Wakalah

Apa Itu WAKALAH?

Wakalah ialah satu inisiatif oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang memberi peluang kepada pembayar zakat (Muzakki) untuk menjadi wakil agihan zakat.Melalui program ini, Muzakki boleh mengagihkan sendiri sebahagian daripada zakat yang telah ditunaikan kepada golongan asnaf yang layak,berpandukan syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh LZS.

Kadar Kelayakan Wakalah

Kadar wakalah yang diluluskan adalah bergantung kepada jumlah bayaran zakat dalam tempoh setahun.

Untuk Individu/Syarikat

Jumlah Zakat Dibayar (RM) Peratus Wakalah
RM20,000 – RM29,999.99 12.50%
RM30,000 – RM49,999.99 25%
RM50,000 – RM999,999.99 37.50%
RM1 juta dan ke atas 50%

Untuk Majikan (Skim Potongan Gaji-SPG)

Jumlah Zakat Dibayar (RM) Peratus Wakalah
RM100,000 dan ke atas 12.50%

Had Permohonan (Kombinasi Wakalah)

Sekiranya sesebuah syarikat atau majikan:

Mereka dibenarkan untuk memohon kedua-dua jenis wakalah dalam tahun yang sama, iaitu:

Setiap permohonan akan dinilai secara berasingan mengikut syarat dan peratusan kelayakan masing-masing.

Panduan Permohonan Wakalah​

Panduan Pengagihan Kepada Asnaf

AsnafTakrifan RingkasJenis Bantuan
FakirTiada harta/pendapatan atau kurang 50% had kifayah diri & tanggunganBantuan kecemasan/runcit, sara hidup, modal perniagaan, hari raya, perubatan, pendidikan, bina/baik pulih rumah
MiskinAda harta tetapi masih tidak mencukupi had kifayahSama seperti Fakir
MualafSeseorang yang baru memeluk Islam atau yang cenderung kepada IslamBantuan kecemasan/runcit, sara hidup
GhariminBerhutang untuk keperluan asas diri dan tanggungannya serta tiada keupayaan membayarnyaBantuan bil rawatan, kos pembedahan, pembelian alatan perubatan.
FisabilillahUsaha menegakkan dan mempertahankan agama IslamBantuan pendidikan umum, sumbangan peralatan & bina/baik pulih institusi agama, program penerapan nilai Islam

Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan

Muat turun borang permohonan di: wakalah

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor