Bait Al-Mawaddah ditubuhkan untuk memberi perlindungan, pengawasan, pemulihan dan pembangunan diri yang berkesan kepada warga emas yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin yang tidak terbela.
Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Lembaga Zakat Selangor, Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah dibina dengan keluasan tanah seluas 3 ekar di Kampung Jalan kebun, Seksyen 30 Shah Alam untuk memberi perlindungan kepada warga emas Asnaf yang memerlukan.
Objektif Bait Al-Mawaddah
- Memberi perlindungan, pengawasan, pemulihan dan pembangunan diri yang berkesan kepada warga emas yang tergolong daripada fakir dan miskin yang tidak terbela.
- Memberi jagaan dan rawatan kepada warga emas demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.
- Menjaga kebajikan penghuni pusat penjagaan warga emas dengan baik.
- Mewujudkan persekitaran yang sihat ,cergas, ceria, harmoni, kasih sayang serta kondusif dalam kehidupan warga emas.
Syarat-syarat kelayakan Bait Al-Mawaddah
- Islam – Pemohon mestilah beragama Islam.
- Fakir Miskin – Mestilah merupakan asnaf fakir miskin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor.
- Berusia 60 tahun ke atas – Warga Emas merujuk individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai oleh JKM.
- Boleh Menguruskan Diri Sendiri – Kemasukan warga emas tersebut mesti sihat tubuh badan, tidak terlantar dan boleh menguruskan diri sendiri.
Galeri
Hubungi Bait Al-Mawaddah
Bait Al Mawaddah
Lot pt 140452 (pt 92805)
Jalan Tanjung Pahang, Lorong Haji Mughni
Seksyen 30 Jalan Kebun, 46460 Shah Alam
Pusat perlindungan sementara untuk Asnaf Mualaf ini beroperasi sebagai pusat komuniti untuk mereka menyusun semula hala tuju hidup mualaf apabila memeluk Islam atau apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas mereka.
Objektif Baitus Salam
- Melaksanakan tuntutan bahagian V perkara 26 berkaitan perlindungan mualaf, peraturan-peraturan penjagaan dan pengajaran bagi mualaf (Negeri Selangor) 2009 pindaan 2013.
- Sebagai pusat perlindungan mualaf yang disisihkan oleh keluarga dan saudara mara selepas memeluk Islam.
- Sebagai tempat perlindungan mualaf dari ancaman-ancaman luar termasuk ancaman keluarga.
- Sebagai pusat bimbingan fardu ain jangka pendek kepada mualaf.
- Memberi ilmu vokasional kepada mualaf demi sosioekonomi yang lebih baik.
- Menyusun semula hala tuju mualaf dari segi emosi dan sosial mereka bagi kehidupan yang lebih baik.
- Memelihara aqidahnya dari dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu.
Syarat-syarat kelayakan Baitus Salam
- Warganegara Malaysia.
- Sepenuh masa menyertai program/aktiviti/kuliah di Baitus Salam selama 1 tahun.
- Di bawah had panggilan mualaf (5 Tahun).
- Memiliki tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit berjangkit dan kronik -seperti Aids dan ketagihan dadah/alkohol.
- Tidak mempunyai tekanan mental yang serius.
- Bebas daripada kes undang-undang (Jenayah/Mahkamah/dll).
- Penghuni hendaklah memohon secara rela dan bersedia untuk mematuhi peraturan dan undung-undang yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Baitus Salam.
Galeri
Hubungi Baitus Salam
Baitus Salam
Lot 3657 Jalan Tanjung Bidara 30/131,
Seksyen 30 Jalan Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-5167 2728