ZAKAT SELANGOR BANGUNKAN PROJEK AGROEKONOMI 110 EKAR BANTU ASNAF JANA PENDAPATAN

BUKIT BERUNTUNG, 1 Julai – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) membangunkan Projek Agroekonomi Laman Agro Ehsan di atas kawasan seluas 110 ekar, dengan 76 ekar daripadanya dibangunkan sebagai kawasan agro yang menempatkan 48 plot tanaman cili fertigasi diusahakan oleh asnaf Zakat Selangor. Majlis Perasmian Program Agroekonomi Laman Agro Ehsan itu disempurnakan oleh Duli Yang Teramat […]
