Polisi & Garis Panduan Perolehan

Polisi Perolehan Lembaga Zakat Selangor digubal bagi memastikan setiap proses pembelian, pelantikan pembekal dan pengurusan kontrak dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan. Polisi ini menjadi rujukan utama bagi memastikan amalan perolehan yang adil, cekap dan mematuhi keperluan tadbir urus yang baik.

Polisi dan Rangka Kerja Pendedahan Maklumat

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) komited dalam memastikan warga kerja di setiap peringkat mengamalkan nilai integriti yang terbaik dalam melaksanakan mandat dan kuasa yang diberi bagi menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor. Ini selaras dengan misi LZS iaitu “Memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan professionalisma dalam urusan kutipan dan agihan zakat.”

Polisi Anti Rasuah

LZS sentiasa komited bagi memantau, mencegah dan menghapuskan sebarang amalan rasuah, penipuan penyelewengan dan salahguna kedudukan melibatkan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, warga kerja dan pihak berkepentingan LZS dalam melaksanakan amanah menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor. LZS turut mengambil pendekatan TOLERANSI SIFAR TERHADAP RASUAH. 

Polisi Hadiah

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengamalkan Polisi Hadiah sebagai sebahagian daripada inisiatif anti-rasuah bagi menyemai budaya integriti dan ketelusan di dalam pengoperasian LZS.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor