlahnya empat dan belum mencapai nisab (lima ekor) serta membolehkan mengambil dari kambing yang jumlahnya belum mencapai empat puluh dan wang yang belum mencapai dua ratus dirham.5
Setiap perbuatan baik akan dihitung sepertimana yang dijelaskan dalam firman Allah SWT:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ (٧)
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Menurut kaedah fiqh مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا كَانَ أَكْثَرَ فَضْلًا (Sesuatu yang lebih banyak perbuatan atau pengorbanan maka lebih banyak kelebihan)6, ganjaran yang akan diberikan adalah berdasarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Semakin banyak perbuatan baik atau ibadah yang dilakukan maka semakin besar dan banyak ganjaran serta pahala yang akan diperolehi.
Jika sekiranya pembayaran melalui inisiatif Start With Seringgit tidak dikira sebagai zakat sekalipun, beliau akan mendapat ganjaran pahala yang besar kerana bersedekah dengan kerelaan beliau. Firman Allah SWT:
وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah : 158)
Start with Seringgit (Program Amali di Sekolah) boleh dilaksanakan dengan mengambil kira dua kriteria syariah (al-dhawabit) yang dicadangkan sepertimana berikut: