LZS Salurkan Bantuan Awal Bagi Setiap Ketua Keluarga Mangsa Kebakaran Putra Heights

SHAH ALAM, 4 April 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif menyalurkan bantuan awal kepada keluarga mangsa insiden kebakaran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, yang turut menjejaskan kawasan sekitar termasuk Kampung Kuala Sungai Baru. Sebagai langkah awal, LZS menyalurkan bantuan segera berjumlah RM500 kepada setiap ketua keluarga Muslim yang […]

LZS Sasar Kutipan Zakat Ramadan Rm208 Juta

SHAH ALAM, 12 Mac 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menetapkan sasaran kutipan zakat sebanyak RM208 juta pada Ramadan tahun ini bagi memastikan keperluan golongan asnaf di Selangor terus disantuni. Daripada jumlah tersebut, RM163 juta disasarkan melalui kutipan zakat harta, manakala RM45 juta disasarkan melalui zakat fitrah. Terdahulu, sebanyak 40 buah syarikat termasuk dua pengeluar […]

LZS Terima Pengiktirafan Antarabangsa Di Anugerah CIFA

SHAH ALAM, 17 Februari 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus mengukuhkan reputasi di persada antarabangsa apabila menerima Cambridge Islamic Funds Awards 2025 (CIFA 2025) bagi kategori Best Islamic Institution for Humanitarian and Relief Causes in Malaysia. Anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Cambridge International Financial Advisory, United Kingdom itu mengiktiraf kecekapan LZS dalam mengurus dana zakat […]

LZS Serah Rumah Baharu Kepada Ibu Tunggal Asnaf

SABAK BERNAM, 10 Februari 2025 – Seorang ibu tunggal, Jah Raton Nor, menerima sinar baharu apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sebuah rumah baharu bagi menggantikan kediamannya yang uzur dan tidak selamat didiami. Majlis penyerahan kunci disempurnakan oleh Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Dr Paridul Adras Ismail disaksikan oleh Timbalan […]

DYMM Sultan Selangor Rasmikan Menara Zakat Sultan Idris Shah

SHAH ALAM, 23 Januari 2025 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor hari ini mencemar duli menyempurnakan perasmian ibu pejabat baharu Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dinamakan Menara Zakat Sultan Idris Shah. Majlis ini menandakan satu mercu jaya penting dalam perjalanan 30 tahun LZS menyantuni dan memperkasakan penduduk Selangor, khususnya […]

LZS Sediakan Peruntukan Zakat Rm36.4 Juta Biayai Persiapan Persekolahan Anak-Anak Asnaf Fakir & Miskin Serta Mualaf

SABAK BERNAM,16 Januari 2025 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan peruntukanagihan zakat sebanyak RM36,436,840 (RM36.4 juta) bagi membiayai persiapan persekolahan 70,588 anak asnaf fakir, miskin dan mualaf sesi 2025. Ia meliputi semua peringkat umur pelajar iaitu pra sekolah seramai 1,119 orang, Sekolah RendahKebangsaan/Sekolah Rendah Agama (33,117 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan danSekolah Menengah Agama seramai 36,292 […]

LZS Anjur Pameran 30 Tahun Jubli Mutiara

SHAH ALAM, 6 Disember 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini merasmikan Pameran 30 Tahun Jubli Mutiara bagi meraikan tiga dekad perjalanan LZS dalam memperkukuh institusi zakat dan memperkasakan komuniti di negeri Selangor, bertempat di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Raja Tan SriArshad Raja […]

LZS Lancar Kempen Akhir Tahun ‘Sama-Sama Kongsi’

SHAH ALAM, 4 Disember 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan kempen ‘Sama-Sama Kongsi’ sebagai seruan dan galakan kepada umat Islam terutamanya di Selangor untuk menyegerakan kewajipan zakat sebelum berakhir tahun 2024. Melalui kempen akhir tahun ini, LZS menyeru masyarakat yang layak untuk berkongsi rezeki dengan zakat dan berganding bahu membantu golongan asnaf […]

Zakat Aulad Club: Usaha Lzs Perkasa Pendidikan Zakat Generasi Muda

SHAH ALAM, 7 November 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Zakat Aulad Club (ZAC), satu inisiatif dakwah untuk memupuk kesedaran zakat dalam kalangan generasi muda dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini di hadapan lebih 100 orang pelajar dan guru […]

LZS Sertai iSHAR 2024, Bahas Isu Zakat Kontemporari Dan Kesejahteraan Sosial

KUALA LUMPUR, 3 September 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyertai Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) kelima anjuran Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dengan kerjasama International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), bertempat di Hotel Grand Hyatt di sini. Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk […]

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor