Bagaimana Anda Membantu?

Apakah Erti Zakat Anda Kepada Mereka

Menunaikan zakat melalui organisasi dipercayai seperti Lembaga Zakat Selangor adalah saluran langsung atau terus untuk membantu sesama Muslim yang menghadapi kesulitan hidup. Zakat anda mempunyai potensi besar untuk memberi impak yang mendalam kepada kehidupan komuniti Islam.

Jenis Bantuan Yang Anda Salurkan

Bantuan Keperluan Asas

 Menunaikan zakat melalui organisasi dipercayai seperti LZS adalah saluran langsung atau terus untuk membantu sesama Muslim yang menghadapi kesulitan hidup. Zakat anda mempunyai potensi besar untuk memberi impak yang mendalam kepada kehidupan komuniti Islam.

Bantuan Perubatan

Selain menghidap penyakit dan/atau hilang upaya, ramai individu dan keluarga di sekeliling kita lumpuh dari segi kewangan akibat kos perubatan dan kos rawatan. Sumbangan anda kepada Bantuan Perubatan meringankan beban ekonomi dan mental yang ditanggung oleh mereka.

Bantuan Pendidikan

 Kami percaya bahawa tiada sesiapa pun harus dilucutkan hak untuk mendapatkan pendidikan kerana kekangan kewangan atau kesusahan lain dalam hidup mereka. Bantuan Pendidikan ini memastikan pembayaran zakat anda digunakan untuk menjamin masa depan dengan peluang yang lebih baik untuk ramai minda muda yang berpotensi dan bersemangat.

Apa Yang Berlaku Selepas Anda Membayar?

01

LANGKAH SATU

Pemeriksaan Teliti

Pemeriksaan yang teliti adalah satu kemestian untuk memastikan pemohon bantuan zakat layak bukan sahaja untuk zakat tetapi juga untuk bantuan tertentu yang dimohonnya.

02

LANGKAH DUA

Keputusan Pantas

Keputusan akan dibuat secepat mungkin (dalam keadaan tertentu, ini bermakna hanya 2 jam!).

03

LANGKAH TIGA

Pemakluman

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan sewajarnya.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor