Karnival Zakat Selangor: Platform Dekati Komuniti

SHAH ALAM, 28 September 2024 – Karnival Zakat Selangor 2024 anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka tirai hari ini bertempat Dataran Karnival Stadium Shah Alam, menjadi platform strategik untuk mendekati komuniti dan memperkukuh kesedaran zakat melalui pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan sambutan Jubli Mutiara ke-30 LZS. Dengan lebih daripada 120 pempamer terdiri daripada pelbagai syarikat […]

Karnival Zakat Selangor: Tawarkan Pelbagai Aktiviti, Peluang Menang Pakej Umrah

SHAH ALAM, 27 September 2024 – Orang ramai yang ingin menyemak kelayakan bantuan zakat atau membuat taksir zakat boleh berkunjung ke Karnival Zakat Selangor pada 28 hingga 29 September 2024, hari Sabtu dan Ahad ini bertempat di Dataran Karnival Stadium Shah Alam anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS). Karnival yang diadakan bersempena sambutan Jubli Mutiara ke-30 […]

DIZKOPI CEOs: Platform Perkasa Urus Tadbir Pengurusan Zakat

SUNGAI BULOH, 28 Ogos 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mempertemukanketua-ketua pegawai eksekutif (CEO) dan peneraju utama syarikat korporat terutamanya syarikat pengeluar zakat di Selangor, dalam satu platform diskusi eksklusif Dizkopi CEOs bagi berkongsi pandangan, idea serta kritikan membina berkaitan urus tadbir pengurusan zakat yang diadakan di sini. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran […]

LZS, MEDKAD Meterai Kerjasama Mudahkan Proses Bantuan Zakat

SHAH ALAM, 6 Ogos 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memeterai perjanjian kerjasama dengan MEDKAD Sdn. Bhd menerusi inisiatif digital yang bakal mengubah landskap bantuan perubatan LZS, bagi memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan bantuan zakat. Sistem Bantuan Perubatan Elektronik (Electronic Medical Aid) dikenali Al-Amal merupakan sistem inovatif yang dibangunkan oleh MEDKAD untuk menguruskan […]

Muzarakah Zakat Nusantara Platform Rujukan Institusi Zakat Rantau Asia Tenggara

SHAH ALAM, 2 Julai 2024 – Muzakarah Zakat Nusantara (MZN) anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dilihat mampu menjadi platform berwibawa bagi rujukan institusi zakat demi merungkai pelbagai persoalan dan mencetuskan inovasi zakat di rantau ini, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd […]

LZS Lancarkan Buku Karikatur: Dakwah Santai Masyarakat

BANGI, 2 Julai 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan buku karikatur Sembang Zakat Siri 1 bersempena dengan program Muzakarah Zakat Nusantara (MZN) yang diadakan di sini. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof di hadapan 250 peserta MZN. Buku ini merupakan kompilasi […]

LZS Terima Zakat Perniagaan Kumpulan PNB RM3.9 Juta

HAH ALAM, 16 Oktober 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM3,931,250.00. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan tersebut bagi tahun kewangan berakhir 2023 daripada Pengerusi PNB, Raja Tan Sri Dato’ Sri Arshad Raja […]

LZS Rai Rakan Strategik Bantu Kutipan Dan Agihan Zakat Selangor

SHAH ALAM, 14 Mei 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini meraikan dan mengiktiraf rakan-rakan strategik LZS dalam kalangan ejen dan majikan yang membantu melaksanakan agenda ummah terutama melibatkan urusan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat bagi pihak LZS khususnya di Selangor, bersempena Majlis Gemerlapan Rakan Strategik Zakat Selangor (GRASIAZ) 2024 di sini. Mereka ini […]

Delegasi Qatar Kunjungi Institusi Zakat: Dalami Pengurusan Zakat Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 April 2024 – Seramai 10 orang pegawai tertinggi di bawah Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam, Kerajaan Qatar mengunjungi institusi zakat di Malaysia bagi bertukar-tukar pandangan berkaitan pengurusan zakat. Delegasi tersebut yang diketuai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Zakat, Kerajaan Qatar Tuan Saad Omran al-Kuwairi hadir ke Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam […]

LZS Sasar Kutipan Zakat Ramadan RM260 Juta

SHAH ALAM, 3 April 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat RM260 pada Ramadan tahun ini bagi menyantuni keperluan golongan asnaf di Selangor. Daripada jumlah tersebut, RM220 juta disasarkan melalui zakat harta, manakala RM40 juta disasarkan melalui kutipan zakat fitrah. Terdahulu, sebanyak 42 buah syarikat termasuk tiga pengeluar zakat individu menunaikan zakat perniagaan […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor