Ketahui Dasar Polisi Kami

Piagam Lembaga Pemegang Amanah kami adalah sebahagian daripada dasar tadbir urus kami secara rasmi. Antaranya, ia menggariskan peranan, tanggungjawab dan kuasa Lembaga Pemegang Amanah, Ahli Jawatankuasa dan Pasukan Pengurusan dengan tujuan untuk membimbing amalan tadbir urus korporat Lembaga Zakat Selangor.

Kod Tatakelakuan Pihak Berkepentingan LZS

Kod ini menjadi panduan kepada semua Pihak Berkepentingan LZS yang terdiri daripada vendor, perunding, kontraktor, ejen kutipan, penolong amil, guru pembimbing asnaf, dan rakan operasi lain dalam berurusan dengan pihak LZS. Kegagalan mematuhi Kod ini boleh menyebabkan penamatan pelantikan atau kerjasama di antara LZS dan Pihak Berkepentingan LZS tersebut. 

Notis Privasi Lembaga Zakat Selangor & FAQ

Notis ini menggariskan cara Zakat Selangor mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan, menggunakan dan memusnahkan data peribadi anda berhubung dengan urusan kutipan dan agihan zakat di Zakat Selangor (kemudian ini dirujuk sebagai “memproses”).

Polisi dan Rangka Kerja  Pendedahan Maklumat

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) komited dalam memastikan warga kerja di setiap peringkat mengamalkan nilai integriti yang terbaik dalam melaksanakan mandat dan kuasa yang diberi bagi menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor. Ini selaras dengan misi LZS iaitu “Memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan professionalisma dalam urusan kutipan dan agihan zakat.”

Pernyataan Polisi Anti Rasuah

LZS sentiasa komited bagi memantau, mencegah dan menghapuskan sebarang amalan rasuah, penipuan penyelewengan dan salahguna kedudukan melibatkan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, warga kerja dan pihak berkepentingan LZS dalam melaksanakan amanah menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor. LZS turut mengambil pendekatan TOLERANSI SIFAR TERHADAP RASUAH. 

Pernyataan Polisi Hadiah

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengamalkan Polisi Hadiah sebagai sebahagian daripada inisiatif anti-rasuah bagi menyemai budaya integriti dan ketelusan di dalam pengoperasian LZS.

Anda Mempunyai Sebarang Aduan Yang Ingin Diajukan?

Selaras dengan dedikasi kami untuk memupuk budaya integriti & ketelusan di Lembaga Zakat Selangor, kami menggesa individu untuk tampil ke hadapan dan melaporkan sebarang kejadian pelanggaran integriti atau tingkah laku yang tidak wajar dalam organisasi.

Kami komited untuk mengekalkan privasi yang ketat dan tidak akan membenarkan sebarang bentuk tindakan balas atau pembalasan terhadap mereka yang membuat laporan atau memfailkan aduan dengan penuh amanah.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Hakcipta Terpelihara ©2026 Lembaga Zakat Selangor